Peranan Penting Pengawalseliaan dalam Industri Mata Wang Kripto

Kini, populariti bitcoin, dan mata wang kripto secara umum, terus meningkat. Ramai telah mengalihkan perhatian mereka kepada mata wang kripto yang paling terkenal di dunia kerana kemampuannya sebagai kaedah pembayaran yang selamat dan pantas, simpanan nilai alternatif, dan perlindungan terhadap inflasi. Ditambah dengan minat yang meningkat daripada pelabur-pelabur institusi, bitcoin dikelihatan mengukuhkan kedudukannya di dalam industri kewangan moden.

Seperti semua teknologi baru, bitcoin telah menimbulkan banyak pertanyaan daripada orang ramai yang ingin memahaminya. Di samping itu, nilai turun naik yang tinggi, kesan terhadap alam sekitar, tindakan pihak kawal selia di China, dan masalah pengawalseliaan yang dihadapi oleh sebuah bursa mata wang kripto tertentu, telah menjadi topik perbahasan.

Perkembangan terbaru ini telah mendorong perbincangan di antara ramai pihak dan, khususnya, perbincangan mengenai pengawalseliaan. Oleh itu, ia perlu diberi perhatian untuk memberi perspektif mengenai peranan pengawalseliaan dalam industri mata wang kripto.

Pengawalseliaan perlombongan dan perdagangan mata wang kripto terbaru di China telah menjejaskan pasaran mata wang kripto. Dianggarkan 90% kapasiti perlombongan di China akan ditutup sebagai hasilnya. Ini adalah berita penting kerana 65% perlombongan bitcoin berlaku di China kerana ketersediaan sumber elektrik yang murah di beberapa lokasi.

Walaupun begitu, kami percaya bahawa ini akan mengukuhkan pertumbuhan jangka panjang bitcoin. Situasi ini akan meningkatkan desentralisasi perlombongan bagi memastikan rangkaian bitcoin kurang terdedah kepada pengawalseliaan sesebuah negara. Tambahan pula, pengawalseliaan perlombongan di China memberi peluang kepada pelombong mata wang kripto untuk berpindah ke lokasi dengan sumber tenaga boleh diperbaharui yang banyak seperti El Salvador untuk sumber tenaga panas bumi dan Texas, Amerika Syarikat untuk tenaga solar dan angin.

Oleh kerana kesenangan pelombong mata wang kripto untuk berpindah, mereka akan pergi ke mana-mana lokasi dengan sumber tenaga yang bersih dan berpatutan. Penempatan semula ini akan membantu mengurangkan jejak karbon bitcoin dan menuju ke masa depan yang lebih hijau untuk industri mata wang kripto.

Teknologi bitcoin dibina sedemikian bagi memberi insentif kepada penggunaan tenaga boleh diperbaharui. Ini kerana pada masa ini, melombong bitcoin menggunakan tenaga boleh diperbaharui adalah lebih murah daripada tenaga tidak boleh diperbaharui. Hal ini adalah amat penting di dalam sebuah industri yang mempunyai ganjaran kewangan besar.

Sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, dan hidro biasanya menghasilkan penawaran yang berlebihan ketika permintaan adalah rendah. Sebaliknya, penawaran berkurang ketika permintaan menjadi tinggi. Oleh sebab itu, pelombong bitcoin dapat menggunakan tenaga boleh diperbaharui yang sebaliknya tidak digunakan. Pada masa depan, bitcoin dapat menggantikan dan menggabungkan sistem-sistem kewangan yang sedia ada dengan cara yang memberi manfaat kepada semua orang dan membantu mengurangkan pelepasan karbon global.

Walaupun amalan pengawalseliaan di China adalah agak ekstrim, pengawalseliaan yang adil dan progresif sangat penting untuk pertumbuhan sesebuah industri yang sihat. Tambahan pula, kerangka pengawalseliaan yang praktikal mempromosikan perlindungan dana pelanggan dan mencapai keseimbangan antara keperluan peraturan dan ruang yang diperlukan untuk inovasi berlaku. Oleh itu, kewujudan lesen untuk beroperasi harus memberi petunjuk yang baik kepada pengguna bahawa pengguna dapat mempercayai syarikat dengan dana mereka dan bahawa mereka akan mempunyai kawalan untuk mencegah penggunaan mata wang kripto secara tidak sah.

