Tinjauan Herbalife Nutrition Dedahkan 7 daripada 10 Penduduk Asia Pasifik Beraspirasi Menjadi Pemilik Perniagaan

HONG KONG, 25 Jun 2019 /PRNewswire/ — Herbalife Nutrition, sebuah syarikat pemakanan global ulung, mengeluarkan hasil daripada Tinjauan Keusahawanan Asia Pasifik 2019 olehnya. Dijalankan pada April 2019, kajian ini mendedahkan bahawa tujuh daripada 10 (71%) pengguna di rantau ini beraspirasi untuk memiliki perniagaan sendiri, dengan keinginan untuk menjadi seorang usahawan yang paling tinggi dalam kalangan mereka di Indonesia (96%), Filipina (92%), Thailand (89%) dan Malaysia (86%). Di samping itu, kebanyakan (54%) daripada penduduk Asia Pasifik percaya bahawa mengusahakan perniagaan mereka sendiri mendatangkan lebih kepuasan berbanding bekerja untuk orang lain.

Tinjauan Keusahawanan Herbalife Nutrition APAC 2019

“Ramai pengguna Asia Pasifik mengimpikan untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Namun demikian, proses untuk melakukannya boleh menjadi sesuatu yang menakutkan. Melalui kajian ini, maklumat baharu tentang persepsi dan sikap mereka yang ingin menjadi usahawan, selain membongkar pengalaman para usahawan semasa, dapat membantu kita memahami bagaimana kita dapat menyokong cita-cita seseorang individu dengan lebih baik, dengan harapan agar lebih ramai akan menjadi berani untuk membuat perubahan dan menjadi seorang usahawan suatu hari nanti,” kata Stephen Conchie, Naib Presiden Kanan dan Pengarah Urusan untuk Asia Pasifik, Herbalife Nutrition.

Keinginan untuk mencapai impian mendorong usahawan memulakan perniagaan mereka sendiri

Apabila para usahawan Asia Pasifik ditanyakan tentang sebab-sebab untuk memulakan perniagaan mereka sendiri, keinginan untuk mencapai impian mendahului senarai, dengan hampir separuh (48%) daripada responden yang telahpun memiliki perniagaan mereka sendiri (usahawan) yang ditinjau bersetuju dengan hal ini. Ini diikuti dengan:

  • Keinginan memperoleh pendapatan (43%)
  • Keperluan untuk mengikuti naluri/gerak hati mereka (37%)
  • Galakan keluarga (30%)
  • Galakan rakan-rakan (22%)

Meskipun pengalaman keusahawanan mereka berbeza, sebahagian besar usahawan di Asia Pasifik – tiga daripada empat (77%) – berkata bahawa menjadi seorang usahawan telah melahirkan kegembiraan yang lebih besar buat mereka sejak mereka memulakan perjalanan tersebut, menunjukkan bahawa keusahawanan boleh mendatangkan kepuasan untuk penduduk di rantau ini.

Kebanyakan bakal usahawan mengimpikan suatu hari nanti mereka boleh berhenti kerja

Antara mereka yang bercita-cita untuk memulakan perniagaan mereka sendiri (bakal usahawan), dua daripada tiga (67%) berkata mereka mempunyai impian bahawa suatu hari nanti mereka dapat memaklumkan kepada bos mereka bahawa mereka ingin berhenti kerja dan atas alasan yang baik, sebanyak enam daripada 10 (62%) percaya bahawa idea perniagaan mereka akan menjadi sesuatu yang revolusioner untuk industri. Sentimen ini lebih jelas di Malaysia (80%), Filipina (78%), Thailand (74%) dan Indonesia (68%), yang mana bahagian yang lebih besar dalam kalangan bakal usahawan yakin bahawa idea perniagaan mereka akan merevolusikan industri.

Selain memberi kesan ke atas industri, bakal usahawan juga percaya bahawa memiliki perniagaan mereka sendiri mempunyai banyak faedah-faedah berpotensi. Ini termasuk:

  • Kefleksibelan dalam jadual kerja/hidup mereka (65%)
  • Potensi untuk meningkatkan pendapatan mereka (60%)
  • Berupaya untuk menjadi bos mereka sendiri (55%)
  • Membolehkan mereka mengejar minat mereka (52%)
  • Meningkatkan tahap kepuasan kerja (45%)

Keusahawanan masih menjadi suatu yang menakutkan untuk kebanyakan bakal usahawan

Meskipun faedah-faedah yang dikaitkan dengan keusahawan adalah jelas, lebih daripada lapan dalam 10 (85%) bakal usahawan menyatakan bahawa mereka berasa amat takut dengan prospek untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Bahkan, 79% berkata kadang kala mereka merasakan bahawa mereka tidak mungkin berpeluang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri.

Walau bagaimanapun, bakal usahawan di Asia Pasifik masih agak praktikal dengan impian keusahawanan mereka. Hampir separuh (47%) menganggap potensi pendapatan daripada perniagaan baharu adalah sama penting dengan keperluan untuk menuruti minat mereka, manakala 33% daripada bakal usahawan menganggap bahawa potensi pendapatan daripada perniagaan baharu adalah lebih penting daripada keperluan untuk menuruti minat mereka.

Pandangan ini boleh dilihat daripada kesanggupan risiko kewangan mereka, memandangkan kebanyakan bakal usahawan  — empat daripada lima (78%) sanggup menggunakan wang mereka sendiri sebagai cara untuk memulakan pembiayaan untuk perniagaan mereka sendiri. Hanya segelintir — 28% menggunakan wang daripada keluarga mereka untuk melakukannya, manakala 26% sanggup membuat pinjaman perniagaan kecil-kecilan manakala 25% mengambil pinjaman peribadi untuk membiayai perniagaan baharu mereka.

Kos merupakan halangan terbesar untuk keusahawanan di Asia Pasifik 

Apabila ditanyakan mengenai halangan terhadap keusahawanan, kebanyakan bakal usahawan (65%) memetik kos awal memulakan sebuah perniagaan sebagai halangan utama yang menghalang mereka untuk melakukannya. Ini diikuti dengan:

  • Bimbang perniagaan tidak berjaya (42%)
  • Bimbang perniagaan tidak mendatangkan keuntungan (40%)
  • Kekurangan sokongan pembiayaan dan ilmu pasaran (40%)

Walau bagaimanapun, kebanyakan bakal usahawan (77%) turut berkongsi bahawa mereka berasa lebih yakin untuk memulakan perniagaan mereka sendiri sekiranya mereka mempunyai rakan niaga yang turut terlibat. Hal ini jelas khususnya di Malaysia (83%), Indonesia (79%), Filipina (76%) dan Thailand (73%).

“Daripada kajian ini, kami mendapati bahawa bakal-bakal usahawan memilih laluan mereka dengan memberi pertimbangan yang amat teliti. Bukan sahaja perniagaan yang berpotensi itu memerlukan potensi pendapatan yang jelas, ia juga perlu mempunyai kos permulaan yang agak rendah untuk bakal usahawan membuat perubahan tersebut. Namun demikian, memulakan sebuah perniagaan akan sentiasa mempunyai pelbagai faedahnya yang tersendiri, begitu juga dengan risiko, maka penting untuk mencari jaringan sokongan yang baik yang dapat berkongsi kepakaran dan ilmu yang betul untuk membantu memulakan perjalanan keusahawanan, dan dalam masa yang sama dapat mengurangkan risiko,” kata Conchie.Source: Herbalife Nutrition Asia Pacific

Sumber Berkaitan: http://IAmHerbalife.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.