Program Kesetiaan Rakuten Trade Terus Mendapat Sambutan Daripada Pelabur

Dari Kiri Ke Kanan: Ms Elaine Teh, AirAsia BIG Commercial Manager; Ms Karen Kow, BonusLink Business Development Manager; Mr Rhyner Cheong, AirAsia BIG Head of Commercial; Mr Yuji Kusunoki, Rakuten Securities, Inc. President; Mr Kaoru Arai, Rakuten Trade Sdn Bhd Managing Director; Ms Grace Pak, B Infinite General Manager; Ms Deon Lee, B Infinite Deputy General Manager

Sistem ganjaran unik Rakuten Trade Sdn Bhd (“Rakuten Trade”), yang menggabungkan tiga daripada penyedia program kesetiaan utama di negara ini, ternyata menarik perhatian pelabur di bawah umur 40 tahun yang memanfaatkan platform perdagangan ekuiti digital sepenuhnya itu. Tiga syarikat sekutu ganjaran ini telah dihimpunkan di bawah satu platform yang bersepadu setahun lepas untuk menawarkan pelbagai ganjaran kepada pedagang.

Kejayaan kerjasama dengan AirAsia BIG, B Infinite oleh Berjaya Group dan BonusLink telah menyaksikan Rakuten Trade memberikan ganjaran lebih 2.4 juta mata kesetiaan setakat 15 Ogos 2018. Hampir 2 juta mata Rakutan Trade (mata RT) telah ditebus daripada rakan kesetiaan setakat ini.  Secara purata, 31,000 mata diberikan dan 25,600 mata ditebus oleh pelabur setiap minggu.

En. Kaoru Arai, Pengarah Urusan, Rakuten Trade, berkata, “Kerjasama kesetiaan unik kami telah membolehkan Rakuten Trade menawarkan ganjaran dan kempen inovatif kepada pedagang kami dan kami mendapati mereka yang berusia antara 18 hingga 30 tahun sebagai antara yang paling aktif menebus mata ganjaran. Sistem ganjaran kami ternyata merupakan salah satu cara untuk platform kami terus menyerlah dalam industri pembrokeran ekuiti. Kami bersyukur atas sokongan padu rakan-rakan kesetiaan kami; dan sesungguhnya kami merancang untuk mengukuhkan program kesetiaan sambil terus memberi tumpuan dalam menarik perhatian pelabur yang celik digital.”

En. Victor Kaw, Ketua Pegawai Komersial, Program Kesetiaan AirAsia BIG Loyalty, berkata, “Program ganjaran Rakuten Trade saling melengkapi platform BIG, memandangkan ia memberi ganjaran kepada ahli-ahli program kesetiaan sambil menyediakan satu lagi cara mengumpul dan menebus Mata AirAsia BIG. Kami sentiasa mencari jalan untuk memberi ganjaran kepada ahli, dengan memberikan nilai lebih hebat kepada mereka sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka kepada kami selama ini. Dengan Mata AirAsia BIG, Ahli BIG boleh memaksimumkan sepenuhnya nilai Mata BIG untuk menebus tiket penerbangan termasuk cukai dan yuran lapangan terbang, menjadikan penerbangan mereka percuma sepenuhnya kerana Mata BIG adalah setanding tunai.”

Pengarah Runcit & Inovasi BLoyalty Sdn Bhd,  Cik Yau Su Peng berkata “Sambil B Infinite terus melangkah maju dalam dunia mudah alih, ia perlu mempersiapkan diri untuk menerima lebih ramai pengguna yang mahu menggunakan saluran digital. Justeru, kami gembira untuk berganding bahu dengan Rakuten Trade, broker ekuiti dalam talian sepenuhnya di negara ini untuk menawarkan sistem ganjaran sulung untuk pelabur di Malaysia. B Infinite sentiasa terbuka untuk menjalin pakatan saling menguntungkan yang membawa manfaat kepada ahli kami dan usaha sama dengan Rakuten Trade mencapai matlamat tersebut kerana memenuhi keperluan gaya hidup pengguna kami.”

Program kesetiaan Rakuten Trade membolehkan pedagang mengumpul mata RT secara automatik daripada aktiviti perdagangan, rujukan, pindahan saham dan juga kempen pemasaran. Mata RT yang diraih kemudiannya boleh ditukarkan kepada mata AirAsia BIG, B Infinite dan/atau BonusLink dengan nilai sama. Di samping itu, pedagang juga meraih mata RT tambahan apabila kelab bola sepak Sepanyol FC Barcelona memenangi perlawanan dalam Liga UEFA dan La Liga musim 2018/19, hasil daripada kerjasama global 3 tahun Rakuten Group bersama Kelab tersebut yang dimulakan pada 2017.

Untuk maklumat lanjut mengenai Rakuten Trade atau membuka akaun, sila kunjungi www.rakutentrade.my atau muat turun iSPEED.my app menerusi Google Play Store atau Apps Store

Mengenai Rakuten Trade Sdn Bhd (“Rakuten Trade”)

Rakuten Trade (楽天トレード) ialah hasil usaha sama antara bank pelaburan bebas terulung di Malaysia Kenanga Investment Bank Berhad dan Rakuten Securities, Inc. sebahagian daripada Rakuten Group (“Rakuten”), syarikat pelopor inovasi global. Rakuten Group memperkasakan masyarakat, sambil menyediakan perkhidmatan inovatif yang mudah digunakan oleh pelanggannya di seluruh dunia. Dipilih sebagai Syarikat FinTech (Teknologi Kewangan) Terbaik 2018, Rakuten Trade telah menggegar dunia industri perbankan pelaburan pada 19 Mei 2017 apabila dilancarkan secara rasmi sebagai broker saham digital pertama negara di Malaysia. Platform FinTech mereka memberi peluang kepada pelabur untuk menikmati pengalaman pembrokeran saham dalam talian sepenuhnya dari pembukaan akaun, saluran pasaran secara langsung, pelaksanaan dan penjelasan dagangan, laporan penyelidikan dan juga ganjaran. Rakuten Trade juga merupakan broker perdagangan ekuiti pertama untuk melancarkan sistem ganjaran sendiri menerusi kerjasama dengan tiga rakan program mata kesetiaan utama di negara ini – AirAsia BIG, B Infinite dan BonusLink. Rakuten Trade memegang Lesen Perkhidmatan Modal Pasaran (“CMSL”) daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk menjual beli sekuriti tersenarai dan memberi nasihat pelaburan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.