Kisah Bagaimana Porsche Berjaya Menentang Short-Selling Yang Dilakukan Terhadap Volkswagen

Pada awal tahun ini, kita telah disajikan dengan peristiwa di mana komuniti Reddit telah bertarung di dalam pasaran Wall Street menentang hedge fund, di mana akhirnya pihak hedge fund telah mengalami kerugian yang sangat besar.

Peristiwa tersebut telah memberi gambaran yang jelas kepada orang ramai apa yang dimaksudkan dengan perbuatan short-selling dalam saham yang sebelum ini mungkin mereka hanya tahu melalui pembacaan sahaja.

Baca: Robinhood, Tersepit Di Antara Pelabur Runcit Dan Hedge Fund Dalam ‘Perang GameStop’

Sebelum peristiwa GameStop terjadi, peristiwa yang hampir sama juga pernah berlaku di Eropah. Peristiwa di mana sebuah syarikat pengeluar kenderaan mewah iaitu Porsche, pernah melakukan perkara yang sama seperti komuniti Reddit menentang hedge fund yang akhirnya berjaya mendapat keuntungan daripada peristiwa tersebut.

Krisis Subpirime 2008 Menyebabkan Volkswagen Hampir Muflis

Krisis subprime yang berlaku di Amerika Syarikat telah menular ke Eropah. Bukan setakat industri perbankan sahaja yang terjejas dengan peristiwa ini, malah industri auotomotif juga terjejas teruk kerana pembelian kenderaan bagi seseorang individu berkait rapat dengan sistem perbankan.

Banyak gergasi automotif dunia yang hampir muflis, termasuklah Volkswagen. Sedangkan pada ketika itu, mereka merupakan syarikat pengeluar kenderaan terbesar di Eropah.

Kredit Gambar: DW

Ketika krisis ini berlaku, Volkswagen hampir muflis disebabkan krisis kewangan yang berlaku di Jerman pada ketika itu. Ramai yang berpendapat bahawa saham Volkswagen akan jatuh kerana mereka tidak mampu menjual kenderaan mereka ketika krisis ekonomi melanda dunia.

Perkara ini telah menarik perhatian hedge fund di Eropah yang merancang untuk melakukan short-selling terhadap saham Volkswagen kerana peluang untuk saham syarikat tersebut jatuh adalah tinggi.

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Pada Oktober 2008 ketika saham syarikat itu dijangka jatuh, anak syarikat Volkswagen iaitu Porsche telah dapat menghidu tindakan yang dilakukan oleh hedge fund dan bertindak membeli saham Volkswagen dengan begitu banyak sekali.

Kredit Gambar: Mox Reports

Akibatnya, saham Volkswagen yang sepatutnya jatuh telah meningkat naik dengan mendadak dalam tempoh dua hari sahaja. Ianya naik daripada paras €210.85 ke paras melebihi €1,000.

Ini menyebabkan pihak hedge fund yang melakukan short-selling terhadap saham Volkswagen telah mengalami kerugian sebanyak USD30 bilion akibat daripada tindakan Porsche.

Kesan Tindakan Porsche Terhadap Volkswagen

Volkswagen telah berjaya menjadi syarikat automotif terbesar dunia untuk tempoh satu hari disebabkan tindakan yang dilakukan oleh Porsche. Walaupun terdapat kejayaan di sebelah pihak Volkswagen, terdapat juga kisah sedih yang berlaku kepada bilionaire Jerman yang bernama Adolf Merckle.

Beliau merupakan salah seorang yang melakukan short-selling terhadap saham Volkswagen dan mengalami kerugian yang besar yang menyebabkan beliau kehilangan harta yang dimilikinya.

Disebabkan perkara tersebut, beliau telah mengambil keputusan membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan yang dia telah kehilangan hampir keseluruhan hartanya.

Kenapa Porsche Tidak Berjaya Memiliki Volkswagen?

Walaupun Porsche memilki sebahagian besar saham Volkswagen, syarikat tersebut masih tidak menguasai hala tuju syarikat Volkswagen. Ini kerana Volkswagen dimiliki oleh kerajaan Jerman yang mempunyai kuasa veto dalam menetukan hala tuju syarikat tersebut.

Ianya telah termaktub di dalam perjanjian yang dimenterai oleh Volkswagen dengan kerajaan Jerman pada dekad 1960-an.

Walaupun Porsche masih lagi menjadi anak syarikat Volkswagen, jenama tersebut lebih popular daripada Volkswagen.

Begitulah pentingnya peranan yang dimainkan oleh Porsche dalam menyelamat Volkswagen ketika krisis kewangan 2008 dan seterusnya menjadikan Volkswagen salah sebuah pengeluar kenderaan terbesar dunia di belakang Toyota.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.