Toshiba Tumpu kepada Alat Kuasa sebagai Kunci Mesra Alam untuk Masyarakat Rendah Karbon

SINGAPURA, 23 Mei 2019 /PRNewswire/ — Semikonduktor boleh didapati di merata tempat, tersembunyi dalam alat elektronik yang menyokong kehidupan harian kita. Walau bagaimanapun, apa yang menarik ialah alat kuasa — sejenis komponen terpisah. Toshiba berkongsi pandangan mengapa permintaan terhadap alat ini dijangka meningkat dalam sektor-sektor automobil dan jentera perindustrian, antara lain, pada tahun-tahun akan datang.

Tumpuan Tepat Pada Masanya terhadap Semikonduktor demi Masyarakat Lestari

Pengurangan penggunaan kuasa dan pelepasan karbon dioksida (CO2) adalah penting untuk merealisasikan masyarakat rendah karbon di seluruh dunia. Digunakan khususnya untuk mengawal tenaga elektrik, alat-alat kuasa digunakan dalam semua jenis benda, bermula dengan unit bekalan kuasa untuk komputer kepada perkakas rumah, kenderaan, malah jentera perindustrian. Alat-alat kuasa, dengan kawalan penyongsang, boleh membuat pelarasan kecil dalam output tenaga dan menjadikan penggunaan tenaga yang lebih cekap.

Salah satu aspek tumpuan ialah pasaran kereta elektrik, yang mana permintaan terhadap alat-alat kuasa dijangka paling berkembang pada tahun-tahun akan datang. ini adalah kerana alat-alat kuasa sememangnya penting kepada fungsi kereta elektrik. Terdapat pelbagai jenis peralatan elektronik lain yang dipasang dalam kereta ini dan kesemua ini memerlukan kuasa elektrik untuk ditukarkan kepada voltan dan arus elektrik yang berbeza untuk fungsi yang optimum.

Alat-alat kuasa juga berpotensi untuk meningkatkan grid kuasa keseluruhan kami. Alat-alat kuasa Toshiba digunakan di loji kuasa solar, yang mana ia berfungsi di belakang tabir untuk penjanaan tenaga bersih yang lebih cekap. Alat-alat kuasa juga membolehkan loji kuasa solar ini membekalkan jumlah kuasa terhad yang dijana olehnya dengan lebih cekap kepada grid kuasa.

Kini mengalami evolusi yang besar, beberapa semikonduktor lebih baharu yang sedang dibangunkan diperbuat daripada bahan-bahan seperti silikon karbida dan galium nitrida untuk prestasi yang jauh lebih tinggi. Bahan-bahan baharu ini dijangka mengukuhkan elemen pemuliharaan tenaga pada alat kuasa, mengurangkan kehilangan kuasa pada semikonduktor secara umumnya dan merendahkan penggunaan kuasa.

Menerusi perkembangan ini, alat-alat kuasa boleh membantu memacu dorongan ke arah pemuliharaan tenaga dalam produk elektronik serta menyokong pewujudan masyarakat rendah karbon.

Untuk melihat pandangan selanjutnya, klik pada pautan di bawah: https://www.toshiba-clip.com/en/detail/5204?utm_source=tapl&utm_content=506e

Untuk video dan infografik: Powering Up Electrification (by Reuters Plus)

Sumber: Toshiba Corporation

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.