PMB Investment Lancar Dana Pelaburan Pasaran ASEAN

Najmi Haji Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, PMB Investment Berhad bersama YBhg. Dato’ Nazim Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan MARA (kiri) dan Isnami Ahmad Mohtar, Pemangku, Ketua Pegawai Pelaburan, PMB Investment Berhad (tengah) menunjukkan logo PMB Shariah ASEAN Stars Equity Fund semasa majlis pelancaran dana tersebut.

PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA), hari ini melancarkan dana pelbagai matawang yang pertamanya dikenali PMB Shariah ASEAN Stars Equity Fund (PMB SASEF) dengan harga tawaran permulaan serendah RM0.5000 atau USD0.5000 seunit.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan MARA, Datuk Nazim Rahman, pelancaran dana baharu ini akan mempercepatkan lagi lonjakan saiz dana PMB Investment kepada sasaran RM1.90 billion menjelang Disember 2018.

“Kami menyasarkan pelaburan permulaan bagi tahun ini sebanyak USD30 juta hingga USD40 juta,” katanya.

YBhg. Dato’ Nazim Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan MARA (tengah) bersama Najmi Haji Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, PMB Investment Berhad (kiri) dan Isnami Ahmad Mohtar, Pemangku Ketua Pegawai Pelaburan, PMB Investment Berhad (kanan) semasa sesi sidang media pelancaran PMB Shariah ASEAN Stars Equity Fund.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, PMB Investment, Najmi Hj. Mohamed, “PMB SASEF membuat pelaburan di lima (5) negara ASEAN iaitu di pasaran Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Filipina. Setakat 28 Februari 2018, terdapat 3,286 syarikat yang tersenarai di pasaran saham negara-negara ASEAN ini. Kami telah melakukan saringan, dan mendapati 47.7 peratus daripada jumlah itu, 1,720 merupakan saham syariah. Daripada jumlah itu, kami akan memilih 300 saham syariah terbesar berdasarkan pasaran modal yang berpotensi untuk dilaburkan”.

“Saham berpotensi ini melibatkan 32.67 peratus atau 98 saham syariah di pasaran Malaysia, 24.33 peratus atau 73 saham syariah di pasaran Indonesia, 24 peratus atau 72 saham syariah di pasaran Thailand, 11.33 peratus atau 34 saham syariah di pasaran Singapura dan 7.67 peratus atau 23 saham syariah di pasaran Filipina” katanya.

“Nilai Aset bersih bagi lima (5) negara ASEAN ini berjumlah USD2.6 trilion termasuk saham syariah dan konvensional. Daripada jumlah tersebut, hanya USD860 billion saham yang dikenalpasti untuk pelaburan PMB SASEF”, katanya lagi.

Menurut Najmi, antara 70 peratus hingga 99.5 peratus Nilai Aset Bersihnya (NAB) akan dilaburkan dalam pelbagai portfolio ekuiti patuh Syariah yang disenaraikan di mana-mana bursa saham lima (5) negara ASEAN dipilih dan bakinya akan dilaburkan dalam instrumen pasaran wang Islam, Deposit Islam (Islamic Deposit Placement), Sukuk, Skim Pelaburan Kolektif Syariah dan Instrumen Pelaburan Syariah yang lain,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai strategi pelaburan PMB SASEF, beliau berkata, “pengurus dana akan membuat analisis prestasi relatif (Relative Performance Analysis) ke atas 300 saham syariah syarikat terbesar di ASEAN berdasarkan pergerakan harga saham, potensi pertumbuhan, keuntungan dan hasil dividen sebelum membuat pemilihan saham yang berpotensi tinggi. Analisis prestasi relatif adalah untuk mengukur kekuatan prestasi di antara stok dan bertujuan memilih saham untuk dimasukkan dalam portfolio pelaburan”.

“Pemantauan ke atas portfolio pelaburan akan dibuat secara aktif dan analisis prestasi relatif merupakan kaedah dan strategi pelaburan yang terbukti memberi pulangan terbaik ke atas dana-dana kami seperti yang terbukti dengan penganugerahan The Edge | Thomson Reuters Lipper Fund Awards 2018 dan 2018 Morningstar Awards baru-baru ini,” tambahnya lagi.

Objektif PMB SASEF adalah untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui pelaburan dalam pelbagai portfolio syariah.

Pelaburan permulaan bagi dana PMB SASEF adalah sebanyak RM1,000 atau USD1,000 bagi pelabur individu dan RM10,000 atau USD10,000 bagi pelabur korporat. Manakala penambahan pelaburan minimum adalah serendah RM100 atau USD100 bagi pelabur individu dan RM1,000 atau USD1,000 bagi pelabur korporat.

YBhg. Dato’ Nazim Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Pelaburan MARA (tengah) bersama Najmi Haji Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, PMB Investment Berhad (kiri) dan Isnami Ahmad Mohtar, Pemangku, Ketua Pegawai Pelaburan, PMB Investment Berhad (kanan) menunjukkan logo PMB Shariah ASEAN Stars Equity Fund semasa majlis pelancaran dana tersebut.

