ZTE Perkenal Telefon Pintar Blade V10, Bawakan Teknologi ‘Swafoto Pintar’ AI 32MP dan Pemproses Okta-Teras

BARCELONA, Sepanyol, 27 Februari 2019 /PRNewswire/ — ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia penyelesaian teknologi telekomunikasi, perusahaan dan pengguna utama bertaraf antarabangsa untuk Internet Mudah Alih, hari ini mengumumkan telefon pintar ZTE Blade V10 baharu, menampilkan kamera ‘swafoto pintar’ AI 32MP, skrin titisan air dan pemproses okta-teras. Dalam masa yang sama, ZTE turut mengumumkan Blade V10 Vita, yang akan menarik minat golongan muda menerusi nisbah harga/prestasi tingginya dan pengalaman inovatif. Blade V10 akan memasuki pasaran China dan Eropah pada bulan Mac dan Amerika Latinpada bulan April.

Kamera ‘Swafoto Pintar’ AI 32MP

Ciri utama Blade V10 baharu ialah kamera depan yang dipertingkat dengan foto-peka 32MP dan teknologi ‘swafoto pintar’ AI canggih. Teknologi AI digunakan untuk menyesuaikan dan menyempurnakan swafoto yang diambil menggunakan kamera tinggi megapiksel bagi menghasilkan foto-foto berkualiti tinggi tanpa kehilangan perincian dalam persekitaran bercahaya belakang atau malap. Selain itu, sebagai pengganti kamera rendah cahaya Blade V9 sebelumnya, generasi baharu ini menghasilkan imej-imej rendah cahaya yang lebih jelas dan lebih lembut.

ZTE Blade V10 mengaplikasikan teknologi pengecaman pemandangan AI dan dapat mengenal pasti lebih 300 pemandangan dalam mod prebiu untuk menyesuaikan dengan pintar teknologi kamera yang sepadan dan mengambil tangkapan gambar terbaik. Ia turut dilengkapi dengan dwikamera AI 16MP untuk mempertingkatkan lagi detik-detik yang ditangkap dalam suasana rendah cahaya.

Reka Bentuk Melengkung dan Skrin Titisan Air

ZTE Blade V10 mempunyai reka bentuk melengkung yang amat kompak dan unik. Menampilkan skrin takuk titisan air dengan margin ultra sempit dan sensor tersembunyi, peranti ini mudah dikawal dengan sebelah tangan. Melalui proses tindanan berbilang lapisan porselin dan acuan dengan kejituan tinggi, ia dapat menghasilkan sentuhan seakan-akan seramik. Badannya yang kecil juga menawarkan paparan yang lebih luas dan lebih imersif dengan mengaplikasikan skrin ketumpatan penuh 6.3″ dengan nisbah skrin 90.3%, 2280*1080 FHD+, 400PPI.

Pemprosesn Okta-teras dan Enjin Pemecutan Ai

ZTE Blade V10 akan dilengkapi dengan sistem Android P terkini, menyesuaikan MiFavor9.0 UI dan pemproses hebat okta-teras unggul yang akan menyediakan pengguna dengan pengalaman tanpa halangan yang lebih mesra pengguna. Selain itu, enjin pemecutan AI generasi baharu mengoptimumkan pengalaman pengguna, menyediakan pelbagai fungsi AI termasuk pembantu suara AI, pengecaman wajah AI, pengecaman imej AI, pembantu permainan AI, dan penjimatan kuasa pintar AI.

Platform

Okta-teras 2.1GHz

Sistem Operasi

Android P 

Saiz

158*75.8*7.8mm

Paparan

6.3′ FHD + takuk titisan air  

Kamera

Kamera utama: 16M AF + 5MFF; Kamera depan: 32MFF

Bateri

3200mAh(Biasa),3100 mAh (Terkadar)

Antara Muka

USB Jenis C, 3.5mm Port Fon Telinga, Slot SD Mikro (4FF+4FF/T)

Memori

3GB +32GB / 4GB+64 GB

Warna

Hitam, Biru, Hijau

Ciri-ciri

GPS, WiFi 2.4G/5G  802.11 a/b/g/n/ac, BT 4.2, Akselerometer, Keterhampiran,
Cahaya Ambien, Giroskop, Kompas, Cap Jari,  VoLTE

Latar Belakang ZTE

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi termaju, peranti mudah alih dan penyelesaian teknologi perusahaan untuk pengguna, syarikat telekomunikasi, syarikat dan pelanggan daripada sektor awam. Sebagai sebahagian daripada strategi ZTE, syarikat komited menyediakan pelanggan dengan inovasi menyeluruh yang bersepadu bagi memberikan kecemerlangan dan nilai tatkala sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat bersatu. Tersenarai dalam bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H: 0763.HK / kod saham A: 000063.SZ), produk dan perkhidmatan ZTE dijual kepada lebih 500 pengendali di lebih 160 negara. ZTE mengkhususkan 10 peratus daripada pendapatan tahunannya kepada usaha penyelidikan dan pembangunan serta memainkan peranan kepimpinan dalam organisasi-organisasi penetap standard antarabangsa. ZTE komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan merupakan ahli UN Global Compact. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zte.com.cn.

Sumber: ZTE Corporation

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.