ShoppRe.com, Idea Unik oleh 2 Usahawan Wanita, Mudahkan Pembeli Global Membeli Daripada Gedung India

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 7 Disember 2018 /PRNewswire/ —

INR 100 Juta dilabur dalam ShoppRe, berfungsi sebagai penghubung antara mereka yang tinggal di luar negara dan Laman Beli Belah India seperti Flipkart, Myntra, Amazon dan sebagainya

ShoppRe.com, sebuah syarikat penghantaran & penggabungan Antarabangsa, yang mengoptimumkan e-dagang rentas sempadan dari India, mula bertapak di Dubai menerusi beberapa kempen pemasaran.

Duta jenama – Cik Priyamani, Pelakon Pemenang Anugerah Kebangsaan dan suami beliau, En. Mustufa Raj, seorang ahli perniagaan terkenal – memulakan Pelancaran Rasmi di Flora Inn Hotel, Dubai, dengan melancarkan kempen iklan baharu.

“Saya benar-benar dapat memahami mereka yang baru sahaja berpindah ke luar negara dan amat merindui aktiviti membeli belah dari India. ShoppRe memberi peluang untuk membolehkan barangan India kegemaran anda dihantar terus ke depan pintu rumah anda,” kata Priyamani.

En. V.A. Hassan – Ketua Pegawai Eksekutif Flora Group of Hotels & SBK Real-Estate, Dubai– pelabur utama syarikat, melancarkan laman sesawang tersebut.

“Saya telah berada di Dubai selama lebih 4 dekad. Saya dapat menyaksikan permintaan tinggi terhadap produk-produk India seperti fesyen, makanan dan sebagainya yang popular di mana-mana juga, namun sukar diakses atau amat mahal harganya,”kata beliau.

Saira Hassan dan Nikkitha Shanker menubuhkan ShoppRe pada Oktober 2016. Setakat ini, mereka telah memenuhi pesanan bernilai INR 40 juta untuk lebih 15,000 pelanggan, yang bukan hanya terdiri daripada penduduk India, tetapi juga sejumlah besar warga bukan India; dan telah menghantar ke lebih 80 negara. Kepakaran mereka dalam kastam dan peraturan memberi akses malah kepada item-item yang istimewa seperti Produk-produk Ayurveda.

“Kami ingin menyelesaikan dua masalah utama: Kebanyakan penjual India tidak menawarkan penghantaran antarabangsa dan beberapa laman sesawang India tidak menerima pembayaran Kad Antarabangsa,”kata Saira.

“Misi kami adalah untuk memanfaatkan minat kami terhadap perkhidmatan dan kepakaran penghantaran unggul bagi menggembirakan pelanggan dengan setiap penghantaran daripada ShoppRe,” kata Nikkitha.

Latar Belakang ShoppRe:

Perkhidmatan ShoppRe termasuk:

Perkhidmatan ‘Beli & Hantar’ (‘Shop & Ship’ service) menawarkan pembeli belah antarabangsa dengan alamat penghantaran maya India dengan Lokar Peribadi. Belian disimpan bagi tempoh percuma selama 20 hari. Pakej kemudiannya digabungkan menjadi SATU pakej, menjimatkan sehingga 60-80% kos penghantaran. Pakej diserahkan hanya dalam tempoh 3-6 hari.

Perkhidmatan ‘Pembeli Belah Peribadi’ membeli belah bagi pihak pelanggan sekiranya mengalami sebarang kesukaran pembayaran.

‘Kurier ShoppRe’ membolehkan pelanggan menetapkan pengambilan pakej mereka dari mana-mana jua di India.

Facebook: https://www.facebook.com/1819630241632764/posts/2169210046674780/

Sumber: ShoppRe.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.