Wow! Remaja Ini Jadi Jutawan Hanya Dengan Menamakan Bayi

Percaya tak, dengan hanya menamakan bayi yang baru lahir kita dapat menjana pendapatan jutaan ringgit? Macam tak percayakan? Tetapi inilah yang berlaku kepada seorang remaja dari Britain.

Sewaktu berusia 16 tahun, Beau Jessup telah terbang ke China bersama dengan ayahnya. Di sana remaja ini kemudian bertemu dengan rakan niaga ayahnya yang meminta beliau mencadangkan satu nama untuk bayi perempuannya. Berasa terharu, Beau kemudian menamakan nama bayi tersebut Eliza sempena nama watak fiksyen. Watak fiksyen itu pula memiliki segala ciri-ciri yang dimahukan oleh ibubapa bayi tersebut.

Apabila kembali ke Britain, Beau telah melakukan sedikit kajian di Internet berkaitan kepentingan nama Inggeris untuk anak-anak masyarakat berbangsa Cina. Melalui kajian dan pengalaman beliau bergaul dengan masyarakat Cina, beliau dapati mereka sukar untuk mencari nama Inggeris yang bersesuaian.

Jadi Beau pun membuat keputusan untuk membangunkan sebuah bisnes yang memberikan perkhidmatan menamakan bayi dengan sasaran utamanya adalah masyarakat Cina. Dengan bermodalkan £1,500 yang dipinjam daripada bapanya, Beau telah mengupah seorang website designer untuk membina sebuah laman web baginya. Selebihnya pula adalah untuk pengiklanan di platform WeChat.

Kredit Gambar: CNBC

Pada waktu itu, beliau masih lagi bersekolah di Cheltenham Ladies College. Jadi Beau terpaksa menunggu waktu cuti sekolah untuk melakukan lebih banyak lagi research bagi mencari nama yang bukan sahaja menarik, tetapi mempunyai maksud yang baik, sesuai dengan budaya dan persekitaran di negara Barat.

Pada mulanya, Beau menawarkan perkhidmatan ini secara percuma kepada 160,000 bayi sebagai tujuan promosi, seterusnya beliau mengenakan cas $0.60 pences iaitu kira-kira RM3.22 untuk satu nama.

6 bulan pertama setelah laman webnya iaitu Special Names dilancarkan, bisnesnya telah berjaya menjana sebanyak £309,557.40. Jumlah itu juga terus meningkat daripada sehari ke sehari.

Kini di usia 19 tahun, Beau berhasrat untuk menanggung sendiri kos pengajiannya di universiti menggunakan keuntungan daripada bisnes tersebut. Dan sekarang, beliau sedang merancang untuk melaburkan hasil keuntungan yang diperolehnya ke dalam pelaburan hartanah pula.

Siapa sangka beri nama bayi sahaja boleh menjana keuntungan yang begitu besar kan?

Sumber Rujukan:

  1. https://www.news.com.au/lifestyle/real-life/meet-the-teen-who-has-named-600000-chinese-babies-turning-her-business-into-a-multimilliondollar-online-service/news-story/cf21ab5c13d735442bbe2d695da0e438
  2. https://www.cnbc.com/2019/03/21/beau-jessup-teen-pays-college-fees-by-naming-chinese-babies.html?recirc=taboolainternal

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.