Menjelajah Seoul dengan Discover Seoul Pass BTS Edition

  • Pertubuhan Pelancongan Seoul lancar Discover Seoul Pass BTS Edition terhad
  • Pas 24 jam (KRW 39,900, 1 rekaan)
  • Kemasukan percuma ke 35 tempat tarikan, diskaun untuk 29 tempat tarikan

SEOUL, Korea Selatan, 16 Mac 2019 /PRNewswire/ — Sebagai duta kehormat Seoul, penyanyi lelaki berkumpulan bertaraf global BTS akan dipaparkan pada Discover Seoul Pass. Pas tersebut dihasilkan oleh Bandar Raya Seoul dan Pertubuhan Pelancongan Seoul. Prapesanan untuk edisi terhad bermula pada 15 Mac ini.

BTS Edition Pass
BTS Edition Pass

Discover Seoul Pass menjadi sesuatu yang perlu dimiliki oleh pelancong dengan menawarkan faedah-faedah eksklusif kepada tempat-tempat tarikan yang paling popular di Seoul. Menerusi pelbagai mercu tanda yang dirangkumkan, anda boleh memilih tempat tarikan kegemaran anda dan merancang perjalanan unik anda.

Discover Seoul Pass BTS Edition termasuk poskad foto yang menampilkan kesemua anggota BTS dan peta pelancong berbahasa Inggeris. Edisi ini boleh juga digunakan untuk kemasukan percuma serta tempat tarikan berdiskaun Discover Seoul Pass. Tmoney tidak disokong.

Discover Seoul Pass BTS Edition ialah edisi terhad. Pas ini boleh dibeli secara dalam talian dan mengambilnya di Korea atau membelinya terus di Pusat Maklumat Pelancong Myeong-dong.

  • Pembelian luar talian boleh dibuat dari 20 Mac pada jam 10:00 daripada Pusat Maklumat Pelancong Myeong-dong, terletak di belakang pejabat utama KEB Hana Bank. Pas ini eksklusif untuk warga asing. Pasport atau kad pendaftaran orang asing perlu ditunjukkan untuk tujuan pembelian.
  • Pembelian luar talian boleh dibuat dari jam 10:00 dan 18:00 mulai 20 Mac hingga 10 April. Tersedia selagi stok masih ada.
  • Pembelian terhad kepada sepuluh pas setiap orang. Pas dijual atas dasar siapa-cepat-dia-dapat dan hanya wang tunai diterima. Semua pelanggan perlu menandatangani terma dan syarat untuk jualan semula, bayaran balik dan dasar pertukaran.
  • Senarai penjual-penjual antarabangsa boleh didapati di laman sesawang Discover Seoul Pass (www.discoverseoulpass.com) dan laman sesawang Visit Seoul (www.visitseoul.net).
  • Pas-pas untuk pesanan dalam talian boleh diambil daripada tempat kutipan yang ditetapkan bermula pada 20 Mac jam 10:00. Tempat kutipan ialah di Lapangan Terbang Incheon T1/T2, Lapangan Terbang Gimpo dan Pusat Maklumat Pelancong Myeong-dong.

Discover Seoul Pass BTS Edition tersedia untuk pesanan secara dalam talian.

Lampiran 1. Discover Seoul Pass BTS Edition – Ringkasan

  • Nama: Discover Seoul Pass BTS Edition
    • Dikendalikan oleh: Pertubuhan Pelancongan Seoul
    • Jenis: pas 24 jam
    • Harga: 39,900 KRW
    • Turut disertakan:
      • Kemasukan percuma ke 35 tempat tarikan utama di Seoul
      • Diskaun untuk 29 tempat tarikan, termasuk persembahan, kedai bebas cukai dan banyak lagi
      • Kira detik untuk 24 jam bermula selepas melawat tempat tarikan kemasukan percuma yang pertama
      • Setelah menyegerakkan pas dengan aplikasi mudah alih, aplikasi mudah alih dapat menunjukkan baki tempat tarikan dan masa
        *Tmoney tidak disokong. Bayaran balik dibenarkan pada hari yang sama sekiranya tidak digunakan dan tidak dibuka.
  • Pakej:
    • Discover Seoul Pass BTS Edition
    • Poskad foto Discover Seoul Pass BTS eksklusif
    • Peta pelancong berbahasa Inggeris
  • Belian Dalam Talian dan pengumpulan
    Belian luar talian dan pengumpulan bagi pembelian dalam talian bermula pada 20 Mac jam 10:00.

  • Lokasi kutipan untuk pembelian dalam talian
    • Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Reruai Teksi antarabangsa (berhampiran pagar 5, 24j)
    • Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Reruai Teksi antarabangsa (tingkat satu, berhampiran pagar 3, 07:00-20:00)
    • Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, Reruai Teksi antarabangsa (berhampiran pagar 1, 10:00-23:00)
  • Pembelian luar talian
    • Pusat Maklumat Pelancong Myeong-dong
      66, Eulji-ro, Jung-gu, Seoul (Di Belakang Pejabat Utama KEB Hana Bank)
      Jam: 10:00-18:00
Poskad foto BTS Edition

Sumber: Seoul Tourism Organization

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.