Megaxus Lancar Fatal Raid: SEA Invasion di Indonesia, Singapura, Malaysia dan Filipina

JAKARTA, Indonesia, 30 Januari 2019 /PRNewswire/ — Syarikat penerbitan dan pembangunan permainan mudah alih Asia Tenggara, PT Megaxus Infotech (Megaxus) melancarkan satu permainan mudah alih baharu berjudul “Fatal Raid: SEA Invasion”. Permainan Penembak Diri Pertama (FPS) ini kini disediakan di 4 negara di Asia Tenggara: Indonesia, Singapura, Malaysia dan Filipina.

“Pemain-pemain Asia Tenggara gemar bersaing antara satu sama lain sambil berhibur. Fatal Raid: SEA Invasion menyediakan corak permainan yang pantas dengan pelbagai persaingan PVP. Kami yakin pemain-pemain akan menyukai Fatal Raid: SEA Invasion,” kata Bambang Budiman, Pengurus Kanan Kandungan PT Megaxus Infotech. “Dengan corak permainan yang kompetitif, Fatal Raid: SEA Invasion dapat menarik ramai pengikut dan pesaing e-Sukan di Asia Tenggara,” sambung beliau.

Permainan mudah alih ini turut ditampilkan dalam Prapendaftaran Google Play mulai 18 Januari 2019 hingga 25 Januari 2019. Fatal Raid: SEA Invasion menyediakan pelbagai mod permainan seperti Mod Jalan Cerita, Mod Mencabar (Mod Serang, Mod Pertahanan, Mod Serbuan, Koliseum), Mod PVP (Latihan, Pasukan Deathmatch, Pengeboman, 1 lawan 1, Perlawanan Pistol/Penembak Hendap, Survival, Kedudukan PVP). Permainan mudah alih padat dengan ciri-ciri seperti koleksi dan penaiktarafan senjata serta perisai, penaiktarafan karakter, Klan dan banyak lagi.

Dalam Fatal Raid:SEA Invasion, pemain-pemain boleh memilih daripada seleksi luas senjata, setiap satunya memiliki keistimewaannya tersendiri, yang memberi lebih sifat dinamik kepada corak permainan ini. Permainan ini turut menawarkan seleksi tahap kesukaran yang membolehkan permainan dinikmati oleh pemain-pemain baharu, selain pemain-pemain yang lebih berpengalaman. Dengan adanya grafik berkualiti tinggi yang ditawarkan oleh permainan mudah alih ini, ia tidak memerlukan peranti dengan spesifikasi tinggi untuk mengendalikannya.

“Kami berharap agar Fatal Raid: SEA Invasion dapat memberi pengalaman FPS baharu kepada pemain-pemain di Asia Tenggara. Kami akan terus menyediakan kandungan dan perkhidmatan terbaik kepada pengguna-pengguna setia kami,” simpul Bambang.

Laman Sesawang: https://fatalraidsea.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FatalRaidSEA
Instagram: http://instagram.com/fatalraidsea

Latar Belakang Megaxus Infotech 
PT Megaxus Infotech ialah sebuah syarikat permainan di Indonesia sejak tahun 2006. Syarikat membawakan produk dan perkhidmatan terbaik serta inovatif kepada para pemain. Permainan daripada Megaxus: Audition AyoDance, Lineage II, WarRock, Grand Chase, Counter-Strike Online, SD Gundam Online, AyoOke, Heroes of Atarsia, World In AyoDance, Royal Master, Princess Rush, Rhythm N Joy, Closers Online, Bakso Horror, Combo Rush, Audition AyoDance Mobile dan Fatal Raid: SEA Invasion. Paling terkini, Audition AyoDance Mobile berjaya memenangi anugerah Google Play Best of 2018 bagi kategori Permainan Paling Kasual–Indonesia.

Sumber: Megaxus Infotech

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.