
Baru-baru ini Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melantik seramai 25 individu yang mempunyai kepakaran serta pengalaman luas dalam bidang perumahan bagi menganggotai Panel of Experts.
Pelantikan ini merupakan satu inisiatif strategik kementerian dalam menggembleng tenaga, mendapatkan pandangan serta cadangan pemegang taruh sektor perumahan dan juga penggabungan idea bersama pemain industri hartanah tempatan bagi membantu kerajaan melaksanakan pelan dasar perumahan terbaik untuk rakyat.
Ahli Panel of Experts ini dipilih berdasarkan latar belakang merangkumi keseluruhan industri hartanah dan perumahan antaranya bekas pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik, penyelidik, pakar perundangan, pemaju, persatuan pembeli rumah, ahli perbankan, ahli ekonomi dan wakil Majlis Belia Malaysia.
Setakat pada suku ketiga tahun 2021 terdapat lambakan rumah mampu milik yang tidak terjual sebanyak 7,729 unit pada harga RM300,000 ke bawah. Menerusi isu ini Panel of Experts telah diminta untuk mencari punca dan penyelesaian.
Sehubungan itu Panel of Experts akan membincangkan cabaran dan isu-isu yang membelenggu sektor perumahan seperti ketersediaan rumah, akses pemilikan rumah, kemampuan pemilikan rumah, kualiti perumahan dan daya huni.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berharap dengan perlantikan Panel of Experts ini, ia mampu membawa kepada pembentukan sebuah model baharu dalam aspek ekosistem keseluruhan penyediaan dan pemilikan rumah serta dapat menjayakan agenda Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu rumah mampu milik sebanyak 500,000 unit dalam Rancangan Malaysia Ke-12.
Tambah beliau lagi, dalam isu pemilikan rumah dan penyediaan rumah untuk rakyat, satu pendekatan baharu perlu dirangka bagi melebarkan akses pemilikan kediaman khususnya kepada generasi muda yang antaranya mempunyai masalah penyediaan wang pendahuluan atau deposit. Ini selaras dengan hasrat KPKT untuk menggalakkan generasi muda melalui kempen Miliki Rumah di Usia Muda.
Panel of Experts ini dianggotai oleh Tan Sri Abdul Wahid Omar, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi Bursa Malaysia Berhad, Tan Sri Arpah Abdul Razak, mantan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Zamani Abdul Ghani, mantan Timbalan Gabenor Bank Negara, Dr Suraya Ismail, Pengarah Penyelidikan Khazanah Research Institute, Dato Soam Heng Choon, Presiden REHDA dan Faizul Ridzuan, Pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif FAR Capital.
KPKT komited dan bersungguh-sungguh dalam menangani isu perumahan negara menerusi inisiatif perlantikan Panel of Experts, dalam memastikan aksesibiliti perumahan kepada kumpulan sasar dapat dilaksanakan secara holistik selari dengan agenda dan fokus KPKT iaitu Liveable Malaysia.
Berikut adalah senarai penuh Panel of Experts KPKT.
- Tan Sri Ahmad Phesal bin Talib – Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur.
- Tan Sri Abdul Wahid bin Omar – Pengerusi Bursa Malaysia.
- Tan Sri Arpah binti Abdul Razak – Bekas Ketua Setiausaha KPKT.
- Tan Sri Ahmad Zaki Ansore – Bekas Ketua Pengarah (ICU) Jabatan Perdana Menteri.
- Datuk Zamani Abdul Ghani – Bekas Timbalan Bank Negara
- Datuk Chung Chee Leong – Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas Berhad.
- Datuk Chang Kim Loong – Pengasas Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah
- Dato’ Soam Heng Choon – Presiden REHDA
- Dato’ Idzham Mohd Hashim – Ketua Pengarah Komersial ENRA Group
- Datuk Ezumi Harzani – Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia
- Prof. Dato’ Mohd Fozi bin Ali – Profesor Kejuruteraan Awam UiTM
- Prof. Dr Abdul Hadi bin Nawawi – Profesor Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur UiTM
- Prof. Dr. Mohamad Fazli Sabri – Dekan Fakulti Ekologi Manusia UPM
- Dr. Suraya Ismail – Pengarah Penyelidikan di Khazanah Research Institute
- Puan Kalpana Sambasivamurthy – Peguam
- Abdul Murad bin Che Chik – Peguam
- Mohd Syahrul bin Ishak – Pengarah Urusan & Ketua Serantau Pengurusan Tunai, Kumpulan Perbankan Transaksi CIMB
- Encik Chen Yin Heng Ketua Pegawai Eksekutif Prokhas Sdn Bhd
- Sufian bin Abdullah – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif KWEST Sdn Bhd
- Jufitri bin Joha – Presiden Majlis Belia Malaysia
- Shahril Sufian bin Hamdan – Pengarah Ekonomi Pejabat Perdana Menteri
- Hamdan bin Abdul Majeed- Pengarah Urusan Think City
- Au Foong Yee – Editor Emeritus The Edge
- Faizul Ridzuan – Pengasas & Ketua Pengarah Eksekutif FAR Capital
Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

- Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
- Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
- Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?
Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.
Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.
Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.
Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:
✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis
Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo