Microsoft Bakal Mengambil Takhta Sony Dalam Konsol Permainan Video Pada Masa Akan Datang

Sebut sahaja konsol permainan video, kita tidak boleh lari daripada memetik dua nama syarikat gergasi yang mengusai pasaran dunia, iaitu Sony dan Microsoft. Kedua-duanya merupakan syarikat yang paling popular dalam menyediakan konsol permainan yang berdefinisi tinggi kepada pelanggan mereka.

Syarikat ini telah bersaing dengan begitu sengit di dalam pasaran konsol permainan video sejak dua dekad yang lepas. Selain daripada Sony dan Microsoft, Nintendo juga merupakan pengeluar syarikat permainan tetapi konsol permainan video yang dikeluarkan oleh Nintendo itu tidak dapat menyaingi kehebatan konsol kedua pengeluar ini.

Syarikat Sony merupakan syarikat yang pertama mempopularkan konsol permainan video yang menggunakan teknologi tiga dimensi di dunia. Sebelum syarikat ini mengeluarkan konsol permainan video, industri konsol ini di kuasai oleh Sega dan Nintendo. Dengan pelancaran PlayStation pada tahun 1995 oleh Sony, ia telah memecah dominasi dunia konsol permainan video.

Penjualan Sega Saturn mengalami kemorosotan yang amat teruk sekali kerana tidak dapat bersaing dengan PlayStation. Sony kemudiannya telah menguasai pasaran sehinggalah awal abad ke-21 apabila Microsoft telah hadir untuk mencabar dominasi Sony ini.

Kredit Gambar: The Verge

Microsoft yang mengeluarkan konsol pertamanya yang diberi nama Xbox untuk bersaing dengan PlayStation. Microsoft telah mengeluarkan sendiri konsol mereka disebabkan Sony tidak mahu bekerjasama dengan Microsoft dalam membangunkan permainan video tersebut.

Bill Gates yang pada masa itu mengambil keputusan untuk menghasilkan konsol mereka sendiri setelah mendapat penolakan terhadap pelawaan beliau kepada Sony.

This image has an empty alt attribute; its file name is Microsoft-Bakal-Merebut-Takhta-Sony-Dalam-Konsol-Permainan-Video-Pada-Masa-Akan-Datang3-700x394.jpg
Kredit Gambar: Slashgear

Dan sepanjang dua dekad di dalam pasaran, Sony ternyata berjaya menewaskan Microsoft daripada segi penjualan unit konsol mereka. Ini kerana ramai peminat konsol meminati PlayStation kerana lebih banyak permainan yang disediakan oleh konsol tersebut berbanding dengan Xbox.

Kini, cara permainan konsol sudah berubah. Pihak Microsoft sedar mereka tidak mampu untuk menewaskan Sony daripada segi penjualan konsol. Mereka telah menukar strategi yang bakal menyekat penguasaan Sony di dalam dunia permainan video.

Di era moden ini, kejayaan konsol permainan video tidak hanya terletak kepada jumlah bilangan konsol yang dijual tetapi kepada bilangan para  pemain yang menggunakan platform mereka. Oleh yang demikian, sejak kebelakangan ini, pihak Microsoft telah membeli banyak studio yang menghasilkan permainan popular bagi platform mereka.

Tujuannya adalah untuk menyediakan permainan video melalui teknologi cloud.

Mereka membangunkan perkhidmatan gaming secara di atas awan yang kini sedang berkembang pesat. Pada masa akan datang, pemain hanya perlu membayar yuran langganan untuk bermain secara online. Microsoft sedang memperkuatkan pembangunan teknologi awan untuk konsol mereka pada masa hadapan.

Kredit Gambar: Medium

Penganalisis percaya bahawa pada masa akan datang, Microsoft tidak lagi bersaing dengan pihak Sony di dalam dunia permainan video tetapi bersaing dengan Google yang memperkenalkan konsep yang sama iaitu Google Stadia, Amazon dengan Amazon Luna, Nvidia dengan Nvidia GeForce Now, dan Apple dengan Apple Arcade. Kesemua mereka menggunakan teknologi awan untuk permainan video mereka.

Microsoft telah melabur sejumlah wang yang besar bagi membangunkan teknologi ini. Sony hanya mempunyai 2 juta pelanggan yang menggunakan platform mereka manakala Microsoft mempunyai seramai 15 juta pelanggan yang bakal mendominasi dunia permainan video pada masa akan datang.

Microsoft mempunyai modal pelaburan yang sangat tinggi berbanding dengan Sony dan telah mempunyai teknologi simpanan awan yang sedia yang mampu memberi kelebihan.

