Kuala Lumpur, Malaysia, 10 April 2026 – UOB Malaysia akan menyokong pelanggan yang mungkin terjejas oleh perkembangan geopolitik terkini, termasuk situasi yang sedang berkembang di Timur Tengah. Sebagai rakan kewangan yang telah lama bersama isi rumah dan perniagaan di seluruh negara, UOB Malaysia kekal komited untuk menyokong kestabilan dan kesinambungan dengan membantu pelanggan mengurus komitmen kewangan mereka dalam keadaan operasi yang berubah-ubah.
Bank ini mengakui bahawa ketidaktentuan global yang meningkat boleh memberi tekanan kewangan kepada individu dan perniagaan, termasuk gangguan sementara kepada pendapatan, kekangan aliran tunai atau aktiviti perniagaan yang lebih perlahan.
Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia berkata, “Tempoh ketidaktentuan boleh memberi kesan kepada isi rumah dan perniagaan dalam pelbagai cara. Melalui program bantuan kewangan kami, kami bekerjasama rapat dengan pelanggan untuk menyediakan penyelesaian praktikal bagi membantu mereka mengurus komitmen dengan yakin dan terus memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting.”
Pelanggan yang memerlukan bantuan digalakkan untuk menghubungi melalui saluran berikut:
Kenapa sebenarnya Cukai Pegangan / Withholding Tax (WHT) ini menjadi isu dalam kalangan usahawan yang menggunakan platform digital?
Jawapannya terletak pada bagaimana cara perniagaan beroperasi hari ini.
Dulu, iklan banyak dibelanjakan dalam negara.
Syarikat akan beli ruang iklan di surat khabar, stesen TV atau radio tempatan.
Media tempatan memperoleh pendapatan.
Pekerja mereka dibayar gaji.
Syarikat pula membayar cukai pendapatan di Malaysia.
Hari ini, landskap sudah berubah.
Ramai usahawan beriklan di Facebook, Instagram, Google dan TikTok.
Setiap bulan, ada yang membelanjakan ribuan, malah jutaan ringgit.
Tetapi bayaran itu tidak lagi diterima oleh syarikat tempatan.
Ia dibayar kepada syarikat di luar negara.
Persoalannya…
Patutkah Malaysia mempunyai hak mengenakan cukai ke atas sebahagian daripada pendapatan yang dijana daripada pasaran Malaysia?
Di sinilah perlunya konsep Withholding Tax (WHT).
WHT bukan bermaksud syarikat luar negara tidak membayar cukai di negara mereka. Mereka mungkin tetap dikenakan cukai mengikut undang-undang negara masing-masing. Jadi kerajaan Malaysia berpendapat, negara ini juga patut ada sedikit hak untuk mengenakan cukai ke atas bayaran tertentu yang keluar ke luar negara.
Oleh sebab syarikat tersebut berada di luar bidang kuasa LHDN, undang-undang meletakkan tanggungjawab kepada pihak yang membuat bayaran di Malaysia untuk memotong dan meremit cukai tersebut jika bayaran itu tertakluk kepada WHT.
Contoh…
Bayangkan ada dua content creator.
Amir tinggal di Malaysia. Sebuah syarikat kosmetik Malaysia membayarnya RM100,000 untuk menghasilkan kandungan promosi. Amir akan melaporkan pendapatan itu dan membayar cukai di Malaysia.
Alex pula tinggal di Ireland. Syarikat kosmetik yang sama di Malaysia membayarnya RM100,000 untuk menghasilkan kandungan yang menyasarkan pelanggan di Malaysia. Alex juga mungkin akan membayar cukai di Ireland mengikut undang-undang negara tersebut.
Persoalannya, bayaran RM100,000 itu datang daripada syarikat Malaysia. Adakah Malaysia juga patut mempunyai hak untuk mengenakan cukai ke atas bayaran tersebut?
Inilah antara rasional kewujudan Withholding Tax (WHT).
WHT bukan bermaksud Alex tidak membayar cukai di Ireland. Sebaliknya, ia merupakan mekanisme yang membolehkan Malaysia mengenakan cukai ke atas bayaran tertentu kepada bukan pemastautin apabila syarat-syarat di bawah undang-undang dipenuhi.
Antara bayaran yang lazim tertakluk kepada WHT ialah:
Royalti(Seksyen 109)
Faedah (Seksyen 109)
Perkhidmatan, pengurusan atau khidmat khas(Seksyen 109B)
Pendapatan artis luar negara(Seksyen 109A)
Pendapatan kontrak(Seksyen 107A)
Namun, bukan semua bayaran kepada syarikat luar negara dikenakan WHT. Sama ada WHT terpakai bergantung kepada jenis bayaran, fakta sesuatu transaksi serta jika berkaitan, Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA).
Apa jadi kalau WHT tidak dipatuhi?
Bayangkan sebuah syarikat kosmetik di Malaysia.
