Bagaimana Melabur Seperti Benjamin Graham?

Kredit Gambar: Gecko And Fly

Sebelum ini kami ada berkongsi mengenai Benjamin Graham iaitu guru kepada pelabur dan billionaire terkenal Warren Buffett. Boleh juga baca Kenali Mahaguru Pelaburan Saham Benjamin Graham bagi mereka yang tak kenal siapa beliau.

Sumbangan terbesar beliau dalam dunia pelaburan saham, adalah konsep Value Investing, di mana beliau banyak mengeluarkan buku mengenainya; paling terkenal adalah buku The Intelligent Investor.

Edisi pertama buku ini diterbitkan pada tahun 1949, memang klasik betul buku ni.

Sumber: Rare Books First

Bagi memudahkan pembelajaran, kami terpanggil untuk berkongsi artikel yag ditulis oleh Empayar Saham di mana mereka telah menerangkan cara-cara pemilihan yang diaplikasi oleh Benjamin Graham sebelum membeli sesuatu saham.

7 Kriteria Pemilihan Saham Benjamin Graham

Terdapat 7 kriteria pemilihan saham yang digunakan oleh Benjamin Graham.

1. Cari syarikat yang mempunyai saiz yang mencukupi. Tidak terlalu ringan dan tidak juga terlalu berat

2. Cari syarikat yang mempunyai kedudukan kewangan yang kuat

3. Cari syarikat yang mempunyai earning yang stabil

4. Cari syarikat yang membayar dividennya secara konsisten

5. Cari syarikat yang earning nya bertumbuh

Namun, ketika kejatuhan pasaran saham pata tahun 1929 dan ketika Great Depression, beliau hampir kehilangan kesemua hartanya.

Ketika pasaran saham tersebut crash, harga-harga saham syarikat yang beliau laburkan mengalami kejatuhan yang teruk. Bahkan, banyak syarikat yang gulung tikar. Benjamin Graham juga kerugian besar.

Dari situlah beliau sedar betapa pentingnya membeli saham-saham syarikat dalam keadaan diskaun untuk meminimumkan risiko kejatuhan saham. Pada hari ini, kita kenalinya sebagai Value Investing.

Bagi Benjamin Graham, value syarikat terletak pada Liquidation Value. Liquidation Value bermaksud jumlah yang diperolehi sekiranya syarikat dicairkan atau dileraikan. Menurut Benjamin Graham, adalah sangat penting untuk investor membeli saham ketika harga saham di bawah Liquidation Value atau diskaun. Ini kerana jika berlaku sebarang liquidation, investor tidak terjejas.

Liquidation Value ini pula datangnya daripada jumlah aset bersih setelah ditolak segala komitmen hutang serta lain-lain tuntutan. Jumlah aset bersih ini juga dikenali sebagai Book Value, iaitu salah satu komponen di dalam Price to Book Ratio atau P/B.

Oleh itu, kriteria yang seterusnya ini pula

6. Profit to Earning atau PE ratio dalam keadaan yang minimum.

7. Proft to Book Value atau P/B ratio dalam keadaan yang minimum.

GRAHAM NUMBER

Graham Number adalah kaedah valuation yang digunakan berdasarkan kepada kriteria pemilihan stock Benjamin Graham. Bagi beliau, PE yang sesuai untuk stock yang bakal dilabur seharusnya kurang daripada 15. Manakala, P/B pula seharusnya kurang dari 1.5. Untuk menterjemahkan PE < 15 & P/B < 1.5 kepada value, maka Graham Number digunakan.

Menurut Graham Number, untuk memenuhi kriteria P/E < 15 & P/B < 1.5, price utk dibeli haruslah memenuhi formula di bawah.

P < (22.5 x EPS x Book value per share)^0.5

Namun, jika anda tidak mempunyai book value per share, boleh gunakan Graham Number yang diubahsuai di bawah.

P < 22.5 x EPS ÷ P/B

KESIMPULAN

Benjamin Graham merupakan seorang Defensive Investor yang mana beliau mencari saham-saham yang benar-benar berada dalam keadaan Fundamentally Undervalued. Ini boleh dilihat apabila beliau menganggap Liquidation Value sebagai nilai sesuatu saham.

Apabila anda melabur dengan cara sebegini, risiko pelaburan menjadi sangat rendah kerana anda melabur pada harga yang sedang diskaun. Siapa yang tak suka beli barang yang tengah sale kan?

Itulah sebabnya ia dikenali sebagai Defensive Investing.

Gaya investing Benjamin Graham ini berbeza dengan gaya investing Warren Buffet kerana Benjamin Graham tidak mengambil kira prospek masa hadapan di dalam penilaiannya. Benjamin Graham lebih menumpukan kepada fundamental sesebuah syarikat.

Kelemahan gaya investing Benjamin Graham pula ialah beliau menumpukan kepada sejarah syarikat dalam menentukan kualiti syarikat tersebut. Jika anda lihat pada kriteria pemilihan saham Benjamin Graham, semuanya adalah perkara-perkara yang sudah pun berlaku pada masa lepas. Sedangkan kualiti syarikat juga bergantung kepada prospek masa hadapan syarikat tersebut.

Kredit: FB Page Empayar Saham

Boleh Juga Guna Screener iSaham Berdasarkan Defensive Investing

Taknak kira satu persatu saham mana yang terbaik berdasarkan kriteria yang ditetapkan Benjamin Graham, boleh ikuti langkah berikut

1. Layari laman web iSaham, klik pada Screeners -> List All Screeners

2. Di sebelah kiri, klik Defensive Investing Screener

3. Keluar senarai-senarai syarikat yang memenuhi kriteria yang ditetapkan Benjamin Graham, dan buatlah pilihan masing-masing

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.