5 Langkah Untuk Bincang Tentang Kewangan Bersama Dengan Pasangan

Kita sering dengar masalah kewangan merupakan di antara punca utama pergaduhan di kalangan pasangan yang telah berumahtangga. Ada yang sampai bercerai-berai disebabkannya.

Sebenarnya kita tidak perlu berasa segan untuk berbincang mengenai kewangan dengan pasangan kita. Malah, ramai juga yang lebih gemar untuk berbincang perancangan masa depan daripada berbincang tentang perancangan kewangan.

Kita bukan sahaja boleh menunjukkan kasih sayang dan cinta kepada pasangan melalui perbuatan atau pun barang-barang berharga. Kita juga boleh menunjukkan keprihatinan kita jika kita mengambil berat tentang kewangan bersama-sama.

Sekali-sekala, cuba rancang “temujanji kewangan” yang romantik bersama pasangan anda.

Semasa temujanji ini, kita boleh menjadi lebih terbuka untuk berbincang tentang kewangan semasa, dahulu dan juga masa depan. Nampak seperti perbincangan yang serius dan tidak romantik, tetapi inilah yang penting untuk memastikan hubungan bersama pasangan kita lebih sihat.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak selesa untuk berbincang hal ini. Namun, perbincangan seperti ini menunjukkan yang kita sangat komited dan sedia memikul tanggungjawab dalam perkahwinan.

Untuk memulakan “temujanji romantik” anda, boleh gunakan tips di bawah:

1. Buat Penilaian Diri

Sebelum memulakan perbincangan, ambil sedikit masa untuk buat penilaian tahap kewangan peribadi masing-masing. Kita mesti boleh mengenal pasti matlamat kewangan kita dan apa yang telah kita lakukan seperti hutang, pendapatan dan juga simpanan.

Sediakan juga aspirasi dan perancangan masa depan yang hendak dicapai.

2. Sediakan suasana yang romantik

Buat sesuatu yang romantik walaupun temujanji ini melibatkan perbincangan yang serius. Jangan hanya disebabkan hendak membincangkan hal kewangan  kita tidak memilih tempat yang menarik untuk berbincang.

Pastikan lokasi pilihan selesa dan mempunyai privasi untuk kita dan pasangan. Di antara lokasi menarik yang boleh dipertimbangkan adalah seperti di tepi pantai, di kafe atau di restoran.

3. Rancang Apa Yang Hendak Dibincangkan

Apabila hendak berbincang hal yang melibatkan kewangan, selesaikan hal yang paling sukar dahulu iaitu memikirkan topik yang hendak dibincangkan. Mulakan dengan hal-hal yang mungkin membimbangkan dan beritahu pasangan idea untuk menyelesaikannya.

Perbincangan boleh diteruskan dengan kemungkinan untuk bertukar kerja, berpindah tempat tinggal, perancangan keluarga, kos perubatan dan sebagainya.

Pastikan pasangan memahami perancangan kewangan, sama ada kewangan sendiri atau kewangan yang dikongsi bersama.

4. Rancang Temujanji Susulan

Selepas selesai temujanji yang pertama, rancang untuk yang seterusnya. Keajaiban hanya akan berlaku apabila temujanji kewangan dilakukan secara berterusan.

Dengan cara ini, kita boleh memastikan perkembangan kewangan kita untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

5. Raikan kejayaan

Usaha untuk kesejanteraan kewangan kita bukanlah sesuatu yang mudah. Dan perlu diingatkan kita tidak mencapai matlamat kewangan kita secara bersendirian. Raikan kejayaan bersama pasangan apabila kita telah berjaya mencapai apa yang diinginkan.

Lakukan aktiviti seperti menonton wayang ataupun melancong bersama pasangan. Puji usaha pasangan kita untuk memberi semangat kepada mereka.

Ditulis oleh Abang Yazree Hazwan. Penulis merupakan seorang Eksekutif di sebuah syarikat penyelidikan pasaran di Malaysia. Mempunyai pengalaman dalam bidang insurans/reinsurans di syarikat reinsurans tempatan.

Sumber Rujukan: https://www.forbes.com/sites/forbesfinancecouncil/2020/02/27/dont-shy-away-from-discussing-finances-with-your-partner-plan-a-money-date/#7cd97bd85b0a

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.