Baru-baru ini, sebuah bursa mata wang kripto terkenal menghadapi masalah pengawalseliaan dan dilarang beroperasi di satu negara di Eropah dan menerima amaran dari pengawal selia di beberapa negara lain. Situasi ini menunjukkan mengapa bursa mata wang kripto perlu bekerjasama rapat dengan pengawal selia tempatan untuk mewujudkan kerangka pengawalseliaan yang sesuai untuk kedua-dua pemain industri dan pengguna.

Di Malaysia, kami bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dalam membantunya memahami industri mata wang kripto dengan lebih mendalam bagi memperkenalkan pengawalseliaan khusus untuk mata wang kripto.

Kami berbangga kerana menjadi bursa mata wang kripto pertama yang dikawal selia di Malaysia. Hasilnya, mata wang kripto telah menunjukkan bahawa ia boleh wujud dalam persekitaran pengawalseliaan yang adil dan progresif. Ini terbukti apabila kami berjaya menyimpan lebih daripada RM1 bilion aset digital bagi pihak lebih daripada 300,000 pengguna dan memproses lebih daripada RM4.2 bilion pada tahun 2021, menunjukkan tren positif permintaan mata wang kripto di Malaysia.

Bagi mata wang kripto, pengawalseliaan membina asas kukuh untuk mengembangkan hubungan dengan pemain-pemain industri lain seperti institusi perbankan. Kelebihan bursa yang dikawal selia adalah jelas; ketelusan dan perlindungan pengguna yang lebih besar dan rangka tindakan untuk berkerjasama dengan pengawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bank Negara Malaysia membuka jalan bagi pelabur, peniaga, dan individu untuk memaksimumkan faedah sistem kewangan baru seperti mata wang kripto. Hari ini, terdapat tiga bursa aset digital yang diluluskan di Malaysia, lantas membuktikan kesediaan pengawal selia untuk menegakkan kerangka pengawalseliaan industri mata wang kripto di Malaysia.

Kami percaya pengawalseliaan akan menaikkan batasan dalam industri dan, berdasarkan pengalaman kami, ini juga yang dikehendaki oleh para pengguna. Ia akan terus mengukuhkan mata wang kripto dan mendorong penggunaan awam secara besar-besaran. Kami sedang membina jambatan antara apa yang kami ada hari ini dan sistem kewangan masa depan yang memastikan proses transaksi yang lebih pantas, lebih selamat dan lebih mudah diakses oleh semua.

Pada masa ini, kita berada dalam ekonomi campuran di mana kita masih bergantung pada infrastruktur kewangan sedia ada untuk mempermudahkan pemindahan ke sistem kewangan masa depan. Selagi kita berinteraksi dengan sistem kewangan terkini, kita harus menyesuaikan diri dan mengikuti peraturan yang sama.

Mata wang kripto telah berubah dari domain tersendiri ke domain yang dikawal selia, di mana individu dan perniagaan dapat memperkenalkan mata wang kripto ke dalam kehidupan seharian mereka, melalui pelaburan dan pembayaran. Kesimpulannya, hubungan antara bursa mata wang kripto dan pengawal selia perlu dibina berdasarkan kepercayaan dan tujuan bersama untuk memastikan sistem kewangan masa depan dapat memanfaatkan rakyat tanpa mengira latar belakang.

Tentang Luno

Luno merupakan syarikat mata wang kripto global terkemuka yang mempunyai misi untuk menaik taraf dunia ke sistem kewangan yang lebih baik. Diasaskan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Marcus Swanepoel dan Ketua Pegawai Teknologi Timothy Stranex, Luno dilancarkan pada 2013 dan telah membina pasukan hampir 400 orang, beribu pejabat di London dengan pusat serantau di Singapura dan Cape Town. Mempunyai lebih daripada 8 juta pengguna yang merangkumi lebih dari 40 negara, produk dan perkhidmatan Luno menjadikannya selamat dan senang untuk dibeli, dijual, disimpan dan mempelajari mengenai mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum.

Luno telah disokong oleh beberapa pelabur terkemuka dunia termasuk Balderton Capital, RMI, Naspers dan Venturra, sebelum baru-baru ini diambil alih oleh Digital Currency Group (DCG)

Laman Web: www.luno.com
Media Sosial: Facebook
Aplikasi Mudah Alih: Android dan iOS

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod FVSKG5. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod FVSKG5.

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.