Tinjauan Pengguna iProperty.com.my Mendedahkan Tren Mencari Hartanah yang Menggalakkan di Malaysia Walaupun COVID-19

iProperty.com.my, portal hartanah No. 1 di Malaysia, telah mengumumkan hasil tinjauan pengguna yang terkini. Tinjauan tersebut bertujuan untuk memahami tingkah laku pencari hartanah di Malaysia dalam perjalanan mencari hartanah mereka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bagaimana ia mempengaruhi mereka dalam faktor pembelian
hartanah. Tinjauan ini juga menganalisis keinginan membeli setiap pembeli rumah sebelum, semasa dan setelah PKP berakhir. Tinjauan dilakukan antara 11 hb Mei – 1 hb Jun 2020.

44% responden tinjauan ingin membeli hartanah sebelum pengumuman PKP iProperty.com.my mendedahkan bahawa 44% responden ingin membeli hartanah sebelum pengumuman PKP. Daripada jumlah pencari hartanah ini, 28% berhenti mencari hartanah selepas PKP diumumkan pada 16 hb Mac 2020. Walau bagaimanapun, lebih daripada satu pertiga daripada pencari hartanah yang berhenti mencari (38%) menyatakan bahawa mereka sedang menunggu harga turun atau masih terbuka kepada tawaran hartanah yang terbaik.

Dua faktor utama yang mempengaruhi pencari hartanah ketika menilai penyenaraian atas talian adalah pengesahan penilaian hartanah (tren harga untuk hartanah yang serupa) dan sumber informasi mengenai ruang dan susun atur hartanah yang memberikan pemahaman yang jelas.

Keinginan membeli pencari-pencari hartanah di Malaysia tidak terjejas oleh PKP kerana jumlah pencari hartanah yang ingin membeli setelah pengumuman PKP meningkat kepada 45%. Menurut hasil tinjauan, walaupun situasi pandemik COVID-19, tren mencari hartanah di kalangan rakyat Malaysia masih memberangsangkan. Menariknya, hasil tinjauan menunjukkan bahawa 24% responden yang tidak ingin membeli hartanah sebelum PKP kini ingin membeli setelah pengumuman PKP.

Sebilangan besar peserta baru melihat keadaan pasaran semasa sama ada sebagai peluang untuk membeli rumah pertama mereka atau untuk menaik taraf kediaman mereka yang sedia ada atau melabur dalam sektor hartanah. Sementara sesetengah golongan responden menyebutkan bahawa mereka ingin membeli hartanah yang lebih kecil atau berpindah ke lokasi yang lebih strategik.

Dengan peserta-peserta baru ini, peratusan responden yang mencari harta tanah meningkat kepada 45% selepas pengumuman PKP. Selain itu, 10% lagi responden yang berhenti mencari hartanah pasca PKP berasa terbuka kepada tawaran dan promosi hartanah yang menarik. Dengan mengambil kira kumpulan ini, peratusan responden yang berminat untuk membeli hartanah selepas pengumuman PKP adalah 55%.

Walaupun begitu, 92% responden yang mencari hartanah menyatakan bahawa mereka mempunyai kesediaan yang lebih rendah untuk bertransaksi (49% ingin menunggu harga turun sementara 43% masih lagi mencari tetapi lebih berhati-hati untuk membuat komitmen kewangan).

90% responden yang mencari hartanah menamakan pilihan masuk yang mudah sebagai faktor utama yang akan memudahkan keputusan transaksi mereka.

Tinjauan ini selanjutnya menunjukkan bahawa 90% responden menjawab bahawa faktor-faktor yang akan membantu meringankan keputusan transaksi mereka adalah pilihan masuk yang mudah seperti pembayaran awal sifar, potongan pemaju hartanah dan kos undang-undang bersubsidi. Tambahan pula, 81% daripada responden mencari pemaju hartanah atau ejen hartanah yang boleh dipercayai.

Juga, 89% pencari hartanah bercenderung kepada idea pandangan bilik pameran maya ( virtual showroom ). 75% menyatakan bahawa bilik pameran maya dapat membantu mereka membuat keputusan untuk membeli sementara 14% mengatakan ianya tidak cukup untuk mereka membuat keputusan untuk sama ada membeli / menyewa harta tanah.