Pada sesi sidang media tersebut, Najmi telah membentangkan kepada pihak media berkaitan dana baharunya, PMB SASEF.

Turut hadir ialah Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, Ketua Pegawai Operasi Pelaburan MARA, Dato’ Mohammad Safie Asnawi, Ahli Lembaga Pengarah PMB Investment dan Pemangku Ketua Pegawai Pelaburan PMB Investment, Isnami Ahmad Mohtar

PMB Investment sebuah syarikat milik penuh Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, adalah sebuah Syarikat Pengurusan Pelaburan Islam (Islamic Fund Management Company, IFMC), menguruskan 14 dana unit amanah, dua dana borong dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas-kelas aset ekuiti dan sukuk.

TINJAUAN PASARAN ASEAN

MALAYSIA
• Sejak pertengahan 2013, pasaran Malaysia menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan berbanding pasaran di negara-negara ASEAN (tidak termasuk Jepun).
• Walau bagaimanapun, pada pertengahan Mac, pelabur telah kembali menunjukkan minat melabur terutamanya pelabur-pelabur asing yang mencatatkan jumlah pembelian bersih sebanyak RM2.5 bilion di Malaysia berbanding pasaran serantau termasuk Thailand, Indonesia dan Filipina.
• Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.5% hingga 6.0% pada tahun ini berikutan prestasi ekonomi dalam dan luar negara yang kukuh.
• Sektor yang diberi perhatian adalah pembinaan dan minyak & gas. Sektor pembinaan mendapat manfaat daripada projek infrastruktur utama seperti MRT3, ECRL dan projek kereta api berkelajuan tinggi KL-Singapura. Sektor minyak & gas mendapat manfaat daripada peningkatan aktiviti di dalam sektor tersebut dan kestabilan harga minyak mentah.

THAILAND
• Pemacu utama adalah kadar pertumbuhan pendapatan yang terus meningkat. Tiga sektor utama pemacu pasaran menunjukkan ¾ daripada sumber kebolehupayaan dalam hasil pendapatan. Trend dalam dua pemacu ini adalah harga minyak dan pertumbuhan eksport (kedua-duanya adalah faktor luaran) yang kekal kukuh. Manakala pemacu ketiga adalah pasaran domestik (seperti pertumbuhan kredit) menunjukkan prestasi meningkat.
• Dasar monetari kekal stabil berikutan tiada tanda-tanda inflasi. Pasaran juga menjangka tiada perubahan kadar inflasi bagi tahun 2018. • Kadar pertumbuhan sektor pelancongan kekal kukuh, dengan kadar ~8.8% pertumbuhan kedatangan pelancong pada tahun 2017 (sama seperti 2016) dan dijangka meningkat sebanyak 10% pada tahun ini. Pelancongan masih kekal sektor pilihan yang menyumbang kepada pertumbuhan pasaran.

FILIPINA
• Pelan infrastruktur yang kukuh. Selepas beberapa tahun mengalami pelaburan pasif, pentadbiran di bawah pimpinan Presiden Duterte memulakan rancangan infrastruktur yang lebih mampan dengan menyasarkan perbelanjaan infrastruktur awam sekitar PHP8-9trillion (~ USD180bn) dalam tempoh 2017 hingga 2022.
• Pertumbuhan kredit bertambah baik pada kadar sekitar 19% tahun ke tahun (year-on-year). Walaupun Bangko Sentral ng Pilipinas (BSP) menaikkan kadar faedah, pertumbuhan kredit masih tidak menunjukkan penurunan. Pengumuman BSP baru-baru ini untuk mengurangkan kadar RRR juga dilihat positif bagi industri perbankan kerana ianya mengurangkan kos perantaraan bank.
• Pelancongan merupakan pemacu pertumbuhan pasaran. Kedatangan pelancong telah berkembang lebih dari 10% setiap tahun bagi tiga tahun lepas. Sebahagian besar kedatangan pelancong asing merupakan dari negara China.

INDONESIA
• Dasar-dasar ekonomi yang kukuh, kadar pertumbuhan KDNK (5.1% pada tahun 2017), peningkatan pelaburan dalam sektor infrastruktur, kadar inflasi yang rendah, kenaikan kadar eksport, dan tanda awal pemulihan penggunaan isi rumah yang dijangka bertambah baik ekoran kenaikan gaji.
• Dasar monetari yang lebih longgar akan memberi sokongan kepada kadar pertumbuhan. Bank Indonesia (BI) menurunkan kadar faedah pada bulan Ogos dan September 2017 sebanyak 25 mata asas bagi setiap bulan. BI berkemungkinan akan mengurangkan kadar sekali lagi pada tahun 2018, apabila kadar inflasi terus menurun, yang akan menyokong kadar pertumbuhan. Kadar inflasi adalah serendah 3.2% pada bulan Januari 2018, berada di bawah sasaran BI iaitu sebanyak 2.5-4.5%. Satu-satunya kekangan kepada pertumbuhan ialah kemungkinan berulangnya nilai matawang rupiah yang lemah.
• Perkembangan yang kukuh dalam perbelanjaan infrastruktur awam dan peningkatan pelaburan swasta dan pelaburan asing (FDI) berikutan harga komoditi yang lebih tinggi akan merangsang pertumbuhan tahun ini. Selain itu, tekanan inflasi yang agak lembap dan dasar monetari yang akomodatif akan menyokong penggunaan swasta. Pemerintah Indonesia sedang berusaha untuk meningkatkan pendapatan dari percukaian untuk membantu pembiayaan kewangan dan merancang untuk menurunkan defisit kepada 2.2% dari KDNK tahun ini.

