Penawaran Pertama Seumpamanya oleh Zurich Takaful dengan Kerjasama BlackRock

Pempelbagaian pelaburan adalah kunci untuk kewangan yang kekal anjal, terutama dalam keadaan pasaran semasa. Dana Shariah Global Edge terbaharu Zurich Takaful Malaysia Berhad (“Zurich Takaful”) menyediakan peluang ini kepada rakyat Malaysia dengan harga penawaran dana baharu
RM0.50 (1) seunit. Ini merupakan Dana Tukaran Diperdagangkan (Exchange Traded Fund “ETF”) dimana dana dasarnya diuruskan oleh firma pengurusan aset terkemuka dunia, BlackRock Asset Management (“BlackRock”).

Ketua Pegawai Eksekutif Zurich Takaful Mukesh Dhawan berkata, “Kami
memperkenalkan dua perkara disini – tawaran dana baharu sebagai peluang untuk memulihkan nilai simpanan anda masa kini dan satu Dana Shariah Global dengan kolaborasi bersama BlackRock yang mempunyai aset dibawah pengurusannya berjumlah. Kombinasi ini adalah USD7.32 trillion (RM31.19 trillion) (2) patuh Shariah, maka memberikan ketelusan dan keanjalan kepada konsumer di Malaysia. Ini merupakan tanggungjawab kami agar lebih respnsif terhadap situasi semasa dan keperluan pasaran bagi memberikan nilai kepada mereka.”

Ketua Pengedaran iShares Asia Pasifik BlackRock Geir Espeskog berkata: “Turun naik pasaran ekuiti pada suku pertama 2020 telah mempercepat minat pelabur terhadap indeks luas yang terdiri daripada syarikat berkualiti tinggi dengan prestasi yang kukuh. Sektor teknologi dan penjagaan kesihatan merangkumi lebih daripada 40% MSCI World Islamic Index, dan syarikat-syarikat ini adalah benefisiari utama daripada ekonomi duduk di rumah. Pelabur akan terus mempelbagaikan dan mencari peluang di pelbagai wilayah dan sektor dalam keadaan pasaran yang tidak menentu dan mula memilih syarikat-syarikat yang mempunyai mata tinggi bagi persekitaran, sosial dan tadbir urus.”

Dana Shariah Global Edge ini adalah sesuai bagi pelabur yang memahami strategi pelaburan, jenis risiko, dan ingin mempelbagaikan portfolio mereka melalui pasaran asing untuk menguruskan ketidakstabilan untuk pertumbuhan jangka masa panjang. Dana ini boleh didapati melalui produk-produk berkaitan pelaburan Zurich Takaful melalui kira-kira 6,000 perancang kewangan di seluruh negara.

1 Harga tawaran dana pada masa siaran berita
2 Data setakat 31 Mac 2020

Zurich Insurance Group (Zurich) merupakan penyedia pelbagai insurans utama yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan di pasaran antarabangsa mahupun tempatan. Dengan kira-kira 55,000 orang kakitangan, Zurich menawarkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan
hartanah, kasualti serta insurans hayat yang meluas di lebih daripada 215 buah negara dan wilayah. Pelanggan-pelanggan Zurich merangkumi individu, perniagaan kecil sederhana mahupun besar serta syarikat-syarikat multinasional. Kumpulan ini beribu pejabat di Zurich,
Switzerland dan telah diasaskan pada tahun 1872. Syarikat pegangannya, Zurich Insurance Group Ltd (ZURN), disenaraikan di SIX Swiss Exchange dan bertaraf tahap I program Resit Depositari Amerika yang didagangkan menerusi kaunter pada OTCQX. Maklumat lanjut mengenai Zurich boleh diperolehi di www.zurich.com

Zurich Malaysia adalah istilah rujukan kolektif bagi anak-anak syarikat Zurich Insurance Group (Zurich) yang beroperasi di Malaysia: Zurich General Insurance Malaysia Berhad, Zurich Life Insurance Malaysia Berhad, Zurich General Takaful Malaysia Berhad dan Zurich Takaful
Malaysia Berhad. Zurich Malaysia menawarkan pelbagai penyelesaian insurans dan takaful yang komprehensif; membantu individu dan juga pemilik perniagaan memahami dan melindungi diri, perniagaan dan juga asset mereka daripada risiko. Zurich Malaysia mempunyai rangkaian
cawangan bersepadu di bandar-bandar utama di seluruh negara dan juga agensi dan saluran pengedaran yang berdedikasi di seluruh negara untuk memenuhi keperluan pelanggan. Untuk maklumat lanjut mengenai Zurich Malaysia, layari www.zurich.com.my

Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) adalah salah sebuah pengendali takaful keluarga terkemuka di Malaysia. Ia merupakan ahli Zurich Insurance Group dan satu-satunya penyedia tunggal produk takaful keluarga yang patuh syariah dalam kumpulan Zurich. Dengan kepakaran
pasaran takaful lebih sedekad, ZTMB menyediakan penyelesaian perlindungan, perubatan dan kesihatan, simpanan wang dan pelaburan untuk memenuhi keperluan para pelanggan di pelbagai peringkat kehidupan. Bersama-sama kakitangan yang berdedikasi, tenaga kerja agensi, pengedar dan rakan niaga serta dengan sokongan rangkaian cawangan di seluruh negara, ZTMB komited untuk membantu para pelanggan memahami dan melindungi diri mereka daripada risiko. Untuk
maklumat lanjut mengenai ZTMB, layari www.zurich.com.my

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PropertyGuru Melancarkan Kempen Penghujung Tahun Untuk Membantu Rakyat Malaysia Memiliki Rumah Mampu Milik, Fokus Pada Hartanah Di Bawah RM500,000

Kuala Lumpur, 11 November 2025 – Ketika isu kemampuan memiliki rumah terus mempengaruhi keputusan pembelian rakyat Malaysia, PropertyGuru Group, syarikat teknologi hartanah terkemuka di Malaysia dan pengendali platform PropertyGuru serta iProperty, telah melancarkan kempen penghujung tahun untuk menampilkan rumah berharga RM500,000 dan ke bawah.

Inisiatif ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara pemaju yang menawarkan perumahan mampu milik dengan rakyat Malaysia yang mencari rumah berkualiti dan mudah diakses, selaras dengan usaha nasional untuk mempertingkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Melalui kempen ini, pemaju yang mengambil bahagian dengan projek berharga di bawah RM500,000 akan dipaparkan di platform PropertyGuru dan iProperty. Setiap paparan akan mengarahkan pengguna ke halaman carian khusus yang menampilkan senarai hartanah layak, membolehkan pencari rumah meneroka dan membandingkan pilihan mengikut bajet mereka dengan lebih mudah.

Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), harga purata rumah di Malaysia bagi separuh pertama tahun 2025 ialah RM490,376, melebihi paras kemampuan bagi banyak isi rumah dalam kumpulan B40 dan M40 rendah. Namun, pasaran secara keseluruhan menunjukkan  pemulihan kukuh, disokong oleh dasar kerajaan yang proaktif, penurunan kadar dasar semalaman (OPR), serta peningkatan keyakinan pembeli.

Dr Lee Nai Jia, Ketua Perisikan Harta Tanah, PropertyGuru Group, menegaskan semasa Sidang Kemuncak PropertyGuru & iProperty FutureBuilt 2025 bahawa sektor hartanah kediaman menunjukkan pemulihan kukuh dengan pemaju melaporkan kadar pengambilan yang lebih tinggi untuk pelancaran baharu di kawasan pertumbuhan utama seperti Lembah Klang, Johor, dan Pulau Pinang. Sentimen pasaran turut disokong oleh pengurangan kumulatif OPR sebanyak 75 mata asas serta insentif kerajaan menerusi Belanjawan 2025, termasuk pengecualian duti setem dan insentif pinjaman untuk pembeli rumah pertama.

Kar Wai Low, Pengarah Pemasaran Negara, PropertyGuru & iProperty Malaysia, berkata, “Kemampuan memiliki rumah kekal sebagai antara kebimbangan utama rakyat Malaysia hari ini. Kempen penghujung tahun ini memberi tumpuan kepada keterlihatan dan impak – bukan sahaja untuk pemaju, tetapi juga untuk pembeli. Kami mahu membantu pencari rumah di Malaysia mencari kediaman berkualiti dalam jangkauan mereka, sambil memudahkan pemaju berhubung dengan pembeli sedia ada dalam segmen harga penting ini. Dengan menggabungkan kekuatan PropertyGuru dan iProperty, kami memanfaatkan capaian dan data platform kami bagi memudahkan pencarian, perbandingan dan tindakan terhadap pilihan rumah mampu milik.”

Kempen ini memperkukuh komitmen berterusan PropertyGuru Group untuk memperkasakan rakyat Malaysia membuat keputusan hartanah dengan yakin, sambil menyokong usaha kerajaan meningkatkan kemampuan memiliki rumah dan mobiliti sosial. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari PropertyGuru dan iProperty Malaysia.​