Maybank2U Bakal Berwajah Baru – Lebih Mesra & Muda

Lama dah tunggu. Sebelum ini CIMB Clicks dah berwajah baru, sekarang giliran Maybank pula. Ia diumumkan dalam satu majlis pelancaran bersama media.

Laman Maybank2u serba baru ini boleh diakses oleh semua pengguna, melalui alamat www.maybank2u.com.my/new.

Maybank2u baru ni nampak lebih mudah, diperibadikan dan memang berubah habis.

Mungkin ada yang belum mampu berubah ke rupa baru Maybank2u ini usah risau, anda masih boleh menggunakan antaramuka yang lama.

Excited sebab lepas ni:

    • Boleh nampak jelas baki simpanan, kad kredit, pinjaman di satu paparan
    • Boleh set gambar sekuriti sendiri. Kalau tak sebelum ni gambar mouse, bola, cincin.
    • Boleh set theme, takdelah asyik nampak warna hitam kuning saja.
    • Boleh menjejak corak perbelanjaan kad debit & kredit (Spending Pattern Tracker)

Maybank2u yang baru ini bakal live secara rasmi pada 19 April 2018 ini juga akan dilancarkan ke pasaran utama Maybank di luar negara seperti Singapura, Indonesia dan Filipina.

Paparan Baki Simpanan

Paparan Kad Kredit & Treats Point

Paparan Pinjaman dengan Maybank

Security Image

Theme

 

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

UOB Malaysia Menyokong Pelanggan Di tengah Ketidaktentuan Semasa

Kuala Lumpur, Malaysia, 10 April 2026 – UOB Malaysia akan menyokong pelanggan yang mungkin terjejas oleh perkembangan geopolitik terkini, termasuk situasi yang sedang berkembang di Timur Tengah. Sebagai rakan kewangan yang telah lama bersama isi rumah dan perniagaan di seluruh negara, UOB Malaysia kekal komited untuk menyokong kestabilan dan kesinambungan dengan membantu pelanggan mengurus komitmen kewangan mereka dalam keadaan operasi yang berubah-ubah.

Bank ini mengakui bahawa ketidaktentuan global yang meningkat boleh memberi tekanan kewangan kepada individu dan perniagaan, termasuk gangguan sementara kepada pendapatan, kekangan aliran tunai atau aktiviti perniagaan yang lebih perlahan.

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia berkata, “Tempoh ketidaktentuan boleh memberi kesan kepada isi rumah dan perniagaan dalam pelbagai cara. Melalui program bantuan kewangan kami, kami bekerjasama rapat dengan pelanggan untuk menyediakan penyelesaian praktikal bagi membantu mereka mengurus komitmen dengan yakin dan terus memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting.”

Pelanggan yang memerlukan bantuan digalakkan untuk menghubungi melalui saluran berikut:

Untuk pelanggan individu:
Emel: [email protected]
Pusat Perhubungan UOB: 03-2612 8121
Borang dalam talian: https://forms.uob.com.my/eservices/personal/financial-relief-assistance/index.html

Untuk pelanggan perniagaan:
Hubungi Pengurus Perhubungan masing-masing, atau
Emel: [email protected]