SINGAPURA
• Pertumbuhan KDNK diunjur meningkat hingga 3.6% pada 2018, berbanding 3.5% pada tahun 2017, dibantu oleh peningkatan keuntungan dari sektor luar dan pembuatan serta peningkatan pendapatan isi rumah dan perkhidmatan.
• Lanskap politik paling ‘stabil’ dalam kalangan ASEAN-5 –ini adalah daya tarikan tambahan pasaran terutama apabila negara-negara serantau yang lain menyaksikan pelbagai ‘aliran berita politik’ pada setiap kali kitaran pilihan raya berlangsung.
• Pelabur juga berminat dengan sifat “defensif” pasaran Singapura yang mempunyai purata beta yang lebih rendah berbanding purata beta indeks ekuiti rantau ASEAN dan global. Penganalisis percaya ianya adalah gambaran kekukuhan penampan modal yang dimiliki oleh bank-bank yang berwajaran tinggi (index heavyweight banks). Mata wang Singapura dijangka dapat menahan tekanan yang berpunca daripada sebarang peningkatan dalam volatiliti global.

5 DANA TERBAIK PMB INVESTMENT

1. PRESTASI DANA KATEGORI EKUITI MALAYSIA

2. PRESTASI DANA KATEGORI EKUITI PENDAPATAN MALAYSIA 

3. PRESTASI DANA KATEGORI EKUITI SMALL & MID CAP 


*Prestasi dana setakat 31 Disember 2017
*Sumber Lipper for Investment Management

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kementerian Kewangan Lanjutkan Tempoh Cadangan Belanjawan 2024 Sehingga 22 Sept

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) — Susulan sambutan yang menggalakkan, Kementerian Kewangan (MOF) telah memutuskan untuk memanjangkan tempoh mengumpul maklum balas berkaitan Belanjawan 2024 melalui portal Cadangan Belanjawan 2024 selama seminggu sehingga 22 Sept 2023.

Setakat 13 Sept 2023, Jelajah Belanjawan 2024 telah melangkaui seluruh pelosok negara melalui 9 Jelajah Negeri yang diterajui oleh Timbalan Menteri I Datuk Seri Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri II Steven Sim Chee Keong serta 24 sesi libat urus yang dikendalikan kementerian-kementerian di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Sesi tersebut melibatkan penyertaan daripada lebih 7,000 peserta dari pelbagai latar belakang seperti dewan perniagaan, pakar ekonomi, teknokrat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa yang sama, MOF telah menerima lebih 9,500 maklum balas daripada orang ramai melalui portal Cadangan Belanjawan 2024.

Maklum balas yang diterima melalui semua platform tersebut meliputi bidang kelestarian ekonomi seperti pemeliharaan persekitaran, ekonomi hijau, tata kelola baik, pendigitalan, penambahbaikan tadbir urus fiskal dan langkah-langkah untuk memajukan industri sedia ada seperti industri kreatif dan pelancongan.

Kesiapsiagaan Belanjawan 2024 bermula dengan pembentangan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai 2023, yang turut memainkan peranan sebagai kenyataan pra-Belanjawan.

Kerangka tersebut telah menjadi panduan kepada kertas-kertas dasar Kerajaan Perpaduan untuk menstruktur semula ekonomi Malaysia agar ia berlandas pada trajektori pertumbuhan baharu yang rancak dan saksama.

Kerangka dasar yang telah diluncurkan untuk melengkapi Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat merangkumi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Industri Baharu 2023 (NIMP) dan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Ini akan disusul dengan Belanjawan 2024 yang akan dibentang oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Okt 2023, yang akan menggariskan usaha dan inisiatif untuk dilaksanakan pada 2024 bagi mencapai sasaran-sasaran seperti diumumkan oleh Perdana Menteri pada peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

Selepas Kuching, Program Jelajah Belanjawan 2024 akan bersambung di Perak, Selangor dan Labuan. Program ini dijangka berakhir pada 22 Sept 2023.

Orang ramai dijemput untuk memberikan pendapat dan cadangan di portal Cadangan Belanjawan 2024 melalui pautan https://budget.mof.gov.my/ms/.

— BERNAMA