Sub Topik
Syarikat Sekuriti atau juga dikenali sebagai Securities Company merupakan sebuah syarikat atau organisasi yang terlibat dalam pasaran modal yang menguruskan transaksi pelaburan.
Jangan keliru pula syarikat sekuriti dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan ‘pak guard’ ya. Kerana selalu sangat orang yang tak berapa tahu tentang industri kewangan dan pelaburan di Malaysia, akan tersilap.
Disebabkan inilah kita sebagai seorang pelabur, kena tahu syarikat sekuriti dan fungsi mereka. Kerana tanpa syarikat sekuriti, tak mungkin sesuatu transaksi pelaburan akan berjaya.
Apakah Syarikat Sekuriti?
Merupakan syarikat sekuriti yang mengurus dan membantu dalam urusan berkaitan pelaburan, saham serta menjadi perantara jual beli (broker). Terdapat 2 jenis syarikat sekuriti yang harus anda tahu dengan fungsi yang berbeza.
2 Jenis Syarikat Sekuriti Dan Fungsinya

1. Syarikat Sekuriti (Discount Broker)
Syarikat Sekuriti Diskaun Broker adalah syarikat yang menjadi orang tengah untuk jual beli (broker) kepada pelabur. Ia bukanlah sebuah badan penasihat atau organisasi yang menetapkan strategi perniagaan pelabur, namun ia hanya menurut arahan daripada pelabur untuk melaksanakan tanggungjawabnya.
Sebagai contoh, syarikat sekuriti akan menyiapkan laporan pembelian dan penjualan.
2. Syarikat Sekuriti (Full Service Broker)
Tahukah anda, Syarikat Sekuriti Full Service Broker ini menawarkan perkhidmatan penuh kepada pelabur? Syarikat sekuriti juga bertindak sebagai perantaraan jual beli, malah mereka juga menyediakan khidmat nasihat berkaitan pelaburan.
Ia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu pemerhatian, penyelidikan serta analisis pasaran. Mereka juga akan memberi cadangan dalam seperti pemilihan portfolio dan risiko pengurusan.
Ciri-Ciri Syarikat Sekuriti

Terdapat beberapa ciri syarikat sekuriti yang harus anda tahu supaya tidak berlaku masalah di kemudian hari. Penting juga untuk kita tahu agar urusan pelaburan saham berjalan lancar dan lebih selamat.
1. Mempunyai Lesen Yang Sah
Syarikat perlulah mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan operasi mereka di Malaysia. Di sini, kita ada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang berperanan mengawal fungsi kawal selia perkara yang berkaitan bursa serta meningkatkan pembangunan sekuriti Malaysia.
Baca: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Dan Peranannya.
2. Keupayaan Penyelidikan
Syarikat sekuriti perlu ada sebuah unit penyelidikan dan penganalisis yang efektif serta berkualiti dalam menjalankan penyelidikan. Mereka yang melakukan banyak kajian dan analisis yang tepat sering dianggap sebagai syarikat sekuriti yang berkualiti.
3. Modal dan Kecairan
Transaksi dan urusan anda juga dipengaruhi oleh modal sekuriti sesebuah syarikat sekuriti. Semakin banyak modal, semakin kuat syarikat sekuriti tersebut dan lebih banyak aktiviti perniagaan yang dapat dijalankan oleh mereka.
Sumber Rujukan: morouang
Akhir kata, pilihlah syarikat sekuriti yang berpengalaman, stabil dan telus dalam memberikan perkhidmatan. Sebagai pelabur, pastikan syarikat sekuriti pilihan dan wakil remisier/dealer yang bekerja dengan syarikat tersebut dapat mengurus anda dengan baik.
Baca juga 6 Broker Saham Paling Aktif Di Media Sosial.