Kisah Wanita dan Wang

“A woman’s best protection is a little money of her own.”

– Clare Booth Luce, American Author and US Ambassador

Memetik petikan kata-kata daripada Clare Booth Luce. Wanita, anda perlu ada wang sendiri walaupun sedikit. Perlu ada rasa tidak selamat walaupun kini sedang dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

Kerana apa?

Kerana langit tidak selalunya cerah. Sangat perlu kita sediakan payung sebelum hujan.

Kita boleh terapkan jiwa ini kepada anak gadis kita semenjak mereka kecil. Supaya mereka boleh berdikari dan kuat menghadapi segalanya.

Sebagai ibu bapa mahupun penjaga kepada anak perempuan. Perlu berikan pendidikan dan kemahiran secukupnya untuk mereka.

Ubah stigma di mana anak perempuan tidak perlu belajar tinggi. Tidak perlu belajar memandu mahu pun tidak perlu bekerja dan memiliki aset sendiri.

Kita Perlu Ubah Mentaliti

Tidak semua orang mempunyai minat yang sama. Ada yang mampu menamatkan pelajaran dan bekerja di sektor kerajaan mahu pun swasta. Dan memegang pelbagai jawatan sebagai pekerja dan juga berada di tampuk pengurusan tertinggi sesebuah syarikat atau organisasi.

Kita ambil contoh beberapa wanita di Malaysia yang memegang jawatan CEO, COO, Co-Founder dan bermacam-macam lagi. Ada yang berjaya meneruskan pembelajaran di universiti dan kolej di dalam dan luar negara seperti Tan Sri Dato’ Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang merupakan mantan gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan juga Group Chairman Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Selain daripada itu, kita juga ada Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz yang merupakan CEO AmInvestment Bank dan juga Managing Director Ambank Group’s Wholesale Bank, Datin Vivy Yusof yang merupakan ikon fesyen dan juga co-founder The FashionValet Group serta Chief Creative Director Fashion Valet.

Ramai Wanita Yang Berjaya

Ada juga yang lebih berminat menjana pendapatan daripada bidang kemahiran dan hobi sendiri, dan mereka berjaya menjana pendapatan sendiri dan meluaskan empayar perniagaan.

Gambar : Kosmo

Sebagai contoh Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang memulakan kerjaya beliau dalam bidang nyanyian. Ada yang menjadikan nyanyian sebagai hobi tetapi buat beliau, ia umpama kerjaya yang perlu diberi fokus dan hasilnya beliau sudah merangkul hampir 300 anugerah di dalam dan luar negara.

Masih meneruskan kerjaya nyanyian namun mengembangkan sayap ke dalam bidang perniagaan iaitu SimplySiti.

Ada juga bermula dengan benang dan jarum, mengambil tempahan dan mengumpul modal untuk memulakan bisnes lain iaitu Puan Faiza Bawumi Sayed Ahmad, yang merupakan pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn Bhd.

Tabah Menghadapi Cabaran

Wanita lain yang cekal menghadapi dugaan hidup seperti mengharungi proses perceraian, mempunyai anak yang ramai dan perlu menyara hidup sekeluarga. Puan Rozita Ibrahim yang tidak mempunyai pendidikan yang tinggi, namun berkat hasil usaha gigih bekerja sebagai seorang penoreh getah, pekerja kilang, penyambut tetamu dan menjalankan perniagaan jalan langsung; akhirnya berjaya menjadi jutawan dengan menjual produknya sendiri iaitu Sendayu Tinggi.

Seorang lagi wanita yang telah kehilangan bapa dan menjadi anak yatim ketika usia 9 tahun, kemudian ibunya perlu menjual tanah bernilai RM13,000 hanya untuk anak perempuannya dapat melanjutkan pelajaran. Beliau berjaya menamatkan Doktor Falsafah (PhD) Biologi di Universiti Monash dan pernah menjadi pendidik juga. Terkenal dengan tagline ‘Qu Putih’, beliau adalah jutawan wanita Datuk Seri Dr Hajjah Hasmizah Othman atau DS Vida.

Ini adalah beberapa contoh nyata wanita yang mampu berdiri di atas kaki sendiri, samaada mempunyai latar belakang pendidikan yang lengkap mahupun serba kekurangan.

Paling Penting, Ada Sikit Pun Kita Simpan

Dan buatlah sesuatu yang mampu beri pulangan yang baik di kemudian hari…

Artikel ditulis oleh Puan Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.