Para Pengguna Dilindungi Daripada Kes Penipuan Durian Dengan Durian e-Fiesta Dan Jaminan Shopee

Dengan para penjual durian membawa jualan mereka ke atas talian sebagai persediaan untuk kemuncak musim durian pada pertengahan bulan Julai, kes penipuan atau scam yang melibatkan Raja Buah ini telah mula muncul. Sebagai maklumbalas kepada hal ini, Shopee berkata bahawa rakyat Malaysia yang membeli dari platform mereka tidak perlu risau kerana platform e-dagang tersebut akan bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk memperkasakan para petani dan penjual durian yang sah melalui kempen Durian e-Fiesta. Dalam pada itu, semua transaksi di platform tersebut dilindungi oleh polisi Jaminan Shopee.

Jaminan Shopee (Shopee Guarantee) adalah sebuah polisi yang akan melindungi semua transaksi yang dilakukan di platform tersebut agar para pengguna dilindungi setiap masa. Polisi ini memastikan bahawa Shopee memegang pembayaran secara escrow sehingga pembeli memastikan barangan yang diterima adalah tulen dan berada dalam keadaan baik sebelum bayaran dilepaskan kepada penjual. Dengan polisi ini, proses pemulangan pembayaran kepada pengguna Shopee dapat dilakukan sepantas 15 minit setelah diluluskan jika bayaran dibuat menggunakan ShopeePay. Ini membolehkan para pengguna membeli-belah di Shopee tanpa rasa bimbang.

Sementara itu, FAMA menyatakan bahawa pihaknya telah bekerjasama dengan Shopee bagi meneruskan Durian e-Fiesta mereka buat tahun kedua dalam proses menormalisasikan penjualan dan pembelian barangan pertanian secara atas talian ekoran penularan pandemik. Kempen ini akan berlangsung dari 10 hingga 31 Julai dengan baucar diskaun menarik hingga 50%, diskaun RM15 dengan pembelanjaan minimum RM60 serta diskaun RM30 dengan pembelanjaan minimum RM100 yang boleh dituntut menerusi laman mikro eFAMAPLACE.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) FAMA Abdul Rashid Bahri berkata, “Kami sedang membantu para petani durian untuk mengelak daripada lambakan durian sepanjang kemuncak musim durian ini. Oleh itu, kerjasama dengan Shopee untuk menawarkan baucar yang boleh dituntut dan digunakan akan memanfaatkan para penjual dan juga pengguna. Kami juga telah memastikan pelbagai jenis durian popular boleh didapati seperti Musang King, Udang Merah, XO, D101, durian kampung dan lain-lain.”

Beliau menambah bahawa sebagai salah satu platform e-dagang terbesar di Malaysia, Shopee merupakan pihak yang paling sesuai untuk merealisasikan impian FAMA dalam membantu usahawan agro makanan dalam pemasaran secara atas talian.

“Berdasarkan rekod kempen-kempen yang diusahakan bersama sebelum ini, kolaborasi antara FAMA dan Shopee mencatatkan peningkatan Pulangan Pelaburan sehingga 8 kali ganda yang secara langsung memanfaatkan para petani dan penjual durian. Suasana ekonomi semasa menjadikan perniagaan atas talian sebagai strategi business survival yang perlu diambil oleh usahawan bimbingan FAMA. Oleh itu, FAMA sentiasa berusaha untuk mentransformasikan kaedah pemasaran para usahawan kami, supaya seiring dengan keperluan dan situasi semasa,” kata Abdul Rashid.

Pada masa yang sama, Kenneth Soh, Pengurus Kanan (Pemasaran), Shopee Malaysia berkata, “Kami berterima kasih kepada FAMA kerana melibatkan kami dalam program mereka dan memberi peluang kepada kami untuk menyokong usaha mereka. Secara bersama, kami telah mendigitalkan 211 penjual durian dan telah membantu dalam persediaan mereka menjelang kempen Durian e-Fiesta. Kami memahami bahawa sejak kebelakangan ini terdapat banyak kes penipuan berkaitan durian di media sosial. Kami berada di sini untuk memberi jaminan kepada para pengguna agar mereka tidak berasa bimbang kerana semua transaksi di Shopee dilindungi oleh polisi Jaminan Shopee kami. Oleh itu, kami berharap kempen dan kerjasama bersama FAMA ini dapat membantu mengatasi segala kerisauan anda dan membolehkan anda menikmati durian kegemaran anda tanpa sebarang kebimbangan.”

