Thailand Wujudkan Mercu Tanda Kira Detik Dunia di Tengah-tengah Bangkok di CentralwOrld

BANGKOK, 29 Disember 2018 /PRNewswire/ — Pihak kerajaan dan syarikat-syarikat sektor swasta yang terkemuka, diterajui oleh Central Pattana Plc (CPN), pemaju hartanah runcit utama Thailand, Lembaga Pelancongan Thailand dan rakan-rakan kongsi lain berganding bahu untuk mencetuskan fenomena kira detik bertaraf dunia menerusi ‘Kira Detik Thailand & AIS Bangkok 2019’, menonjolkan centralwOrld sebagai ‘Times Square Thailand’, mercu tanda kira detik dunia di tengah-tengah Bangkok selama 19 tahun menerusi hiburan kira detik terbaiknya dan memperkenalkan Phuket sebagai mercu tanda kira detik antarabangsa baharu di Thailand melalui ‘Kira Detik Antarabangsa Central Phuket 2019’.

Ia turut menganjurkan acara kira detik di 13 lokasi seluruh negara bagi menonjolkan Thailand sebagai destinasi yang harus dikunjungi untuk sambutan Tahun Baharu.

Central Phuket International Countdown 2019
Menerusi Kira Detik AIS Bangkok 2019 @centralwOrld, anjuran rakan kongsi utama CPN, Advanced Info Service Plc. (AIS), sekitar 300,000 orang akan dapat menikmati pertunjukan bunga api mengagumkan dan persembahan multimedia sulung dengan hiburan lampu & bunyi 360-darjah di seluruh daerah Ratchaprasong serta menikmati muzik terkini daripada DJ yang terkemuka di Asia. Ia merupakan ‘Hiburan Kira Detik’ unggul di tengah-tengah Bangkok, menerusi siaran langsung di panOramix, skrin interaktif digital terbesar dunia pada bangunan centralwOrld.

Di samping itu, CPN mencetuskan satu lagi fenomena besar-besaran dengan mengadakan acara kira detik antarabangsa di Tempat Terbaik Untuk Dikunjungi Di Dunia, Phuket, menerusi ‘Kira Detik Antarabangsa Central Phuket 2019’ di Central Phuket, destinasi beli belah mewah dan gaya hidup pertama, bakal dianjurkan di bawah konsep ‘Refleksi Perayaan’, menonjolkan Phuket sebagai mercu tanda kira detik global baharu buat Thailand.

Acara ini menampilkan muzik mengagumkan yang disegerakkan dengan teknik-teknik lampu & bunyi serta konsert antarabangsa daripada artis-artis ternama dan DJ bertaraf dunia. Ia juga merupakan kali pertama di Phuket menerusi pertunjukan bunga api berwarna warni diinpirasikan oleh keindahan yang menawan dan pelbagai budaya Phuket.

Cik Wallaya Chirathivat, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CPN, berkata: “CPN mempunyai keazaman dan komitmen padu bagi menjadi kuasa penting dalam mengukuhkan potensi pelancongan Thailand dalam segenap aspek dan bagi menganjurkan acara-acara antarabangsa demi mewujudkan pengalaman terbaik buat warga Thai dan warga asing memandangkan Bangkok ialah salah satu destinasi utama dunia untuk sambutan Tahun Baharu. Sebagaimana setiap tahun, Kira Detik AIS Bangkok 2019 di centralwOrld telah mengubah Ratchaprasong menjadi daerah kira detik bertaraf dunia, sememangnya, centralwOrld diberi jolokan ‘Times Square Thailand’.

Tahun ini, kami turut menonjolkan Phuket untuk menjadi destinasi kira detik antarabangsa di Thailand. Atas sebab inilah kami mengadakan ‘Kira Detik Antarabangsa Central Phuket 2019’ yang akan mewujudkan pengalaman kira detik baharu di salah sebuah bandar pantai paling indah di dunia. Ini bakal menjadi penarik kepada Thailand untuk terus menarik setiap orang bagi mengalami keriangan sambutan-sambutan akhir tahun di Phuket ini.”

Central Pattana menganjurkan ‘Kira Detik Thailand & AIS Bangkok 2019’, yang bakal diadakan di 13 cawangan 13 wilayah di seluruh Thailanddengan sejumlah 1,200,000 individu menghadirinya, bakal menjadi mercu tanda kira detik terbaik untuk setiap kawasan termasuk centralwOrld, Central Phuket, CentralPlaza WestGate, CentralPlaza Rayong, CentralFestival Chiangmai, CentralPlaza Nakhonratchasima, CentralPlaza UdonThani, CentralPlaza Nakhon Si Thammarat, CentralFestival Samui, CentralFestival Hatyai, CentralFestival Pattaya Beach, CentralPlaza Mahachai dan CentralPlaza Phitsanulok.

Central Pattana ialah pusat beli belah nombor 1 di Thailand dan pemaju hartanah yang pelbagai.

Ditubuhkan pada tahun 1980, CPN telah mencipta pengalaman yang mendatangkan kepuasan bertaraf dunia kepada warga Thai dan warga asing. Dengan visinya iaitu ‘Tumpuan Kehidupan’ (‘Center for Life’), CPN membangunkan destinasi-destinasi terbaik dunia untuk semua gaya hidup dan komuniti melalui kolaborasi bersama rakan-rakan kongsi strategik selain bersama-sama mencipta kecemerlangan kemampanan bersama semua pemegang kepentingan.

Sumber: Central Pattana Public Company Limited (CPN)

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.