Ini Cara Twitter Menjana Pendapatan

Siapa tak kenal Twitter, syarikat media sosial yang diasaskan hampir 14 tahun yang lalu, kini berada di seluruh dunia. Ia juga adakalanya disebut sebagai tweet bagi menggambarkan ciapan yang dibuat oleh pengguna dalam akaun twitter mereka.

Terkenal dengan tweet berita yang dikongsi oleh ahli politik dan selebriti, itulah antara input yang sering menjadi perhatian masyarakat pada aplikasi Twitter ini. Satu kelebihan Twitter adalah ia sering menjadi pilihan untuk seseorang membuat mesej berangkai kerana memudahkan audiens membaca perkongsian mereka.

Trump antara pengguna tegar Twitter

Fakta menarik yang anda perlu tahu adalah Presiden Trump adalah antara pengguna tegar Twitter. Mana taknya, segala dasar dan keputusan kerajaan akan beliau terbitkan di Twitter terlebih dahulu. Akaun rasmi beliau adalah antara sumber maklumat terpantas untuk pasaran mendapatkan info kerajaan terkini dan sering menyebabkan huru hara di pasaran Wall Street.

Twitter juga menyediakan platform untuk berjuta-juta pengguna bagi menerbitkan pemikiran mereka, berinteraksi, berkongsi kandungan dan membaca berita terkini. Platform ini bebas digunakan untuk individu dan perniagaan.

Sebaik sahaja pengguna telah membuat akaun, mereka boleh menghantar mesej atau dipanggil twit atau ciapan dalam bahasa melayu. Segala mesej akan diedarkan secara automatik kepada pengikut akaun twitter anda.

Twitter membahagikan pendapatannya ke dalam dua kategori iaitu penjualan perkhidmatan pengiklanan, yang merupakan sebahagian besar pendapatan syarikat, pelesenan data dan juga perkhidmatan lain.

Pesaing utama Twitter termasuk syarikat gergasi media sosial lain seperti Facebook, Inc. (FB) dan Alphabet, Inc. (GOOG).

Prestasi Kewangan Twitter

Pada tahun 2019, Twitter menjana pendapatan bersih USD 1.5 bilion, naik kira-kira 25% daripada $ 1.2 bilion pada tahun 2018. Baru-baru ini, pendapatan meningkat kepada USD 1.0 bilion dari tahun ke tahun (YoY), naik daripada USD 0.9 bilion pada Q4 2018. Walau bagaimanapun, Q4 2019 juga menyaksikan penurunan YoY dalam pendapatan bersih berbanding Q4 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey

Segmen Perniagaan Twitter

Twitter mempunyai segmen operasi dan struktur pelaporan tunggal. Walau bagaimanapun, dalam pelaporan kewangan, syarikat itu memisahkan pendapatannya ke dalam dua kategori iaitu Perkhidmatan Pengiklanan, Pelesenan Data dan lain-lain.

Perkhidmatan Pengiklanan

Pengiklanan menghasilkan kira-kira USD 3.0 bilion, atau hampir 86.5%, pendapatan Twitter. Pendapatan segmen meningkat 14.4% peningkatan dari tahun ke tahun. Twitter menjana sebahagian besar hasil pengiklanannya dengan menjual produk yang dipromosikan oleh mereka sendiri.

Ia termasuklah tweet yang dipromosikan, akaun dan trend yang digalakkan kepada pengiklan.

Twitter mewujudkan peluang pengiklanan yang disesuaikan dengan algoritma bagi memastikan produk yang dipromosikan kepada pengguna adalah pada waktu yang tepat. Pengiklan juga mempunyai pilihan untuk membayar iklan video dalam aliran yang dihantar kepada khalayak sasaran atau menaja kandungan video dari rakan kongsi.

Walaupun sebahagian besar pendapatan dari perkhidmatan pengiklanan pada 2019 dihasilkan melalui platform milik dan pengendalian Twitter, sebahagian kecil daripada iklan produk Twitter yang dijual juga diletakkan di laman web, aplikasi dan tawaran lain dari penerbit pihak ketiga.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA