Syarikat Big Hit Entertainment Guna Falsafah Amazon Bagi Menjadikan Kumpulan BTS, Kumpulan Paling Popular Di Dunia

Industri hiburan merupakan salah satu industri yang terbesar daripada segi revenue setiap tahun. Di antara industri  yang menarik minat orang ramai adalah industri perfileman, permainan video dan juga industri muzik.

Industri muzik telah menjana pendapatan yang luar biasa kepada penggiat seni yang berkecimpung di dalamnya. Kita tidak boleh lari daripada muzik barat terutamanya dari Amerika Syarikat yang telah sekian lama menguasai pasaran muzik dunia. Ramai artis dari negara barat yang menjadi rujukan artis-artis di seluruh dunia terutamanya kita yang berasal dari Asia.

Kini industri muzik di Asia telah mendapat tempat di kalangan peminat diseluruh dunia terutamanya Korea Selatan. Ianya merupakan negara yang paling terkedepan dalam membawa muzik mereka ke seluruh dunia berbanding dengan negara Asia yang lain.

Di Korea Selatan, ada tiga syarikat rakaman utama yang bertaraf antarabangsa dengan artis rakaman mereka diterima di peringkat antarabangsa. Mereka adalah syarikat SM Entertainment, YG Entertainment dan Big Hit Entertainment.

Di antara ketiga syarikat rakaman yang berpengaruh di Korea Selatan, Big Hit Entertainment merupakan syarikat yang paling baru di dalam industri hiburan negara tersebut dan yang paling cepat meningkat naik.

Bang Si-hyuk, Kredit Gambar: Big Hit Entertainment

Syarikat Big Hit Entertainment merupakan syarikat yang diasaskan oleh Bang Si-Hyuk yang merupakan seorang komposer terkenal di Korea Selatan. Dalam tempoh 15 tahun sahaja, syarikat ini mampu menjadi di antara syarikat top three di Korea Selatan.

Big Hit Entertainment sesungguhnya memang popular dalam menghasilkan artis, dan artis yang paling popular yang bernaung dibawah syarikat ini adalah kumpulan BTS. Kumpulan ini telah diisytiharkan sebagai kumpulan lelaki yang paling popular di dunia dan berjaya menembusi pasaran muzik di Amerika Syarikat.

Semua ini tidak berlaku secara kebetulan tetapi strategi yang dilakukan oleh Bang Si-Hyuk ini patut dijadikan panduan kepada usahawan yang ingin berjaya seperti dirinya. Beliau mengaku bahawa dirinya tidak banyak membaca buku seperti usahawan lain tetapi terkesan dengan falsafah perniagaan yang dibuat oleh lelaki terkaya di dunia pada ketika ini iaitu Jeff Bezos.

Bang Si-Hyuk amat tertarik dengan pendekatan yang dilakukan oleh Jeff Bezos yang menjadikan pelanggan mereka sebagai fokus utama perniagaan. Kepuasan pelanggan merupakan teras utama di dalam model perniagaan Syarikat Amazon.

Beliau kini menggunakan pendekatan tersebut dan mengaplikasikanya di dalam industri muzik.

Kredit Gambar: Insider

Beliau memberikan layanan yang luar biasa terhadap peminat artis di bawah syarikat mereka terutamanya kumpulan BTS yang mempunyai peminat setia yang dikenali sebagai ARMY.

Di antara pendekatan yang diambil oleh Big Hit Entertainment adalah mengumpul data maklumat peminat mereka di dalam sebuah aplikasi. Dengan adanya data peminat ini, hubungan di antara artis dan peminat menjadi semakin rapat.

Mereka juga dapat menjual barangan berkaitan artis pujaan mereka dengan mudah. Dengan fokus kepada peminat berbanding dengan pesaing, mereka telah berjaya menjadikan kumpulan BTS menembusi pasaran Amerika Syarikat.

BTS juga dapat menarik minat rakyat Amerika Syarikat meminati muzik dari Asia yang sebelum ini kurang popular. Dengan sambutan yang luar biasa terhadap kumpulan BTS, Big Hit Entertainment telah berjaya memperolehi pendapatan dua kali ganda dalam masa setahun dari tahun 2018 ke tahun 2019.

Syarikat ini bakal mengapungkan saham mereka di pasaran Korea Selatan pada tahun ini. Hasil daripada IPO tersebut, Bang Si-Hyuk akan menjadi seorang bilionaire dan anggota kumpulan BTS bakal menjadi jutawan hasil daripada penyenaraian saham syarikat tersebut.

Sumber Rujukan: CNBC

Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Facebook, Google, Apple dan McDonalds yang patuh syariah? Jangan lepaskan peluang ini.

SEKEJAP, INI FAKTA KENA TAHU

1. Harga saham Tesla milik Elon Musk, dah naik lebih daripada 700% dalam masa setahun ni.

2. Tak perlu mula dengan modal besar. Ramai kata saham-saham dekat Wall Street tu mahal tetapi mereka semua tak tahu minimum kena beli 1 unit sahaja. Jadi contohnya kalau nak beli saham Twitter modal yang kena keluar hanyalah RM185.

3. Kalau nak tahu, market US ada hampir 10,000 saham, 519 daripadanya adalah patuh syariah.

4. Pasaran saham dekat Bursa Malaysia tak sama dengan Wall Street. Tetapi yang confirm sama adalah dua-dua boleh buat untung atau rugi.

WEBINAR SAHAM WALL STREET
24-25 Oktober 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Speaker: Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)

Alhamdulillah seminar ini mendapat kerjasama Islamicly dan CGS-CIMB Securities. Belajar secara santai dari rumah untuk 2 hari berturut-turut melalui aplikasi Zoom.

Cepat rebut harga promosi. Klik >>SINI untuk maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.