Royal Canadian Mint Capai Kejayaan Penting Dengan Syiling Perak Peringati Juruterbang Legenda Billy Bishop

OTTAWA, Ontario, 10 Februari 2019 /PRNewswire/ — Bulan ini, Royal Canadian Mint menceritakan kisah keberanian dalam pertempuran dengan memberi penghormatan kepada juruterbang ulung Perang Dunia Pertama Kanada, Billy Bishop. Syiling perak halus ini meneruskan tradisi kebanggaan Mint dalam menyimpan kenangan wira dan wirawati di sebalik sejarah ketenteraan Kanada.

Dilahirkan 125 tahun yang lalu, juruterbang berbakat dari Owen Sound, Ontario, mencatatkan 72 kematian yang disahkan sebagai juruterbang pejuang Royal Flying Corps dalam Perang Dunia Pertama. Beliau dianugerahi Victoria Cross untuk serangan bersendirian beliau terhadap padang terbang Jerman berhampiran Cambrai, Perancis pada 2 Jun 1917. Kemasyhuran beliau semakin berkembang apabila beliau dipercayai telah menembak jatuh Baron Manfred von Richthofen yang terkenal, turut dikenali sebagai ‘Red Baron’.

Komander Skuadron Bishop diperingati melalui potret berwarna juruterbang terkenal ini yang diukir dan pesawat beliau, Nieuport 17 yang diberi nama mesra oleh beliau sebagai “Little Daisy”. Syiling ini, berserta banyak syiling kenang-kenangan baharu dan menarik, kini tersedia untuk pembelian.

Mint membuka satu lagi lembaran dalam sejarah menerusi yang pertama dalam siri syiling 2019 yang meraikan ulang tahun ke-100 CN Rail: syiling emas tulen $200 yang direka oleh artis Tony Bianco. Bahagian belakangnya menampilkan tiga lokomotif yang melambangkan tempoh-tempoh berbeza dalam 100 tahun pertama landasan kereta api berkenaan. Gegelang trek membulat membingkaikan reka bentuk yang menampilkan peta Kanada, dengan CN merentasi seluruh negara, memainkan peranan penting dalam kemajuan negara kami.

Kepingan numismatik Kanada yang kurang diketahui pada masa lampau turut dihidupkan semula melalui Set 2-Syiling Perak Halus 2019 – Royal Canadian Mint Lore: Back to Concept. Mengandungi gandingan menarik syiling perak 2 auns, set ini merangkumkan karya seni asli yang dicadangkan oleh artis Emanuel Hahn bagi pelancaran dolar perak Voyageur Kanada dan syiling edaran 25-sen Caribou sejak 80 tahun lalu. Ia mungkin mengejutkan segelintir individu apabila mendapati bahawa syiling 25-sen kami sepatutnya memasukkan ukiran buruj Big Dipper, terapung di atas imej karibu kami yang terkenal.

Bagi memperingati warga Kanada dengan warisan Iceland dan Scandinavia, digambarkan dengan baik khususnya di wilayah Manitoba, Mint melancarkan perak halus baharu, siri saduran emas secara selektif dengan tiga syiling bagi meraikan Norse Gods. Syiling pertama daripada syiling rekaan Alexandra Lefort ini menampilkan Thor, Norse God of Thunder. Tukul terkenal beliau, serta tali pinggang dan gauntlet besi beliau bersadur emas. Dua lagi tokoh legenda daripada mitologi Norse akan diperkenalkan pada tahun 2019.

Turut melengkapi syiling-syiling menarik ini ialah keluaran baharu yang berikut:

  • Set Pruf Perak Tulen 2019 – Ulang tahun ke-75 D-Day, menampilkan dolar perak bersadur emas secara selektif yang direka oleh Tony Bianco;
  • Set Spesimen 2019 – Pileated Woodpecker, direka oleh artis Jean-Charles Daumas;
  • Syiling Emas Tulen $2,500 2019 – Great Seal of the Province of Canada(1841-1867), dibuat daripada satu kilo emas tulen 99.99%;
  • Syiling Perak Halus $50 2019 – Maple Leaf in Motion, direka oleh Glen Loates dan menampilkan kombinasi pertama kali saduran emas merah jambu dan kuning;
  • Syiling Perak Halus $10 2019 – Maple Leaves, syiling kemasan-spesimen direka oleh artis Pierre Leduc;
  • Syiling Perak Halus $20 2019 – The Canadian Flag, menggabungkan warna dan ukiran klasik menerusi rekaan oleh artis Aoifa Anctil;
  • Syiling Dwicekung Perak Halus $100 2019 – Nature’s Grandeur: Commanding Wolves, direka oleh Denis Mayer Jr.;
  • Syiling Emas Tulen $200 2019 – Canadian Moose, dibuat daripada emas tulen 99.999% dan direka oleh Claude Thivierge;
  • Syiling Perak Halus $50 2019 – My Inner Nature: Grizzly Bear, syiling bersadur emas secara selektif yang direka oleh artis Caitlin Lindstrom Milne;
  • Set Syiling 25-Sen 2019 – Dinosaurs of Canada, koleksi tiga keeping syiling keluli bersalut berbilang lapisan, menampilkan ilustrasi paleoartis Julius Csotonyi untuk fosil dinosaur Kanada yang terkenal yang dipersembahkan dalam berkas berwarna warni;
  • Syiling Perak Halus $125 2019 – The Benevolent Dragon, syiling bersadur emas secara selektif seberat setengah kilo bagi meraikan Tahun Baharu Cina dengan reka bentuk Three Degrees Creative;
  • Syiling Perak Halus $3 2019 – Celebrating Canadian Fun and Festivities – Dog Sledding; dan
  • Syiling Perak Halus $5 2019 –Zodiak Series: Pisces.

Tempaan, harga dan maklumat latar belakang penuh setiap produk boleh didapati di tab “Shop” di www.mint.ca.  Imej duit syiling boleh dilihat di sini.

Semua produk ini boleh dipesan terus daripada Mint di talian 1-800-267-1871 di Kanada, 1-800-268-6468 di AS atau di laman sesawang Mint. Syiling ini juga boleh didapati di butik-butik Royal Canadian Mint di Ottawa dan Winnipeg, serta menerusi rangkaian peniaga dan pengedar global kami, termasuk outlet Canada Post yang mengambil bahagian.

Latar Belakang Royal Canadian Mint
Royal Canadian Mint ialah syarikat milik Kedaulatan Kanada yang bertanggungjawab terhadap penempaan dan pengedaran duit syiling edaran Kanada. Mint diiktiraf sebagai salah satu kilang syiling yang terbesar dan paling versatil di dunia, menawarkan pelbagai pilihan produk duit syiling khusus dan berkualiti tinggi serta perkhidmatan berkaitan pada skala antarabangsa. Untuk maklumat lanjut mengenai Mint, produk dan juga perkhidmatannya, layari www.mint.ca.

Sumber: Royal Canadian Mint

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.