Shopee, Maybank Dan Visa Selesaikan Dilema Kewangan Anda Dengan Maybank Shopee Credit Card Baharu

Platform e-dagang no.1 Malaysia Shopee, menjalin kerjasama dengan syarikat perkhidmatan kewangan terbesar Malaysia, Maybank dan peneraju pembayaran digital dunia, Visa untuk memperkenalkan satu-satunya kad gaya hidup dan e-dagang Platinum yang diperlukan oleh rakyat Malaysia, iaitu Maybank Shopee Credit Card.

Maybank Shopee Credit Card ini dilancarkan tepat pada masa ketika lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada e-dagang untuk mendapatkan barangan keperluan mereka. Pengguna Shopee kini meluangkan secara purata 20% lebih banyak masa di platform tersebut dalam masa seminggu. Oleh itu, Shopee, Maybank dan Visa telah bekerjasama untuk melancarkan kad kredit berjenama Maybank dan Shopee yang memenuhi keperluan pengguna pada masa ini sambil memulangkan lebih banyak manfaat kepada rakyat Malaysia.

Pengguna kad baharu ini akan menerima ganjaran Shopee Coins[1] untuk semua perbelanjaan mereka sama ada di atas talian mahupun di luar talian, dan pada bila-bila masa atau di mana jua. Pemegang kad ini juga akan mendapat lebih banyak ganjaran apabila mereka berbelanja semasa kempen terpilih Shopee serta pada 28 haribulan setiap bulan di mana mereka akan menerima 5x Shopee Coins untuk semua pembelian di Shopee; 4x Shopee Coins untuk pembayaran makanan, hiburan dan pembayaran tanpa sentuh, dan 1x Shopee Coins untuk semua transaksi lain apabila mereka menggunakan kad ini.

Shopee Coins yang dikumpul membolehkan pengguna berjimat dalam pembelian masa depan di platform ini, dan menebus baucar termasuk baucar makanan dan minuman serta perkhidmatan daripada ciri Daily Coins Rewards di Aplikasi tersebut. Lebih daripada itu, pengumpulan melebihi 5,000 Shopee Coins setiap bulan akan diberi ganjaran dalam bentuk Maybank TreatsPoints yang boleh digunakan oleh pemegang kad untuk menebus hadiah dari Maybank.

Dato’ John Chong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank berkata, “Sebagai peneraju perniagaan kad kredit di Malaysia, kami sentiasa mencari peluang untuk memperluaskan lagi pelbagai tawaran kami bagi memenuhi gaya hidup pelanggan yang kian berkembang. Mengikut data kami, pengebilan kad di platform e-dagang meningkat sebanyak 43% antara tahun 2017 dan 2019 dan ini menunjukkan bahawa peralihan ke arah membeli-belah atas talian semakin signifikan. Kerjasama dengan Shopee ini akan membolehkan kami memberi lebih ganjaran kepada pelanggan kami, di samping memanfaatkan perkembangan sektor e-dagang di Malaysia bagi mengukuhkan lagi kedudukan terunggul kami dalam segmen kredit kad. Dengan tawaran unik Maybank Shopee Credit Card ini serta penggunaan e-dagang yang semakin meningkat, kami menjangka kad ini akan menjadi pilihan popular dalam kalangan pembeli Malaysia dan menjangkakan pendaftaran yang tinggi.”

Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa Malaysia berkata, “Sejak beberapa tahun lepas, lebih ramai rakyat Malaysia mula berbelanja atas talian dan trend ini semakin meningkat, kerana mereka harus duduk di rumah, seterusnya menjadikannya satu kebiasaan baharu. Malah, berdasarkan data kami, e-dagang sedang berkembang lima kali lebih pantas berbanding membeli-belah secara bersemuka. Kami juga mendapati bahawa satu daripada lapan pemegang kad Visa aktif yang tidak menggunakan e-dagang tahun lalu telah membuat pembelian atas talian pertama mereka tahun ini. Kategori paling popular merangkumi barangan dan perkhidmatan penting dan pembelian runcit[2]. Pelancaran Maybank Shopee Credit Card sangat tepat pada masanya dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat perbankan dan syarikat e-dagang terbesar di Malaysia demi memacu penggunaan pembayaran digital di negara ini. Peranan kami adalah untuk bekerjasama dengan rakan kongsi kami bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai pengalaman membeli-belah atas talian yang lancar dan selamat agar mereka dapat membeli-belah dan membayar dengan yakin.”

“Shopee sebagai sebuah perniagaan sentiasa berusaha memberi impak signifikan kepada komuniti lokal melalui kempen dan kolaborasi kami dengan pelbagai pihak berkepentingan. Kerjasama dengan Maybank dan Visa ini bertujuan membantu rakyat Malaysia yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup dalam tekanan sosio-ekonomi yang diwujudkan oleh Covid-19 kerana ia menawarkan rebat tunai dalam bentuk Shopee Coins dan banyak lagi untuk semua perbelanjaan di Shopee dan perbelanjaan luar talian. Kad ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna hari ini di mana lebih ramai yang bergantung pada e-dagang termasuk untuk mendapatkan barangan keperluan asas, barangan keperluan harian dan barangan keperluan rumah. Jika kita bandingkan dengan tahun-tahun yang lalu, pengguna hanya akan membeli barangan secara atas talian jika mereka tidak dapat mendapatkannya secara luar talian. Pelancaran kad ini sememangnya merupakan detik bermakna bagi kami kerana ia sejajar dengan komitmen kami untuk menggunakan teknologi kami bagi menambah baik kehidupan rakyat Malaysia dengan akses, kemudahan dan nilai yang lebih hebat,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Rakyat Malaysia, berumur antara 21 dan 65 tahun, boleh memohon untuk kad tersebut mulai 1 Julai. Pengecualian yuran tahunan seumur hidup juga ditawarkan untuk kad tersebut. Mereka yang berpendapatan tahunan sebanyak RM36,000 layak mendaftar, dan pemohon yang berjaya akan menerima ganjaran 5,000 Shopee Coins apabila mereka membelanjakan sebanyak RM300 dalam tempoh 60 hari. Memandangkan pelancaran Maybank Shopee Credit Card adalah sebahagian daripada 7.7 Mid Year Sale yang sedang berlangsung hingga 7 Julai, mereka yang mendaftar awal untuk kad tersebut pada 7 Julai atau sebelumnya akan menerima Baucar Shopee bernilai RM500 apabila mereka membelanjakan sebanyak RM300 dalam masa 45 hari, tertakluk kepada terma dan syarat.