Pada masa yang sama, 83% daripada semua responden ingin mendapatkan kemas kini mengenai tawaran hartanah yang baik (hartanah baru untuk promosi, atau hartanah sub penjualan dengan harga yang baik), sementara 54% responden berminat dengan data pasaran bagi membantu mereka memahami keadaan semasa pasaran hartanah dengan lebih baik.

Tinjauan pengguna ini mengambarkan situasi yang positif selaras dengan pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) di bawah Pelan Jana Semula Sektor Ekonomi Negara (PENJANA) oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini. Inisiatif HOC yang menampilkan cuti duti setem yang ketara akan membantu meringankan beban kewangan pembeli rumah.

Mengulas mengenai tinjauan pengguna ini, Wong Siew Lai, Pengurus Besar Pemasaran dan Komunikasi, iProperty.com.my berkata, “Penemuan dari tinjauan pengguna ini menunjukkan sesuatu yang sangat menggalakkan mengenai keinginan pencari hartanah di Malaysia untuk membeli walaupun kita berada dalam situasi yang belum pernah kita tempuhi angkara wabak COVID-19. Secara keseluruhan, jumlah keinginan membeli tidak berubah dengan ketara dan masih ramai mencari hartanah. Pencari hartanah menghabiskan lebih banyak masa untuk meneliti dan menilai pilihan hartanah secara atas talian. Pencari hartanah kini lebih cenderung kepada tawaran hartanah yang menarik dan penyelesaian yang dapat
membantu mereka menemui tawaran tersebut. Pencari hartanah juga berminat untuk mendapat sumber informasi atas talian yang boleh membantu mereka memahami keadaan pasaran semasa dengan lebih baik. Sekiranya mereka menemui tawaran yang sesuai, banyak pencari hartanah bakal bersedia melabur walaupun melebihi anggaran bajet asal mereka.”

NOTA:
● Tinjauan dilakukan oleh iProperty.com.my antara 11 Mei – 1 Jun 2020
● Kumpulan generasi responden:
● Gen Z, di bawah 1% responden
● Gen Y, 67% responden
● Gen X, 32% responden

Mengenai REA Group & iProperty.com.my

REA Group di Asia mengendalikan laman web, pemasaran dan acara harta tanah digital yang menawarkan set perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek paling komprehensif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia ( iProperty.com.my ), Thailand ( thinkofliving.com dan Prakard) serta seluruh wilayah China termasuk Tanah Besar China ( myfun.com ) dan Hong Kong ( squarefoot.com.hk dan SMARTExpo).

Berpangkalan di Australia, REA Group merupakan sebuah firma pengiklanan digital multinasional yang mengkhusus kepada hartanah. Disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX:REA), kami mengendalikan
laman web hartanah kediaman, komersil dan saham terkemuka di Australia iaitu realestate.com.au, realcommercial.com.au dan flatmates.com.au. REA Group juga merupakan rakan kongsi utama 99 Group yang mengendalikan perniagaan 99.co dan iProperty.com.sg di Singapura serta rumah123.com di Indonesia. REA Group juga memiliki pegangan saham besar dalam Move, Inc menerusi realtor.com di Amerika Utara dan Elara Technologies menerusi proptiger.com , maakan.com dan housing.com di India.

iProperty.com.my berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dengan bilangan pekerjanya melebihi 200 orang. Dengan lebih 3 juta lawatan setiap bulan, iProperty.com.my merupakan portal hartanah pendahulu pasaran yang menawarkan carian dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. iProperty.com.my juga menawarkan aplikasi penyelesaian kepada konsumer seperti LoanCare, penunjuk kelayakan pinjaman perumahan; saluran News & Lifestyle dengan pelbagai kandungan berkaitan hartanah yang bermanfaat kepada pengguna; acara-acara yang menghubungkan pembeli hartanah dengan ejen dan pemaju; dan banyak lagi.

Untuk berita berkaitan REA Group dan iProperty.com.my, layari www.iproperty.com.my/newsroom dan ketahui permintaan dan tren hartanah kediaman, perkembangan teknologi dan produk serta banyak
lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.