Suruhanjaya Sekuriti Tak Kesan Kesalahan Azam Baki Bawah Seksyen 25(4)

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sudah menamatkan inkuiri berkaitan dengan akaun dagangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.

Hasil dapatan berdasarkan keterangan yang dikumpul ia tidak dapat membuat penemuan secara konklusif bahawa berlakunya pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SICDA.

Sebagai pengawal selia pasaran modal, SC berkata bidang kuasa kawal selianya adalah sebagaimana yang terkandung di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCMA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

Suruhanjaya itu mengeluarkan kenyataan media tersebut sebagai menjawab pertanyaan media yang diterima pada hari ini mengenai hasil siasatan SC di bawah seksyen 25(4) SICDA berhubung akaun dagangan Tan Sri Azam Baki (dirujuk sebagai “siasatan tersebut”).

“Sehubungan dengan ini, siasatan tersebut adalah berkaitan dengan isu sama ada telah berlaku pelanggaran di bawah seksyen 25(4) SICDA.

“Seksyen 25(4) menyatakan bahawa suatu akaun dagangan mesti dibuka di atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa,” kata SC dalam satu kenyataan hari ini – Bernama.

Baca juga Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Dan Peranannya

Previous ArticleNext Article

UOB Malaysia diiktiraf bank terbaik Malaysia di Anugerah Bank Terbaik Global Finance 2025

Kuala Lumpur, Malaysia, 8 April 2025 – UOB Malaysia telah dinobatkan sebagai Bank Terbaik Malaysia di Anugerah Bank Terbaik Dunia 2025 – Asia Pasifik tahunan yang ke-32 oleh majalah Global Finance.

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, berkata, “Sepanjang tiga tahun yang lepas, kami telah bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mentransformasikan Bank. Pengiktirafan ini oleh Global Finance mengesahkan kepimpinan UOB Malaysia sebagai sebuah bank progresif dan dipacu matlamat, yang bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia tetapi juga menyokong pelanggan dan komuniti merentasi Malaysia dan rantau ASEAN yang lebih luas. Kami berbesar hati mendapat pengiktirafan atas prestasi kewangan yang kukuh, serta komitmen terhadap inovasi, kemampanan, kecemerlangan perkhidmatan dan pengurusan komuniti.”

Anugerah Bank Terbaik Dunia Global Finance memberi penghormatan kepada institusi kewangan yang menunjukkan kestabilan jangka panjang, inovasi dari segi teknologi dan kecemerlangan dalam perkhidmatan. Dalam pemilihan bank-bank teratas, Global Finance telah mengambil kira gabungan faktor kuantitatif dan kualitatif, termasuk pertumbuhan aset, keuntungan, jangkauan geografi, perkongsian strategik, inovasi, dan pembangunan perniagaan baharu. Input dikumpulkan daripada pakar industri, penganalisis, perunding, dan eksekutif kewangan korporat dari seluruh dunia.

Mencapai kemajuan dari kedudukan yang kukuh

Sepanjang tahun lepas, UOB Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam kedua-dua perbankan runcit dan borong. Dalam bidang runcit, Bank berjaya menyepadukan perniagaan perbankan pengguna Citi dan terus mempertingkat keupayaan digitalnya dengan aplikasi UOB TMRW yang pernah memenangi anugerah. UOB Malaysia kini merupakan antara pengeluar kad kredit terbesar di negara ini dan kekal sebagai pemain utama dalam pengurusan kekayaan dan pinjaman perumahan.

Dalam perbankan borong, UOB Malaysia telah membina rekod prestasi yang kukuh dalam Pengurusan Rantaian Bekalan Kewangan (FSCM), kesalinghubungan serantau dan pembiayaan mampan. Unit Penasihat Pelaburan Langsung Asing (FDI) Bank terus menyediakan sokongan strategik kepada syarikat asing yang ingin melabur di Malaysia dan juga syarikat Malaysia yang ingin berkembang ke ASEAN. Pada 2024, Bank juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kesalinghubungan ekonomi serantau bagi mempertingkat kerjasama rentas sempadan melalui inisiatif seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Peneraju dalam kemampanan

UOB Malaysia juga merupakan peneraju dari segi kemampanan. Portfolio pembiayaan mampan Bank telah meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lepas, disokong oleh rangka kerja yang komprehensif dalami pelbagai bidang tumpuan strategik termasuk bandar pintar, bangunan hijau, ekonomi kitaran dan pembiayaan peralihan.

Dari segi operasi, UOB Malaysia mencapai neutraliti karbon untuk operasinya sendiri sejak 2021. Ibu pejabatnya, UOB Plaza 1 Kuala Lumpur, yang menunjukkan komitmen Bank terhadap tanggungjawab alam sekitar dan reka bentuk tempat kerja yang progresif, telah memperoleh pensijilan Platinum berganda selain memenangi Anugerah Tenaga Kebangsaan 2024 dan Anugerah Tenaga ASEAN 2024 untuk kecekapan tenaga.

Pengalaman pelanggan kekal sebagai matlamat utama bagi UOB Malaysia, di mana peningkatan kukuh dilihat dalam Skor Promoter Bersih (NPS) merentas pelbagai segmen. Ini menunjukkan komitmen Bank untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti, inovasi digital dan penyelesaian yang mementingkan pelanggan.