Syarikat Minyak & Gas Terbesar Dunia

Umum mengetahui betapa pentingnya minyak & gas bagi kita semua menjalani kehidupan seharian dengan lancar. Kereta nak bergerak perlukan minyak, nak memasak perlukan minyak dan gas, dan kapal terbang pun perlukan minyak untuk terbang. Pendek kata banyak industri yang menggunakan minyak dan gas terutamanya sektor pengangkutan & logistik. 

Jika di Malaysia kita boleh berbangga dengan syarikat minyak dan gas tempatan iaitu Petronas, sebenarnya terdapat berpuluh lagi syarikat minyak dan gas gergasi di seluruh dunia seperti Saudi Aramco, Shell, Exxonmobil dan sebagainya.

Pandemik yang lalu telah memberikan kesan yang besar terhadap industri minyak dan gas dan syarikat-syarikat besar menerima impak tersebut. 

Penggunaan tenaga utama global susut sebanyak 4.5% berbanding 2019 dan permintaan terhadap minyak juga turun sebanyak 9%. Harga minyak mentah pernah jatuh di bawah sifar pada sekitar April 2020. Kejatuhan tersebut merupakan kejatuhan terbesar dalam sehari sejak 1983. 

Walaubagaimanapun, kini harga minyak telah kembali stabil dan setakat 25 Januari 2022, harga WTI Crude adalah USD83.68 setong manakala harga Brent adalah USD86.79 setong. 

Sumber: Oilprice.com

Infografik di bawah menyenaraikan Top 20 Syarikat Minyak & Gas di dunia pada tahun 2021. 

Sumber: Ranked: The Largest Oil and Gas Companies in the World

Ada beberapa fun fact yang boleh diambil daripada infografik di atas.

  1. Saudi Aramco merupakan syarikat minyak dan gas terbesar dunia dengan market cap sebesar USD2.0 trilion.
  1. Exxonmobil telah membuat 18 penemuan di perairan Guyana sejak 2015 dan penemuaan itu bersamaan dengaan 8 bilion tong minyak.
  1. Sinopec yang dimiliki oleh kerajaan China merupakan kilang penapisan minyak terbesar Asia.
  1. Gazprom dari Rusia merupakan peneraju pengeluar gas dan memegang sebanyak 16% rizab gas global.
  1. PetroChina merupakan syarikat minyak dan gas menduduki tempat teratas bagi perolehan terbesar pada tahun 2020. Perolehan PetroChina pada tahun tersebut adalah USD281 bilion.
  1. Shell antara syarikat utama minyak dan gas yang mula melabur ke peralihan tenaga. Shell telah membelanjakan sebanyak USD3.2 bilion untuk pelaburan tenaga bersih sejak tahun 2016.
  1. Syarikat minyak terbesar dunia Saudi Aramco menghasilkan purata 9.2 juta tong minyak mentah setiap hari pada tahun 2020. Untuk pengetahuan anda, Saudi Aramco merupakan antara syarikat paling untung di dunia.

Pelepasan Gas Rumah Hijau

Walaupun syarikat-syarikat di atas merupakan syarikat terbesar, jangan lupa juga syarikat minyak dan gas terbesar juga merupakan antara pengeluar gas rumah hijau terbesar. 

Malah, Saudi Aramco merupakan pengeluar gas rumah hijau korporat terbesar di dunia dan menyumbang lebih 4% daripada keseluruhan pelepasan di dunia sejak 1965.  Chevron, Gazprom, Exxonmobil, BP, dan beberapa syarikat gergasi minyak lain menyertai Aramco dalam senarai 20 pengeluar gas hijau teratas di antara tahun 1965 dan 2017. 

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.