
Sub Topik
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) memulakan semula mekanisme pengurusan dan kawalan pasaran, iaitu had harga dinamik dan statik bagi Saham-Saham Komponen Indeks FBMKLCI dan tahap pencetus Pemutus Litar Pasaran Bursa Malaysia, kepada parameter asal masing-masing pada 31 Mei 2021.
Keputusan untuk memulakan semula parameter asal tersebut mengambil kira prospek ekonomi yang bertambah baik dengan pelaksanaan program vaksinasi COVID-19 dan normalisasi keadaan pasaran global.
Semakan sementara kepada mekanisme pengurusan dan kawalan pasaran yang telah dilaksanakan sejak 20 Julai 2020, dijadualkan tamat pada 30 Mei 2021.
SC dan Bursa Malaysia akan terus memantau rapi perkembangan di peringkat global dan mengambil langkah berhati-hati dalam melaksanakan langkah-langkah untuk menyokong pasaran yang adil dan teratur.
i. Had Harga Statik dan Dinamik bagi Saham-Saham Kompone FBMKLCI (dari 31 Mei 2021 seterusnya)

Nota:
a Had Harga Statik:
Had had rendah kembali kepada -30% daripada -15% bagi harga sekuriti >=RM1.00, dan kepada -30 sen daripada -15 sen bagi harga sekuriti < RM1.00;
b Had Harga Dinamik:
Had dinamik rendah kembali kepada -8% daripada -5% bagi harga sekuriti >=RM1.00, dan kepada -8 sen daripada -5 sen bagi harga sekuriti < RM1.00
ii. Tahap Pencetus Pemutus Litar Pasaran Bursa Malaysia (dari 31 Mei 2021 seterusnya)

Nota:
Semakan sementara terhadap tahap pemutus litar pasaran kepada dua tahap pencetus (hanya 10% dan 15%) akan kembali kepada tiga tahap pencetus (10%, 15% dan 20%)