5 Perkara Yang Boleh Kita Buat Untuk Bersih & Cantikkan Rekod CCRIS

Memiliki rekod CCRIS atau Central Credit Information System yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

Jadi apa yang perlu anda lakukan jika mahu membersihkan rekod CCRIS ini?

1. Gabungkan Kesemua Hutang dan Buat Pembayaran Bulanan Secara Automatik

Apa kata anda gabungkan kesemua hutang anda. Dengan cara ini, anda lebih mudah untuk memantau bayaran balik hutang anda itu.

Untuk lebih mudah lagi, lakukan kaedah pembayaran secara auto-debit dengan menetapkan tarikh pembayaran pinjaman sejurus setelah anda menerima gaji.

Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan diri daripada terlupa atau terbelanja duit gaji sebelum menjelaskan hutang penting.

2. Utamakan Tunggakan

Disiplinkan diri anda untuk menyelesaikan tunggakan hutang yang anda miliki. Kawal diri anda daripada berbelanja lebih untuk perkara-perkara yang tidak penting seperti makan di luar, membeli barangan mewah dan sebagainya.

Bila anda dapat bonus pula, gunakan duit bonus ini untuk melangsaikan hutang-hutang anda. Dengan cara ini, anda dapat membebaskan diri daripada rekod CCRIS yang negatif.

3. Cari Pendapatan Kedua

Kalau anda rasa susah untuk menyelesaikan tunggakan kerana masalah gaji tak cukup, apa kata kalau anda cuba untuk melakukan kerja part time.

Lakukan pekerjaan yang anda minat. Anda boleh jadikan hobi atau kemahiran yang anda miliki untuk buat duit.

Contohnya sebagai jurugambar, penulis, menjual produk homemade dan sebagainya. Kalau tak ada idea, boleh google di internet untuk mencari idea pekerjaan part time yang sesuai dengan anda.

Anda bukan sahaja dapat melangsaikan hutang tetapi juga boleh meningkatkan taraf hidup anda.

4. Bincang Dengan Pihak Bank

Jangan pernah malu untuk berbincang dengan pihak bank kalau anda rasa sukar untuk membuat bayaran balik secara ansurans itu. Mungkin pihak bank boleh mempertimbangkan untuk menjadualkan semula bayaran balik tersebut.

Kalau mereka tak bersetuju pun, at least anda telah menunjukkan komitmen anda untuk melangsaikan tunggakan. Mungkin mereka boleh menawarkan kaedah lain yang sesuai untuk anda.

Yang paling utama sekali, sebelum membuat apa juga pinjaman, anda perlu memastikan terlebih dahulu yang anda mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman tersebut.

5. Pinjaman Koperasi

Jika anda seorang kakitangan kerajaan dan juga mempunyai tunggakan pinjaman yang agak besar, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk mengambil pinjaman koperasi.

Tapi janganlah anda pinjam terlalu banyak, takut nanti bertambah pula beban hutang anda itu. Pinjam sekadar cukup untuk melangsaikan tunggakan supaya nama anda bebas daripada senarai hitam CCRIS.

Proses kelulusan untuk pinjaman koperasi juga lebih longgar berbanding bank biasa. Kaedah pembayaran untuk pinjaman koperasi juga lebih mudah iaitu melalui potongan gaji.

Sumber Rujukan: Direct Lending

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA