Shopee Laksanakan Program Vaksinasi Untuk Kakitangan Di Seluruh Syarikat Bagi Melindungi Para Pekerja Dan Pembeli

Dalam usaha meningkatkan komitmennya bagi memerangi Covid-19, Shopee hari ini telah mengumumkan penyertaannya dalam program vaksinasi sektor swasta agar kakitangan mereka mendapat vaksin sepenuhnya dan dilindungi daripada virus tersebut.

Shopee memaklumkan bahawa pihaknya telah memberi keutamaan kepada petugas barisan hadapan daripada perkhidmatan logistiknya, Shopee Express, dan juga kakitangan yang bekerja di gudang memandangkan mereka menghadapi risiko tertinggi dan berkemungkinan besar paling banyak berinteraksi dengan para pembeli.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee berkata, “Kakitangan kami merupakan tulang belakang organisasi ini. Keselamatan mereka, berserta keselamatan para pengguna, adalah keutamaan kami terutamanya apabila wabak ini terus memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia. Kami berusaha untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan warga kerja kami dengan lebih baik dari segi melawan Covid-19 melalui inisiatif ini, dan pada masa yang sama menyumbang kepada matlamat negara untuk mencapai imuniti kelompok.”

Langkah ini juga merupakan sebahagian daripada jaminan Shopee kepada penggunanya dalam memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang lebih baik dan selamat dengan kebergantungan terhadap e-dagang yang semakin meningkat. Pang berkongsi, “Usaha ini kini lebih penting dengan musim membeli-belah akhir tahun yang kian menjelang, yang sentiasa menjadi tumpuan rakyat dan perniagaan-perniagaan di negara ini. Kami ingin memainkan peranan demi membantu semua orang membeli-belah tanpa rasa bimbang dan membantu perniagaan-perniagaan tempatan menjual dengan lebih mudah dan yakin. 9.9 menandakan bermulanya musim membeli-belah dan saya berharap agar dengan menjadikan aktiviti pembelian dan penjualan lebih selamat, kami dapat membawa senyuman kepada lebih ramai rakyat Malaysia.”

Komitmen ini dilaksanakan menjelang 9.9 Hari Pembelian Hebat oleh platform e-dagang tersebut yang merupakan festival pertama daripada empat festival membeli-belah akhir tahunnya.

9.9 Hari Pembelian Hebat yang akan datang, yang bakal berlangsung dari 20 Ogos hingga hari kemuncak pada 9 September, turut membawakan pelbagai tawaran istimewa kepada semua penggunanya. Para pembeli boleh menikmati baucar Penghantaran Percuma dan baucar Pulangan Tunai Syling Shopee 99%, di mana kedua-duanya dapat dinikmati tanpa pembelanjaan minimum. Paling menarik sekali, para pengguna juga berpeluang memenangi sebuah Mercedes-Benz baharu dengan mengambil bahagian dalam permainan Main & Menang Mercedes-Benz dengan mengumpul tiket emas setiap hari.

Memandangkan tarikh 25 Ogos hampir tiba, Shopee juga akan mengadakan Ogos 25 Jualan Hari Gaji yang akan menampilkan RM25 Knockout Deals di mana para pembeli boleh mendapatkan barangan seperti Samsung Galaxy A12, Estee Lauder Advanced Night Repair, kerusi permainan ergonomik Armaggeddon Shuttle II Premium PU Leather Ultimate Gaming Chair dan banyak lagi pada hanya RM25.

Selain daripada program vaksinasi untuk kakitangannya, Shopee telah berjuang dalam memerangi penularan pandemik ini sejak bermulanya Covid-19.

Shopee telah memperuntukkan 1 juta pek baucar Shopee bernilai RM40 setiap satu menerusi kempen #ShopeeAjakVaksin untuk memberi ganjaran kepada penerima vaksin Covid-19 di pusat vaksinasi terpilih di seluruh negara, bagi mendorong orang ramai menepati temu janji vaksinasi mereka. Pada tahun lepas, Shopee bersama dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) telah mengumpul kira-kira RM1 juta menerusi sebuah tabung bantuan sumbangan orang ramai bagi menyokong petugas barisan hadapan kesihatan negara.

Bagi komuniti perniagaan, Pang menyatakan bahawa platform e-dagang tersebut telah memperkenalkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM15 juta pada bulan April 2020 bagi membantu perniagaan-perniagaan tradisional yang menghadapi masalah aliran tunai disebabkan oleh pelaksanaan perintah kawalan pergerakan. “Berikutan itu, kami memperkenalkan Pakej Pembangunan Marketplace Shopee yang memberi manfaat baucar kedai dan kredit iklan hingga RM1,600 demi membantu penjual Shopee yang sedia ada untuk berkembang di platform ini. Kedua-dua inisiatif ini bukan sahaja mendorong digitalisasi PMKS tempatan tetapi juga mengurangkan kesan buruk daripada wabak ini terhadap perniagaan mereka.”

Beliau menambah, selain itu Shopee juga membantu para pengguna dengan menawarkan baucar penghantaran percuma melalui kempen “Stay Home, Stay Safe” untuk memberi rakyat Malaysia akses kepada barang keperluan seperti bahan makanan segar dan beku, bahan memasak, minuman, makanan ringan dan bijirin, susu formula, lampin, produk penjagaan diri, barang keperluan rumah, makanan haiwan peliharaan dan peralatan bagi melakukan kerja dari rumah secara atas talian.

Beli-belah tanpa rasa bimbang pada 9.9 Hari Pembelian Hebat ini di https://shopee.com.my/m/99.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.