Tambahan lagi, 7.7 Mid Year Sale memberikan pulangan tunai 50% Coins Cashback kepada semua pengguna Shopee setiap hari. Pengguna juga berpeluang memenangi hingga tujuh juta Shopee Coins dengan bermain Shopee Claw, Shopee Candy, Shopee Garden, Shopee Poly, Shopee Dance dan banyak lagi. Di samping itu, kempen ini memberi tawaran daripada serendah RM0.77 semasa jualan kilat Shocking Sale yang ditingkatkan pada 7 Julai, dan perbelanjaan minimum yang direndahkan kepada RM10 untuk menikmati penghantaran percuma dari jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.

Bersempena pelancaran Maybank Shopee Credit Card, Shopee dan Maybank akan mempersembahkan Shopee 7.7 Maybank Concert yang akan memberikan hiburan kepada penonton di rumah. Konsert ini akan berlangsung dari jam 9 malam hingga 12 tengah malam pada 6 Julai, melalui Shopee Live, Astro Prima dan YouTube. Acara ini akan menampilkan persembahan oleh beberapa selebriti termasuk Adira Suhaimi, Awal Ashaari, Hael Husaini, Jaclyn Victor, Nabila Razali, Naim Daniel, Sherry Alhadad, Yonnyboii dan Zizi Kirana. Mereka juga akan mengambil bahagian dalam beberapa Shopee Games sementara hadiah baucar akan diberikan secara berkala kepada penonton yang menonton di ketiga-tiga platform tersebut.

Untuk mengetahui bagaimana anda boleh memohon untuk Maybank Shopee Credit Card, kunjungi https://shopee.com.my/m/maybank-shopee-credit-card.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai 7.7 Mid Year Sale Shopee, kunjungi https://shopee.com.my/77.

Mengenai Maybank – Menginsankan Perkhidmatan Kewangan

Maybank adalah antara kumpulan perbankan terkemuka di Asia dan bank keempat terbesar dari segi aset di Asia Tenggara. Kumpulan Maybank mempunyai kehadiran di Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Vietnam, Kemboja, Thailand, Hong Kong SAR & Republik Rakyat China, Bahrain, Uzbekistan, Myanmar, Laos, Pakistan, India, Arab Saudi, Britain dan Amerika Syarikat. Kumpulan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan, termasuk perbankan pengguna dan korporat, perbankan pelaburan, perbankan Islam, pembrokeran saham, insurans dan takaful dan pengurusan aset. (www.maybank.com)

Mengenai Visa Inc.

Visa Inc. (NYSE: V) ialah pemimpin dunia dalam pembayaran digital. Misi kami adalah untuk menghubungkan dunia menerusi rangkaian pembayaran paling inovatif, boleh dipercayai dan terlindung – membolehkan individu, perniagaan dan ekonomi untuk berkembang maju. VisaNet, rangkaian pemprosesan global kami, menyediakan kemudahan yang terlindung dan boleh dipercayai di seluruh dunia, dan mampu mengendalikan lebih 65,000 pesanan transaksi sesaat. Tumpuan kukuh syarikat kepada inovasi menjadi pemangkin bagi pertumbuhan pantas perdagangan digital dalam sebarang peranti bagi semua insan, di mana-mana sahaja. Sambil dunia berpindah dari analog ke digital, Visa mengguna pakai jenama, produk insan, rangkaian dan skala kami untuk mencorak semula masa depan dunia perniagaan. Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.visa.com.my

Mengenai Shopee

Shopee ialah platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Shopee dilancarkan di 7 pasaran pada tahun 2015 untuk menghubungkan pengguna, penjual, dan perniagaan di rantau ini.

Shopee menawarkan pengalaman yang mudah, selamat, dan menarik yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Ia menawarkan pilihan produk yang luas, disokong oleh pembayaran dan logistik bersepadu, serta ciri-ciri hiburan popular yang disesuaikan untuk setiap pasaran. Shopee juga merupakan penyumbang utama kepada ekonomi digital di rantau ini dengan komitmen teguh untuk membantu jenama dan usahawan berjaya dalam e-dagang.

Shopee adalah sebahagian daripada Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global terkemuka. Selain daripada

Shopee, perniagaan teras Sea termasuk bahagian hiburan digital, Garena, dan bahagian perkhidmatan kewangan digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi.


[1] Mata wang maya rasmi Shopee – Shopee Coins tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau dipindahkan ke akaun lain. 100 Shopee Coins memberi diskaun RM1 kepada pengguna untuk setiap pesanan daripada Shopee Mall atau Shopee Preferred Sellers.

[2] Data VisaNet setakat bulan Mac 2020.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.