7 Persamaan Warren Buffett, Bill Gates Dan Elon Musk

Sering kita mendengar kisah-kisah jutawan yang seakan sama, tetapi realitinya perjalanan mereka adalah tidak sama. Lain orang, lain kisahnya. Sama seperti Bill Gates, Elon Musk dan juga Warren Buffet.

Mereka mempunyai keunikan yang tersendiri. Begitu juga dengan industri yang mereka ceburi. Namun, selain perbezaan bidang dan pencapaian, ada beberapa persamaan di antara ketiga-tiga individu ini.

Berikut merupakan antara persamaan Bill Gates, Elon Musk dan Warren Buffet yang boleh dijadikan inspirasi bersama.

1. Berani Mengambil Risiko

Kita ketahui bahawa mereka bertiga ini berani mengambil risiko semasa memulakan perniagaan. Walaupun pada mulanya, pendapatan mereka agak sedikit tetapi dengan risiko yang diambil oleh mereka telah membuahkan hasil yang mantap.

Warren Buffet, Elon Musk dan Bill Gates adalah manusia yang berani mencuba dan mencuba sampai jadi!

Baca juga Bill Gates Mengambil Risiko Yang Hampir Sama Dengan Kaedah Warren Buffett Memilih Saham

2. Kesabaran Yang Sangat Tinggi

Jutawan biasanya memerlukan kesabaran yang sangat tinggi untuk mengumpulkan kekayaan mereka. Ramai jutawan percaya bahawa kesabaran memainkan peranan penting dalam kejayaan mereka.

Begitu juga dengan Bill Gates, Elon Musk dan Warren Buffett yang sering bersabar dalam mengecapi kejayaan mereka.

Baca juga Kesilapan Besar Yang Dilakukan Oleh 6 Bilionaire Terkemuka Dunia

3. Gemar Melakukan Kebajikan

Seperti Bill Gates, Elon Musk dan Warren Buffett, mereka mengasaskan badan amal mereka sendiri untuk membantu golongan yang memerlukan.

Baca juga Andrew Carnegie: Kisah Penuh Inspirasi Dermawan Terkenal

4. Berinovasi

Tanpa inovasi, kita tidak akan ke mana-mana. Maka tak hairanlah sekiranya mereka bertiga ini selalu berinovasi sepanjang hidup mereka.

Bill Gates telah berinovasi dalam membangunkan Microsoft, Elon Musk dengan teknologi SpaceX yang menjangkau pemikiran kita dan Warren Buffett pula dengan formula pelaburan saham yang mengagumkan.

5. Pelaburan Jangka Masa Panjang

Warren Buffett melabur untuk jangka masa yang panjang dan hasilnya adalah luar biasa. Begitu juga dengan Elon Musk dan Bill Gates yang fokus kepada pendapatan jangka masa panjang walaupun berbeza bidang dengan Warren Buffett.

Baca juga Adakah Anak Kita Bakal Menjadi ‘The Next Warren Buffett’?

Pelaburan adalah perkara penting untuk menggunakan duit sedia ada bagi menghasilkan lebih banyak duit. Ini adalah rahsia terbuka kenapa orang kaya menjadi semakin kaya.

Baca juga 6 Tips Nak Jadi Kaya Dan Semakin Kaya

6. Ego Membangunkan Syarikat

Umum tahu bahawa Bill Gates, Elon Musk dan Warren Buffet masing-masing mempunyai ego tersendiri.

Walaupun kita mungkin berasa bahawa ego boleh memakan diri sendiri, tetapi dalam membangunkan sesebuah syarikat, sedikit ego mungkin diperlukan bagi mencapai matlamat yang diinginkan.

Buat sampai jadi, walaupun ramai yang tidak bersetuju atau mentertawakan usaha mereka.

7. Ada Imej Tersendiri

Dengan adanya imej tersendiri, Bill Gates, Warren Buffett dan Elon Musk secara tak langsung menonjolkan imej jenama peribadi dan perniagaan mereka tersendiri dengan cara yang unik.

Mereka lebih dikenali sebagai seorang individu, berbanding syarikat yang mereka bangunkan.

Itulah dia beberapa persamaan yang dimiliki oleh tiga hartawan terkenal dunia.

Persamaan baik yang ditunjukkan oleh mereka adalah contoh yang boleh kita amalkan.

Apa pula agaknya perbezaan antara kita dengan mereka bertiga?

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.