Penjual-penjual eFAMAPLACE di Shopee akan mengadakan Jualan Kilat Shocking Sale setiap hari dari 4 – 31 Julai, yang akan menyaksikan durian Musang King, D24 dan durian kampung dijual daripada harga serendah RM0.77 pada jam 12 tengah malam setiap hari dalam kuantiti terhad.

Temui laman mikro eFAMAPLACE melalui portal dalam aplikasi Shop Malaysia di Shopee atau layari – https://shopee.com.my/m/efama.

Mengenai FAMA

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) ditubuhkan di bawah Akta 141, merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk–produk industri asas tani.

Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam pemasaran hasil produk agromakanan untuk memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA juga berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri asas tani tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna. Bagi melaksanakan peranan ini, FAMA telah dan sedang menggiatkan usaha–usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran dengan memberi fokus kepada pembangunan luang pasaran, pembangunan infrastruktur pemasaran, pembangunan keusahawanan, pembangunan pemasaran produk dan pembangunan regulasi pemasaran.

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu, serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain daripada Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital, Garena, dan bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi.

Previous ArticleNext Article

Cabaran RIFAR Yang Diterajui Belia Oleh SC Untuk Memacu Kesedaran Dan Inovasi Bagi Sungai-Sungai Di Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini melancarkan River Flooding Adaptation & Resilience (RIFAR) Challenge untuk memperkasakan golongan muda supaya menyumbang idea dan tindakan yang dapat memperkukuh ketahanan sungai-sungai di Malaysia.

Inisiatif ini merupakan kerjasama dengan rakan strategik dalam penglibatan universiti, pelaksanaan dunia sebenar langkah mitigasi banjir dan kepakaran teknikal dalam ketahanan serta kelestarian sungai. Rakan-rakan tersebut ialah:

  1. ICAEW Malaysia
  2. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)
  3. Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB) – pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG)
  4. Jeffrey Sachs Center on Sustainable Development (JSC)

Pertandingan seluruh negara ini menjemput pelajar universiti untuk membantu menangani ancaman banjir sungai yang semakin meningkat melalui dua kategori berbeza:
▪ The Sprint: Laluan kesedaran yang memfokuskan komunikasi kreatif, bagi meningkatkan kesedaran awam dan tindakan komuniti mengenai kesihatan sungai di Malaysia.
▪ The Marathon: Laluan inovasi pelbagai disiplin di mana pasukan membangunkan intervensi mitigasi banjir untuk Taman Sri Muda. Penyelesaian menggabungkan konsep kejuruteraan dengan pelan pembiayaan pasaran modal serta manfaat sampingan iklim yang boleh diukur, seperti tenaga boleh diperbaharui.

RIFAR merupakan sebahagian daripada inisiatif Transition, Resilience & Adaptation in Capital Markets (TRAC) oleh SC. Ia selaras dengan objektif lebih luas SC untuk memperkukuh peranan pasaran modal dalam menggerakkan pembiayaan bagi peralihan iklim, adaptasi dan ketahanan, seperti yang digariskan dalam Capital Market Masterplan 2026-2030.

RIFAR ialah cabaran adaptasi dan ketahanan iklim kedua SC, meneruskan kejayaan besar Coastal Flooding Adaptation & Resilience (COFAR) Challenge yang diadakan pada 2025. Inisiatif ini melibatkan 220 pelajar dari 29 universiti untuk membangunkan penyelesaian adaptasi bagi Pulau Carey, Selangor.

Bercakap semasa webinar pelancaran RIFAR Challenge, Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi berkata sungai berada di pusat cabaran adaptasi iklim Malaysia.

“Sungai ialah sistem peredaran negara ini, membekalkan 80% bekalan air mentah negara dan mengalir melalui koridor ekonomi paling penting kita.”

“Pasaran modal menilai idea yang bukan sahaja kukuh dari segi teknikal tetapi juga berdaya maju dari segi kewangan. Selepas kejayaan COFAR, kami yakin pelajar universiti Malaysia boleh menyumbang kepada penyelesaian bersepadu yang diperlukan untuk lembangan sungai kita,” katanya.

RIFAR Challenge menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM50,000 untuk kategori Marathon dan RM7,000 untuk Sprint. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar dari semua universiti awam dan swasta di Malaysia, serta rakyat Malaysia yang belajar di universiti luar negara.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, layari: www.sc.com.my/trac/rifar-challenge
Pendaftaran ditutup pada 12 Mei 2026.