3 Sistem Ekonomi Yang Ada

Di setiap negara, pemerintah akan sentiasa mengambil langkah untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara mereka. Contohnya di Amerika Syarikat, pemerintah mempengaruhi aktiviti ekonomi melalui dua dasar pendekatan, iaitu dasar monetari dan dasar fiskal.  

Melalui dasar monetari, pemerintah menggunakan kuasanya untuk mengatur penawaran dan permintaan wang menggunakan kaedah kadar atau interest rate

Melalui dasar fiskal, ia menggunakan kuasanya untuk mengenakan cukai bagi menampung perbelanjaan negara. Percayakah anda, melalui ekonomi juga ianya merupakan salah satu penentu jenis pemerintahan sesebuah kerajaan.

Jom kita tengok 3 sistem ekonomi yang ada.

1. Kapitalisme (Capitalism)

Walaupun kapitalisme sebenarnya adalah salah satu cabang ekonomi, namun kapitalis juga berfungsi untuk mendorong sistem pemerintahan dan kuasa politik sesebuah negara. Dalam sistem kapitalis, golongan pemerintah tidak menjalankan ekonomi.

Sebaliknya syarikat, perniagaan, pemilikan swasta dan sebagainya yang mengerakkan sesebuah negara. Walaupun Amerika Syarikat mempunyai sistem ekonomi campuran, namun ramai yang menganggap negara tersebut menjalankan sistem ekonomi kapitalis.

Contoh lain bagi negara yang mengamalkan sistem kapitalis adalah Switzerland, Hong Kong dan banyak lagi.

2. Sosialisme (Socialism)

Sosialisme dan komunisme pada asalnya terbentuk dan berasal darpadai cita-cita serta idea Karl Marx, dengan tujuan untuk membentuk masyarakat utopia tanpa kelas. Walaubagaimanapun, sosialisme sedikit berbeza berbanding komunisme yang menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuannya.

Sosialisme memberi penekanan untuk melakukan perubahan kecil dan melalui pembaharuan undang-undang. Selain daripada itu, jika dalam komunisme tidak dibenarkan untuk mempunyai harta persendirian, tetapi dalam sosialisme anda boleh memiliki harta persendirian.

Namun industri perniagaan akan diatur oleh pemerintah. Contoh negara yang mengamalkan sistem pemerintahan berdasarkan sosialisme ialah Algeria, Tanzania, dan sebagainya. Malaysia juga boleh dikelaskan dalam sistem sosialisme ini.

3. Komunisme (Communism)

Bila kita memikirkan pemerintahan yang dimiliki oleh negara China, maka kebanyakan dari kita akan mengatakan bahawa China mengamalkan sistem ekonomi dan pemerintahan komunis. Mungkin China layak dianggap sebagai salah satu contoh bingkisan sejarah yang sangat terkenal dengan pemerintahan Komunis.

Sungguhpun begitu, China moden yang dapat kita lihat pada hari ini, tidak semudah untuk melabel mereka sebagai komunis 100%. Jadi apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan komunisme?

Komunisme mengetengahkan idea, di mana semuanya dimiliki secara terbuka, bukannya peribadi seperti dalam kapitalisme. Usaha komunisme adalah untuk mewujudkan masyarakat tanpa kelas.

Sungguhpun begitu, kebiasaannya ia akan melalui revolusi komunisme yang ganas. Contoh lain bagi negara yang mengamalkan ekonomi komunisme seperti ini adalah Vietnam, Laos dan sebagainya.

Kesimpulannya di sini, tidak ada sistem pemerintahan berlandaskan ekonomi yang betul-betul sempurna. Masing-masing ada kelemahan dan kelebihan yang tersendiri.

Kadang-kadang pemerintahan kerajaan lebih elok seperti perisa ais krim, ‘lebih banyak perisa lebih sedap.’ Contohnya negara Amerika Syarikat, merupakan sebuah republik persekutuan dengan gaya pemerintahan demokratik dan sistem ekonomi kapitalis.

Apakah pendapat anda mengenai negara kita, Malaysia?

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

BNM, SC Selaraskan Keutamaan Strategik dalam Memajukan Kepimpinan Kewangan Islam Global Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) semalam telah melangsungkan mesyuarat sulung Panel Penasihat (MAP) Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

MAP, platform nasihat dan perundingan antara agensi, telah ditubuhkan untuk mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai pasaran global terkemuka dan pintu masuk antarabangsa untuk kewangan Islam.

Pada mesyuarat tersebut, ahli-ahli membincangkan peranan utama MAP untuk:

  • Menyediakan Panduan Strategik: Memperhalusi dan menyokong keutamaan strategik Rangkaian Perniagaan MIFC (MBN), platform yang dipimpin oleh industri bertujuan untuk memperkukuh  agenda kewangan Islam antarabangsa Malaysia dan usaha pembangunan perniagaan;
  • Menyelaraskan Keutamaan Negara: Memastikan inisiatif yang dipimpin industri mempunyai sumber yang mencukupi dan sejajar dengan strategi ekonomi negara yang lebih luas;
  • Memajukan Hasil Perniagaan: Membincangkan cabaran industri dan menyediakan cadangan yang boleh diambil tindakan untuk memangkin pertumbuhan yang lebih kukuh; dan
  • Memanfaatkan Peluang Global: Memanfaatkan pandangan kolektif untuk meningkatkan penyertaan antarabangsa dan kerjasama rentas sempadan.

MAP menyatukan agensi-agensi  utama kerajaan, badan kawal selia dan peneraju industri, dalam memastikan pendekatan yang holistik untuk memajukan agenda MIFC.

Dipengerusikan bersama oleh BNM dan SC, MAP terdiri daripada wakil daripada:

  1. Kementerian Kewangan
  2. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
  3. Bursa Malaysia
  4. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  5. Khazanah Nasional Berhad
  6. Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
  7. Permodalan Nasional Berhad
  8. Lembaga Tabung Haji
  • Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan
  • Tan Sri Azman Mokhtar (Business Envoy)
  • Tan Sri Abdul Wahid Omar (Business Envoy)

Penubuhan MAP bertepatan dengan peralihan rasmi Majlis Kepimpinan MIFC (MLC) ke dalam MBN. Evolusi ini menandakan peralihan ke arah pengawasan yang lebih besar yang dipimpin oleh industri, disokong oleh kerjasama erat antara sektor awam dan swasta.

Berteraskan asas yang didirikan oleh MLC, MBN akan memacu dan melaksanakan keutamaan strategik untuk membuka peluang perniagaan untuk Malaysia. Bagi mempercepatkan momentum ini, panduan dan sokongan MAP akan memainkan peranan penting dalam memangkinkan pertumbuhan Malaysia dan mengukuhkan kedudukannya sebagai hab kewangan Islam yang terhubung secara global.