Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Kutuk Serangan terhadap Penganut Islam di New Zealand

MAKKAH, Arab Saudi, 16 Mac 2019 /PRNewswire/ — Tuan Yang Terutama Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Dunia Cendiakawan Islam Sheikh Dr. Mohammad bin Abdulkarim Alissa mengeluarkan kenyataan berikut:

Liga Dunia Islam mengutuk serangan di masjid-masjid New Zealand yang telah meragut nyawa berpuluh-puluh jemaah yang tidak bersalah dan meninggalkan banyak yang lain cedera parah. Liga Dunia Islam juga mengungkapkan kesedihan yang mendalam dan takziah buat keluarga, sahabat dan komuniti mangsa.

Serangan pengganas terhadap orang-orang yang beriman merupakan salah satu bentuk penghinaan dan kebencian yang paling kejam dan jahat. Kekejaman, kebencian dan niat jahat tindakan pengganas ekstremis ini adalah sama dengan tindakan kekerasan Al-Qaeda dan Daesh.

Dalam menghadapi kejahatan sebegini, masyarakat global hanya dapat menjawabnya dengan nilai-nilai cinta, keharmonian dan kedamaian.

Untuk menangani keganasan ekstremisme dan Islamofobia, kita memerlukan organisasi kerajaan dan agama di seluruh dunia untuk bekerjasama dalam menggalakkan toleransi dan kefahaman agama dan menghalang semua bentuk penghasutan dan kebencian, termasuk semua jenis kebencian yang ditujukan kepada sebarang agama atau etnik.

Tanpa tindakan pencegahan yang berusaha memupuk nilai-nilai kemanusiaan dan moral dalam generasi muda kita, kita akan menghadapi risiko kitaran keganasan yang berlanjutan. Liga Dunia Islam akan meningkatkan usaha untuk bekerja dengan kumpulan berbilang agama untuk mewujudkan inisiatif untuk menggalakkan kemahaman dan toleransi yang lebih besar.

Liga Dunia Islam merancang untuk menghantar delegasi ke New Zealand untuk menawarkan ucapan takziah bagi pihak Tuan Yang Terutama Dr. Alissa dan memberi sokongan kepada keluarga dan komuniti yang terlibat.

Sumber: Muslim World League
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Umum Pengarah Baharu Pasaran Modal Islam

Kuala Lumpur – Bursa Malaysia Berhad (“Bursa Malaysia”) hari ini mengumumkan pelantikan Azizan Abdul Aziz (“Azizan”) sebagai Pengarah Pasaran Modal Islam (ICM), berkuat kuasa 1 Mei 2026.

Azizan akan memegang peranan baharu ini selain jawatan semasanya sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia. Pelantikan ini mencerminkan fokus berterusan Bursa Malaysia dalam memperkukuh penawaran pasaran modal Islamnya seiring dengan keutamaan strategik yang lebih luas.

Dato’ Fad’l Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, berkata, “Pelantikan Azizan memperkukuh fokus kepimpinan Bursa Malaysia terhadap Pasaran Modal Islam pada waktu pertumbuhan pasaran yang berterusan dan penyertaan antarabangsa yang semakin berkembang. Pengalaman, kepakaran kewangan dan pemahaman institusi beliau meletakkannya pada kedudukan yang baik untuk memberikan hala tuju strategik bagi keutamaan pasaran Islam kami, di samping terus memastikan pengurusan kewangan yang kukuh sebagai CFO.”

Pasaran modal Islam Malaysia kekal sebagai tonggak utama pasaran modal domestik, berkembang daripada RM2.2 trilion pada 2020 kepada RM2.7 trilion menjelang akhir 2025, dengan ekuiti patuh Syariah dan sukuk masing-masing menyumbang RM1.3 trilion dan RM1.4 trilion. Mencerminkan kedalaman pelaburan Syariah di peringkat tempatan, syarikat patuh Syariah merangkumi lebih daripada 80% syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia.

Dalam kapasiti beliau sebagai Pengarah ICM, Azizan akan menyediakan pengawasan dan hala tuju strategik bagi keutamaan berkaitan pasaran modal Islam Bursa Malaysia, dengan bekerjasama rapat bersama pihak berkepentingan dalaman dan peserta pasaran untuk menyokong pembangunan berterusan ekosistem ICM. Sebagai CFO, beliau akan terus menyelia fungsi kewangan keseluruhan Bursa Malaysia, termasuk pelaporan kewangan dan pengurusan, perancangan korporat serta penganggaran bajet.

Azizan membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang kewangan, perakaunan, kewangan korporat dan nasihat. Sebelum menyertai Bursa Malaysia, Azizan berkhidmat sebagai CFO Kumpulan bagi Bank Islam Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan Rakan Kongsi Penggabungan dan Pengambilalihan di Deloitte Southeast Asia Ltd., serta pernah memegang jawatan kanan di KPMG Financial Services Advisory di United Kingdom dan Malaysia, antara lain. Beliau memiliki ijazah dalam Perakaunan & Kewangan dari University of Plymouth, UK, dan merupakan ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) serta felo Association of Chartered Certified Accountants (ACCA).