5 Tabiat Wang Yang Akan Membuat Golongan Milenial Kaya

Siapakah golongan milenial ni? Kalau nak tahu, golongan milenial ini merupakan generasi yang hidup di zaman yang serba canggih dan moden.

Mereka menggunakan apa saja yang ada di zaman yang serba moden ini untuk membantu mereka merancang kewangan dan kehidupan.

Oleh itu, ada beberapa tabiat yang diamalkan oleh generasi milenial ini yang akan menjadikan mereka kaya.

Tabiat 1: Merancang Untuk Masa Depan

Image by Free-Photos from Pixabay

Bertentangan dengan persepsi popular, mereka melakukan tugas perancangan yang mantap untuk masa depan kewangan mereka.

Dalam kaji selidik yang dijalankan oleh Charles Schwab, sebanyak 88.9% telah mempunyai pelan kewangan bertulis, 29.2% lebih mungkin menyedari apa yang menjadikan mereka muflis dan mereka akan mempunyai perancangan untuk mengatasinya. 

Tabiat 2: Mereka Menggunakan Teknologi Sepenuhnya

Photo by Pixabay from Pexels

Golongan milenial ini cepat pandai dalam menggunakan teknologi terkini, terutama berkaitan dengan kewangan mereka. Satu tinjauan oleh Bank of America mendapati bahawa golongan milenial lebih cenderung untuk beralih kepada aplikasi perbankan mudah alih, dengan 55.2% lebih ke arah penjimatan untuk kolej, 31% lebih mungkin apabila membeli kereta, 25% lebih mungkin apabila merancang untuk bersara dan 41.7% lebih mungkin ketika membeli rumah.

Tambahan pula, kajian oleh TD Ameritrade mendapati bahawa empat daripada 10 orang akan memilih perkhidmatan pelaburan automatik.

Tabiat 3: Mendapatkan Nasihat Daripada Pelbagai Sumber

Generasi milenial ini akan mendapatkan nasihat daripada pelbagai sumber supaya mereka yakin dengan apa yang mereka ingin lakukan. Contohnya, kajian mendapati apabila mereka membuat pembelian utama sebanyak USD500 atau lebih, 61% berkata mereka akan meminta pertolongan daripada penasihat jualan.

Kajian Deloitte juga mendapati bahawa kurang daripada 10% keputusan kewangan dibuat secara bersendirian dan 50% menggunakan nasihat dan cadangan orang lain untuk mempengaruhi keputusan pembelian mereka. 

Tabiat 4: Mula Menyimpan Awal

Golongan milenial lebih memahami kelebihan dalam menyimpan sejak dari awal lagi. Kajian Persaraan TransAmerica ke-18 mendapati bahawa 71% milenial telah mula berjimat untuk hari persaraan. Secara purata mereka bermula pada umur 24 tahun, berbanding usia permulaan 30 tahun bagi generasi sebelum ini.

Tabiat 5: Membuat Bajet Perbelanjaan

Photo by picjumbo.com from Pexels

Mereka suka merancang bajet perbelanjaan bagi memastikan mereka tidak “menyeleweng” duit yang diterima setiap bulan. Seramai 31.1% daripada golongan ini lebih gemar membuat pengurusan bajet setiap bulan dan ikut apa yang telah ditetapkan.

Bila kita ada matlamat yang jelas dan berdisiplin dalam mencapai objektif tersebut, kita pasti akan berjaya juga satu hari nanti.

Asingkan sedikit pendapatan anda dan tukarkan kepada bentuk emas. Kaedah termudah dan termurah di Malaysia buat masa ini bagi sesiapa nak simpan emas. Tak perlu 1 gram pun, minimum 0.25 gram.

Boleh mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold.

This image has an empty alt attribute; its file name is kab-gold-uncang-emas-800-700x990.jpg

Dengan minimum pembelian 0.25 gram emas atau serendah RM65 (berdasarkan harga emas RM260 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

  • Layari laman web KAB Gold
  • Lengkapkan borang pendaftaran
  • Verify emel

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA