20 Permata ‘Small Cap Malaysia RHB’

Di Malaysia biasanya kita ada pelabur jerung yang melabur ke dalam saham-saham syarikat big cap, dengan market capitalization di atas RM1 bilion.

Dan kebiasaannya harga saham big cap ini adalah ‘mahal’, di atas RM1 sehingga mencecah ratusan Ringgit seunit seperti saham Nestle.

Manakala pelabur runcit macam kebanyakan daripada kita ini pula, suka melabur ke dalam syarikat-syarikat small cap, dengan market capitalization di bawah RM1 bilion.

Kebanyakan daripada harga saham small cap ini pula berharga RM1 dan ke bawah, atau lebih dikenali sebagai penny stock.

Bila harga saham ‘murah’, ianya sangat terdedah dengan manipulasi. Maka senang untuk harga saham naik – dan senang juga untuk harga saham turun.

Tetapi di sebalik saham-saham ‘murah’ ini, pasti ada permata yang tak ramai orang nampak.

Jom kita tengok 20 saham pilihan RHB bagi saham-saham small cap yang dikenali sebagai ‘RHB Top 20 Malaysia Small Cap Companies Jewels 2021’ seperti berikut:

Sumber: The Edge Markets, Bloomberg dan RHB

Jom kita tengok dengan lebih mendalam saham-saham yang patuh syariah.

1. Aemulus Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

2. Carimin Petrolelum

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

3. GDB Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

4. Hiap Teck Venture

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

5. HSS Engineers

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

6. InNature Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

7. JAG Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

8. KESM Industries

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

9. KKB Engineering

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

10. Malayan Flour Mills

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

11. N2N Connect

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

12. Pantech Group

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

13. Perak Transit

Sumber: Bursa Marketplace

Source: Trading View

14. Solution Group

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

15. Spritzer Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

16. Star Media Group

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

17. Tek Seng Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

18. Uzma Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Trading View

18 daripada 20 syarikat yang tersenarai di dalam ‘RHB Top 20 Malaysia Small Cap Companies Jewels 2021’ adalah patuh syariah. Rambang mata tak tahu nak pilih yang mana.

Ada syarikat yang sedang mencatatkan kerugian, ada pula harga saham yang naik beribu peratus dalam masa setahun.

Bila dah buat kajian analisis fundamental dan terbukti ianya padu, maka buatlah pula analisis teknikal untuk menentukan masa terbaik untuk beli dan jual saham syarikat.

Kami di Majalah Labur dan The Kapital, nak sangat tunjuk jalan kepada orang ramai cara untuk menceburi dunia pelaburan saham di Bursa Malaysia yang sah dan patuh Syariah.

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?

Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!

Jom PRA-daftar dan jadi yang terawal dapat harga promosi dari kami.
Klik link: thekapital.my/pradaftar

Previous ArticleNext Article

Jual Air Teh Pun Boleh Jadi Jutawan 

Kalau anda fikir untuk menjadi jutawan perlu mencipta aplikasi seperti Mark Zuckerberg atau membina kereta terbang seperti Elon Musk, mungkin anda patut kenal dengan nama-nama ini terlebih dahulu: Zhang Hongchao dan Zhang Junjie.

Kedua-dua mereka bukan saintis, bukan jurutera teknologi. Tetapi mereka berjaya menjadi jutawan sebelum mencecah umur 30 tahun. Bukan kerana menjual tanah atau minyak. Sebaliknya hanya kerana menjual air teh. Ya, serius.

Chagee – Teh Premium dengan Sentuhan Moden

Chagee, yang kini semakin dikenali di Malaysia, berasal dari Yunnan, China. Diasaskan oleh Zhang Junjie pada tahun 2017, Chagee membawa konsep “teaspresso” iaitu gabungan kualiti teh tradisional dengan penyediaan bergaya kopi barista.

Pada 17 April 2025, Chagee berjaya melangkah ke pasaran antarabangsa apabila disenaraikan di Nasdaq. Melalui IPO tersebut, syarikat ini mengumpul AS$411 juta, dengan penilaian mencecah AS$6.2 bilion. Sahamnya melonjak 21% pada hari pertama dagangan.

Zhang Junjie, yang memiliki hampir 20% saham syarikat, kini bergelar bilionair pada usia 30 tahun. Ini membuktikan bahawa secawan teh boleh membawa seseorang ke tahap luar biasa.

Mixue – Strategi Bajet, Capaian Global

Berbeza dengan Chagee yang premium, Mixue memilih jalan berbeza: menawarkan produk berkualiti pada harga mampu milik. Diasaskan oleh Zhang Hongchao pada tahun 1997 di Zhengzhou, China, Mixue bermula dengan gerai kecil menjual ais krim dan minuman teh.

Kini, Mixue mengendalikan lebih daripada 45,000 cawangan di seluruh dunia.

Pada 3 Mac 2025, Mixue disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong, berjaya mengumpul sekitar AS$444 juta dalam IPO. Sahamnya melonjak 43% pada hari pertama, dan nilai pasaran syarikat kini menghampiri AS$10 bilion.

Kejayaan Mixue membuktikan bahawa dengan strategi harga yang tepat dan kualiti produk yang konsisten, pasaran global boleh dicapai walaupun bermula dari perniagaan kecil.

Malaysia: Siapa Bakal Mengikut Jejak?

Industri teh moden di Malaysia semakin berkembang. Jenama seperti Tealive, Chatime, Chagee, Daboba dan lain-lain sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat tempatan.

Namun, sehingga kini belum ada satu pun jenama teh Malaysia yang melangkah ke pentas IPO atau berjaya menembusi pasaran global secara agresif.

Potensi itu ada. Pasaran pengguna sudah wujud. Yang diperlukan hanyalah keberanian untuk berkembang, strategi perniagaan yang betul, dan kemampuan untuk membina jenama bertaraf dunia.

Adakah Seorang Juatawan Sedang Bancuh Teh Ketika Ini? 

Adakah Malaysia akan terus menjadi sekadar pasaran pengguna untuk jenama luar, atau sudah tiba masanya seorang usahawan tempatan bangkit dan membawa jenama teh Malaysia ke peringkat antarabangsa?

Mungkin, jutawan teh tempatan seterusnya sedang membancuh secawan pertama mereka hari ini.

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!