Sony bakal hilang dominasi di dalam dunia permainan video jika tidak bertindak membangunkan teknologi awan yang dilihat sebagai teknologi baru permainan konsol di masa hadapan.

Sumber Rujukan: https://www.businessinsider.com/playstation-xbox-console-wars-end-microsoft-sony-2020-1

Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Facebook, Google, Apple dan McDonalds yang patuh syariah? Jangan lepaskan peluang ini.

SEKEJAP, INI FAKTA KENA TAHU

1. Harga saham Tesla milik Elon Musk, dah naik lebih daripada 700% dalam masa setahun ni.

2. Tak perlu mula dengan modal besar. Ramai kata saham-saham dekat Wall Street tu mahal tetapi mereka semua tak tahu minimum kena beli 1 unit sahaja. Jadi contohnya kalau nak beli saham Twitter modal yang kena keluar hanyalah RM185.

3. Kalau nak tahu, market US ada hampir 10,000 saham, 519 daripadanya adalah patuh syariah.

4. Pasaran saham dekat Bursa Malaysia tak sama dengan Wall Street. Tetapi yang confirm sama adalah dua-dua boleh buat untung atau rugi.

WEBINAR SAHAM WALL STREET
24-25 Oktober 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Speaker: Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)

Alhamdulillah seminar ini mendapat kerjasama Islamicly dan CGS-CIMB Securities. Belajar secara santai dari rumah untuk 2 hari berturut-turut melalui aplikasi Zoom.

Cepat rebut harga promosi. Klik >>SINI untuk maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

TP-Link Dan UiTM Bekerjasama Tangani Jurang Bakat Rangkaian Enterprise

SHAH ALAM – TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. (“TP-Link Malaysia”) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) strategik bagi melengkapkan pelajar dengan kemahiran rangkaian yang relevan dengan industri, pengalaman praktikal enterprise serta pensijilan bertaraf global.

Kerjasama selama tiga tahun ini direka untuk merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dan keperluan sebenar industri, membolehkan pelajar UiTM menamatkan pengajian dengan keupayaan praktikal yang selari dengan keperluan semasa enterprise, sekali gus mengukuhkan kolaborasi antara industri dan institusi pendidikan.

Di teras kerjasama ini ialah pelaksanaan penyelesaian rangkaian enterprise Omada oleh TP-Link di makmal UiTM, yang memberikan pendedahan langsung kepada pelajar terhadap infrastruktur yang sama digunakan dalam persekitaran perniagaan. Inisiatif ini turut disokong dengan program latihan berstruktur, bengkel teknikal serta akses kepada laluan pensijilan Omada Certified Network Administrator (OCNA).

Pelajar juga akan mendapat manfaat daripada peluang latihan industri dan praktikal bersama TP-Link, sekali gus membuka laluan yang lebih jelas daripada universiti ke alam pekerjaan dalam ekonomi digital Malaysia yang semakin berkembang.

Inisiatif ini membina kerjasama terdahulu TP-Link Malaysia dengan Universiti Malaya, di mana lebih 500 pelajar telah menyertai program pensijilan pada tahun 2025, menunjukkan permintaan tinggi terhadap kemahiran rangkaian dan pensijilan yang selari dengan kehendak industri.

Hugo Cai, Pengarah Serantau TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. berkata, “Dalam pelbagai industri, organisasi sedang memperluaskan infrastruktur digital mereka, namun ketersediaan profesional dengan kepakaran rangkaian enterprise tidak berkembang seiring. Kerjasama ini bertujuan merapatkan jurang tersebut dengan melengkapkan pelajar dengan kemahiran praktikal yang disokong pensijilan dan relevan dengan keperluan industri sejak hari pertama.”

“Memastikan graduan kami dilengkapi dengan pengetahuan akademik serta kemahiran praktikal yang relevan dengan industri adalah sangat penting dalam landskap digital yang berkembang pesat hari ini. Kerjasama seperti ini membolehkan kami menyelaraskan program dengan lebih dekat kepada kemajuan teknologi dan jangkaan industri,” tambah Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA.

Selain pembangunan bakat, kedua-dua organisasi juga akan meneroka inisiatif bersama dalam penyelidikan, perundingan dan perkongsian ilmu, sekali gus mengukuhkan kerjasama antara jurutera TP-Link dan tenaga pengajar UiTM.

Seiring Malaysia terus memperkukuh aspirasi ekonomi digital, inisiatif yang menghubungkan pendidikan dengan keperluan industri secara langsung akan memainkan peranan penting dalam memastikan negara kekal kompetitif dalam membangunkan serta mengekalkan infrastruktur digital moden.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian rangkaian enterprise Omada oleh TP-Link, sila layari:
https://www.omadanetworks.com/us/business-networking/consult/