PMB Investment Menangi Anugerah Dana Unit Amanah Syariah Terbaik Morningstar Malaysia Fund Awards 2019

PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah anak syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad (Pelaburan MARA), melalui salah satu dana di bawah pengurusannya, PMB Shariah Premier Fund (PMB SPF), telah berjaya memenangi Best Malaysia Large-Cap Equity (Shariah) pada Majlis Penganugerahan Morningstar Malaysia 2019, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Najmi Mohamed berkata, “kami amat gembira dengan anugerah berprestij ini. Hanya lima (5) kategori anugerah di sampaikan oleh Morningstar dan PMB SPF merupakan salah satu penerimanya. Anugerah ini membuktikan kami sangat komited dalam mengurus dana-dana dan merekodkan prestasi yang konsisten selain strategi pelaburan yang berkesan bagi memastikan PMB Investment terus menawarkan dana unit amanah yang berkualiti di pasaran”.

Berdasarkan ‘Lipper Reader Rating’, PMB Shariah Premier Fund mencatatkan prestasi yang memberangsangkan apabila memberi pulangan sebanyak 11.11% bagi tempoh tiga tahun dan 22.90% bagi tempoh 5 tahun berakhir 31 Disember 2018. PMB SPF berada dalam kedudukan pertama dari 57 dana untuk tempoh 3 tahun dan 52 dana bagi bagi tempoh 5 tahun dalam kategori dana Ekuiti Syariah Malaysia berakhir 31 Disember 2018.

Kata Najmi, “Kami sangat gembira dengan prestasi PMB SPF. Apa yang penting melalui penganugerahan ini ialah para pelabur berpeluang menikmati kadar pulangan yang kompetitif. Meskipun berdepan dengan keadaan pasaran yang tidak menentu pada 2018, prestasi PMB SPF yang menggalakkan dapat direalisasikan dan dinikmati para pemegang unit.

“Tambahan pula, kami kekal komited terhadap strategi kepelbagaian diversifikasi pelaburan jangka panjang dengan berpandukan pengagihan strategiK dana-dana ke sektor-sektor ekuiti yang menunjukkan pertumbuhan positif. Strategi ini terbukti berkesan terutamanya ketika pasaran tidak menentu, sekaligus menambahkan pengalaman dan keupayaan kami untuk mengatasi sebarang ketidakstabilan jangka masa pendek,” tambah Najmi.

PMB SPF menawarkan peluang kepada pelabur untuk mencapai pertumbuhan modal dalam jangka masa sederhana hingga panjang melalui pelaburan dalam mana-mana 50 saham patuh syariah terbesar dari segi modal pasaran (pada masa pembelian) yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Anugerah ini merupakan permulaan yang baik buat PMB Investment bagi tahun 2019. Saya yakin lebih banyak pencapaian dan pengiktirafan yang bakal kami terima pada tahun ini. Kami positif akan dapat menarik perhatian lebih ramai pelabur untuk melabur dengan PMB Investment,” kata Najmi.

Ujar Najmi lagi, Asset Under Management (AUM) adalah sebanyak RM1.2 billion setakat 28 Februari 2018. PMB SPF mengalami pertumbuhan saiz dana sebanyak 51.5 peratus kepada RM93.95 juta pada Disember 2018 berbanding RM62.02 juta pada Disember 2017.

Mengulas mengenai prospek pasaran bagi tahun 2019, Najmi berkata, “tahun ini merupakan tahun yang mencabar, namun pastinya lebih baik berbanding 2018 meskipun terdapat beberapa faktor luaran/ global yang tidak menentu seperti perkembangan positif berikutan perang perdagangan antara dua (2) ekonomi gergasi dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China.”

“Kami berharap dapat melihat perkembangan positif dalam projek infrastruktur dalam negara serta dasar kerajaan yang lebih jelas bagi menarik semula keyakinan pelabur ke dalam bursa tempatan, terutama pelabur asing yang telah menarik semula pelaburan dalam pasaran tempatan pada tahun lalu,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Najmi berkata, “Sektor teknologi merupakan sektor yang akan berkembang pesat berikutan pelancaran spektrum 5G. Selain itu, bisnes sensor baru dan lampu automotif akan menjadi pemangkin positif kepada syarikat yang terlibat dalam segmen ini. Kami juga menjangkakan sektor minyak dan gas akan mempamerkan prestasi yang lebih baik pada tahun ini. Dengan harga minyak mentah stabil di atas paras AS$60/tong, kita akan melihat peningkatan berterusan dan aktiviti menggalakkan dalam sektor ini. Perkara ini akan menyumbang kepada faktor taraf pendapatan yang lebih kukuh dan tinggi.”

PMB Investment sebuah syarikat milik penuh Pelaburan MARA Berhad, adalah sebuah Syarikat Pengurusan Pelaburan Islam (Islamic Fund Management Company, IFMC), menguruskan 15 dana unit amanah, dua dana borong dan beberapa mandat portfolio dengan pelaburan dalam kelas-kelas aset ekuiti dan sukuk.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.