Setiap bulan syarikat ini beriklan di Facebook dan Instagram.
Sepanjang tahun, jumlah belanja iklan mencecah RM1 juta.
Walaupun jumlah itu terkumpul sepanjang tahun, kewajipan WHT tidak timbul di hujung tahun. Sebaliknya, ia perlu dipatuhi bagi setiap bayaran yang dibuat kepada Meta Platforms Ireland Limited
Jika bayaran kepada Meta Platforms Ireland Ltd (dahulunya dikenali sebagai Facebook Ireland Ltd) tertakluk kepada WHT tetapi syarikat gagal mematuhi kewajipan tersebut, kesannya bukan sekadar perlu membayar WHT.
Perbelanjaan iklan RM1 juta itu juga boleh tidak dibenarkan sebagai potongan cukai di bawah perenggan 39(1)(j) Akta Cukai Pendapatan 1967 sehingga WHT dijelaskan.
Katakan syarikat itu memperoleh untung sebelum cukai RM2 juta.
Jika WHT dipatuhi
Untung sebelum cukai: RM2,000,000
Tolak kos iklan: RM1,000,000
Pendapatan bercukai: RM1,000,000
Anggaran cukai syarikat (24%): RM240,000
Jika WHT tidak dipatuhi
Untung sebelum cukai: RM2,000,000
Kos iklan RM1,000,000 tidak dibenarkan
Pendapatan bercukai: RM2,000,000
Anggaran cukai syarikat (24%): RM480,000
Perbezaan cukai: RM240,000.
Itu belum mengambil kira WHT yang masih perlu dijelaskan serta kenaikan jika lewat dibayar.
WHT bukan untuk iklan sahaja
Ramai ingat WHT hanya berkaitan Meta, Google atau TikTok.
Sebenarnya tidak.
WHT telah lama wujud dan melibatkan pelbagai jenis bayaran kepada syarikat atau individu bukan pemastautin.
Antaranya ialah:
🛠️ Perkhidmatan
Contohnya sebuah kilang di Malaysia mengupah jurutera dari Jepun untuk memasang mesin.
💼 Perkhidmatan pengurusan atau khidmat khas
Contohnya syarikat induk di Singapura mengenakan management fee kepada anak syarikat di Malaysia.
💻 Perisian dan langganan digital
Contohnya bayaran lesen perisian, cloud computing atau platform AI kepada syarikat luar negara. (Tertakluk kepada fakta dan jenis bayaran.)
🎬 Content creator atau influencer luar negara
Contohnya syarikat kosmetik Malaysia membayar influencer di Korea Selatan untuk mempromosikan produk kepada pelanggan Malaysia.
Kesimpulannya
Kita perlu faham bahawa WHT bukan diwujudkan untuk menambah beban usahawan. Ia adalah mekanisme yang digunakan untuk memberi hak percukaian kepada Malaysia ke atas bayaran tertentu yang mengalir ke luar negara.
Ramai usahawan bukanlah mempertikaikan hak kerajaan untuk mengutip cukai. Apa yang mereka rungutkan ialah beban yang semakin bertambah.
Hari ini, mereka sudah pun membayar SST 8% ke atas perkhidmatan digital seperti Meta dan Google. Dalam masa yang sama, timbul pula isu WHT yang memerlukan proses pengemukaan borang CP37 dan bayaran kepada LHDN.
Sebab itulah ada yang merasakan kos semakin tinggi, walaupun SST dan WHT sebenarnya merupakan dua cukai yang berbeza.
Namun, dalam era ekonomi digital hari ini, mungkin sudah tiba masanya mekanisme ini ditambah baik.
Antara cadangan yang boleh dipertimbangkan ialah:
Mewujudkan nilai ambang (threshold), sebagai contoh, hanya syarikat yang mempunyai hasil jualan tahunan melebihi jumlah tertentu diwajibkan mematuhi WHT bagi transaksi digital, manakala perusahaan mikro dan kecil diberi pengecualian
Menyediakan mekanisme pemotongan automatik melalui platform seperti Meta atau Google, seperti mana SST digital dikutip hari ini. Ini mengurangkan beban usahawan yang perlu memproses dan meremit sendiri WHT.
Memberikan tempoh pengampunan kepada pembayar cukai yang ingin membuat pengakuan secara sukarela tanpa dikenakan penalti 10%.
Artikel ini bertujuan memberi penerangan umum mengenai konsep Withholding Tax (WHT). Contoh yang diberikan adalah untuk tujuan ilustrasi bagi memudahkan pemahaman pembaca. Sama ada sesuatu bayaran kepada bukan pemastautin tertakluk kepada WHT bergantung kepada fakta transaksi, jenis bayaran, peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 serta, jika berkaitan, Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA). Pembaca disarankan mendapatkan nasihat daripada penasihat cukai berlesen atau merujuk LHDN bagi menentukan layanan cukai yang tepat mengikut keadaan masing-masing.