4 Tips Pindah Rumah Buat Pasangan Pengantin Baru

Bagi pasangan yang baru berkahwin pastinya akan melalui fasa baru dalam hidup mereka. Mereka akan bersama-sama dalam membina sebuah kehidupan yang baru. Antara langkah pertama yang pastinya akan mereka lalui adalah dengan berpindah ke rumah baru.

Namun begitu, ia bukanlah satu perkara yang mudah.  Segala keperluan dan kelengkapan juga turut perlu dipersiapkan.

Ada juga sesetengah pasangan yang telah membuat persediaan awal. Banyak kos yang perlu diambil kira dan menelan belanja yang tinggi apabila melibatkan pindah rumah ini.

Berikut adalah 4 tips jimat pindah rumah untuk pasangan pengantin baru yang dapat saya kongsikan kepada pasangan pengantin baru dan juga yang bakal memulakan langkah membina masjid. Semoga ianya bermanfaat.

1. Membeli Barang 3 Bulan Awal

Apabila anda ingin berpindah masuk ke rumah baru, pastikan anda telah membuat persediaan 3 bulan awal sebelum memasuki rumah tersebut. Ini bagi memastikan anda tidak mengeluarkan belanja sekaligus ketika anda berpindah rumah nanti.

Contohnya di sini anda boleh membeli barang-barang keperluan penting seperti mesin basuh dan juga peti sejuk dengan lebih awal. Pada bulan pertama sebelum dari tarikh anda ingin pindah, anda boleh mulakan dengan membeli mesin basuh kemudian diikuti dengan peti sejuk pada bulan seterusnya.

2. Asingkan Keperluan Dan Kehendak

Buat perancangan rapi sebelum membeli barang-barang unuk diletakkan di rumah baru anda. Isi rumah anda dengan barang-barang yang menjadi keperluan anda terlebih dahulu.

Ini kerana, barang kehendak hanyalah sekadar tambahan dan sekiranya tidak dibeli pada ketika berpindah pun, ianya tak menjadi masalah.

Namun, kebiasaannya bagi pasangan pengantin baru, anda pastinya menerima banyak hadiah perkahwinan. Hadiah ini serba sedikit dapat mengurangkan bebanan anda untuk membeli barang – barang yang menjadi keinginan anda.

Misalnya anda inginkan sebuah set gelas dan cawan, tetapi anda telah menerima hadiah set tersebut. Ini memberikan penjimatan berganda untuk anda.

3. Banyakkan Menyimpan

Kadangkala, tinggal di rumah baru ini meletakkan anda pada situasi yang memerlukan anda untuk berbelanja lebih. Boleh jadi, berlaku kerosakan pada sinki ataupun paip hingga menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan kos untuk membaikinya.

Sebaiknya, anda menyimpan lebih awal untuk menghadapi risiko-risiko tersebut. Sekurang-kurangnya anda telah mempunyai persediaan kewangan lebih awal untuk menghadapi masalah ini.

Anda juga tidak perlu pening kepala meminjam duit daripada orang-orang sekeliling. Maklumlah baru saja selesai melangsungkan majlis perkahwinan yang menelan kos yang agak besar juga.

4. Menyediakan Bajet

Penting bagi anda untuk menyediakan bajet belanjawan bagi rumah anda. Cara ini dapat membantu anda membuat perbelanjaan rumah.

Bila dah duduk di rumah sendiri, keinginan untuk membeli barang-barang berada pada tahap yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi apabila melihat sebarang promosi barangan-barangan rumah.

Apa pun, jangan risau. Bawa bertenang dan rancanglah kewangan anda dengan bijak sambil menikmati kehidupan baru bersama dengan pasangan.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA