5 Rumah Mewah Selebriti Malaysia Yang Sangat Mengagumkan

Setiap orang pasti mengimpikan rumah mewah yang sangat selesa. Tidak terkecuali dengan selebriti-selebriti Malaysia yang mempunyai pendapatan 5 angka atau lebih dari itu.

Teruja untuk kami kongsikan 5 rumah mewah selebriti Malaysia yang sangat mengagumkan buat anda. Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk kita semua berjaya dalam mendapatkan rumah idaman dan impian kita.

1. Dato Seri Vida

Siapa yang tidak kenal dengan pengasas produk kecantikan Qu Puteh, iaitu Dato Seri Vida. Beliau sering popular dengan tagline ‘Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Puteh’. Beliau mempunyai 17 buah rumah di Perak dan beberapa buah rumah lagi di Kelantan.

Tahukah anda, salah satu rumah beliau bernilai hampir RM 20 juta. Cuba bayangkan sebuah rumah RM 20 juta, campur lagi dengan rumah-rumah yang lain pasti tak tercapai akal kita bayangkan harganya.

Tidak dinafikan bahawa kekayaan Dato Seri Vida ini melimpah ruah dan memang banyak sangat. Cuba tengok dia punya ‘tiara’, setiap satunya berharga beratus-ratus ribu!

2. Dato Aliff Syukri

Sebut sahaja nama Dato Aliff Syukri, pasti kita akan teringatkan lagu nyanyiannya iaitu Bobo Di Mana, Coba Bahagia dan juga Abang Nak Tegur. Pada mulanya, Dato Aliff Syukri terkenal dengan produk kosmetiknya, iaitu D’herb. Namun atas hasil perniagaannya, beliau menjadi seorang usahawan selebriti yang terkenal.

Dikatakan rumahnya menelan belanja mencecah belasan ribu ringgit. Tema rumah beliau dikatakan mengikut tema ala-ala Bollywood.

3. Datuk Aznil Haji Nawawi

Penghibur serba boleh ini tidak perlu kita perkenalkan lagi, iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi. Datuk Aznil ini seorang yang menekankan corak dalaman rumahnya. Perabot-perabotnya disusun dengan kemas ibarat istana tau!

Pengacara televisyen rancangan ‘Tom-Tom Bak’ suatu ketika dahulu ini juga menekankan keselesaan dalaman rumahnya. Ruang khas untuk solat juga telah disediakan oleh beliau. Hebat sungguh inspirasi rumah pak nil ini.

4. Datuk Seri Siti Nurhaliza

Penyanyi kelahiran negeri Pahang, Datuk Seri Siti Nurhaliza juga tidak kurang hebatnya dalam memiliki rumah mewah. Kekayaannya tidak boleh dinafikan lagi apatah lagi beliau merupakan penyanyi nombor satu negara.

Beliau mempunyai empat buah banglo, iaitu di Cameron Highland, Kuala Lipis, Cheras dan juga di Bukit Antarabangsa. Setiap banglo tersebut memang mewah yang amat.

5. Dato’ Chef Wan

Tukang Masak nombor satu negara iaitu Dato’ Chef Wan juga memiliki rumah yang sangat cantik. Sofa beliau juga telah ditempah khas dari New York tau! Harga rumah beliau dikatakan mencecah RM 4 juta. Rumah Dato’ Chef Wan juga merupakan salah satu rumah selebriti Malaysia yang sangat mengagumkan.

Kesimpulannya, banyak lagi rumah selebriti yang mewah dan sangat mengagumkan di Malaysia. Pastinya pendapatan mereka juga mencecah jutaan ringgit.  Harapnnya pendapatan yang diterima tu dah dilapor yang sebetulnya dekat LHDN.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

1 Comment

  1. Rumah di dunia sudah begitu bagusnya, apalagi di akhirat. Di akhirat satu penghuni surga mendapat rumah seluas 6 mil dari berlian yang diukir…wow banget ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman