Novo Cinemas Perkenal Lokasi Unggulan Mengagumkan di Taman Tema IMG Worlds of Adventure di Dubai

DUBAI, UAE, 15 Mac 2019 /PRNewswire/ — Novo Cinemas, jenama panggung wayang yang inovatif dan memenangi anugerah, membuka lokasi unggulan termajunya di IMG Worlds of Adventure di Dubai.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: https://www.multivu.com/players/uk/8512051-novo-cinemas-unveils-flagship-venue-dubai/

Pawagam IMAX® with Laser yang terbesar di Dubai, multipleks ultra-model Novo menampilkan nilai estetik ‘kosmik’ menakjubkan yang menonjolkan dengan berani generasi pawagam seterusnya di rantau ini.

Kompleks ini mempunyai multipleks 12-layar perak yang direka untuk mengasyikkan pelanggan dalam keajaiban filem sepenuhnya. Reka bentuk futuristik tempat ini diserlahkan dengan lebih 5,000 meter cahaya lampu tiub panjang LED dengan warna-warna yang disesuaikan dan cahaya lampu cermin dari lantai ke syiling di seluruh lobi dan kawasan awam.

Peminat-peminat pawagam sebenar akan berseronok menerusi pengalaman IMAX® with Laser dan pilihan tiga layar perak VIP yang menawarkan perkhidmatan 7-Bintang terkenal Novo. Ruang istirahat peribadi dengan menu mewah khas dan khidmat pembantu khas tetamu peribadi turut disediakan, manakala kerusi kulit berbaring sepenuhnya digabungkan dengan kemudahan bantal dan selimut melengkapkan tawaran premium berkenaan.

Lokasi Novo Cinemas terbaharu turut menawarkan layar perak pawagam serbaguna dengan pentas persembahan, seraya menjadikan ruang yang sempurna untuk mengadakan acara-acara korporat dan mesyuarat-mesyuarat.

Pengalaman baharu ini turut menampilkan teknologi bunyi 12-saluran IMAX® with Laser dengan sisi baharu dan saluran atas kepala yang memberikan julat dinamik yang lebih besar dan ketepatan demi prestasi audio yang unggul.

Debbie Stanford-Kristiansen, Ketua Pegawai Eksekutif Novo Cinemas berkata semasa majlis perasmian: “Inspirasi kami untuk lokasi baharu yang unik ini adalah untuk membawa tetamu kami ke dunia lain sambil memberikan sesuatu yang amat mengagumkan. Kami percaya pawagam yang hebat ini akan dapat menjayakannya. Dengan reka bentuk yang menakjubkan, makanan & minuman (F&B) yang hebat dan khidmat pelanggan VIP serta layar perak IMAX® with Laser yang terbesar di Dubai, kami yakin dapat memberikan suatu pengalaman yang mengagumkan. Kami juga bersyukur atas sokongan daripada rakan kongsi kami, IMG Worlds of Adventure, yang memberi kami kebebasan untuk menerobos sempadan reka bentuk dan pengalaman.” 

Setelah menyaksikan bintang-bintang kegemaran mereka di layar besar, peminat-peminat filem boleh memilih untuk membeli pas berasingan bagi mengakses IMG Worlds of Adventure.

Untuk maklumat lanjut tentang Novo Cinemas IMAX with Laser Experience® termasuk waktu tayangan filem, sila ke laman sesawang mereka: https://www.imax.com/theatres/novo-img-dubai-imax.

Untuk maklumat lanjut kunjungi www.novocinemas.com atau muat turun Novo App untuk iOS atau Android.

Untuk mengikuti perkembangan terkini menerusi berita dan pengumuman mutakhir, ikuti Novo Cinemas di:

Facebook: Novo Cinemas | Instagram: @NovoCinemasUAE | YouTube: www.youtube.com/user/NovoCinemas | Twitter: www.twitter.com/novocinemas

(Foto: https://mma.prnewswire.com/media/835722/Entrance_Novo_Cinemas_IMG_Worlds_of_Adventure.jpg)

(Foto: https://mma.prnewswire.com/media/835723/Lobby_Novo_Cinemas_IMG_Worlds_of_Adventure.jpg)

Sumber: Novo Cinemas

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.