5 Tanda-Tanda Anda Perlukan Bantuan Untuk Uruskan Kewangan

Dalam kehidupan serba moden dengan adanya kemudahan online shopping, kad kredit dan sebagainya; sudah semestinya akan menyebabkan kita tergoda dengan perbelanjaan yang melampau. Oleh itu, memang amat mudah untuk kita terjerumus ke dalam lembah hutang yang membebankan.

Kita sebenarnya tidak bersendirian dalam bab ini. Hampir separuh daripada rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan. Itu belum dikira lagi kes bankrap yang semakin menjerat ramai anak muda.

Boleh rujuk artikel 100,000 rakyat Malaysia bankrap dan ini 3 punca utama untuk tahu dengan lebih lanjut.

Dan ini dia lima tanda-tanda yang menunjukkan bahawa kita memerlukan bantuan pengurusan kewangan.

Tanda Pertama: Kad kredit ditolak setiap kali ingin melakukan pembelian

Awas! Sekiranya kad kita sentiasa ditolak ketika ingin membuat pembelian, maka kita perlu melakukan sesuatu. Semua benda pun kita akan swipe, dan hanya bayar minima sahaja setiap bulan.

Sekiranya kita memandang remeh masalah ini, kita bakal berdepan dengan risiko muflis.

Tanda Kedua: Akaun simpanan ada kurang daripada RM100

Inilah angka yang paling ditakuti sekali. Ini kerana, sekiranya wang simpanan kita kurang daripada RM100, kita bakal berdepan dengan masalah yang besar sekiranya diberhentikan kerja atau dilanda sebarang musibah.

Sudah tiba masanya kita belajar berjimat serta mencari kerja part-time bagi mengukuhkan keadaan kewangan.

Boleh juga rujuk artikel 9 Idea Buat Duit Sambil Tidur Dengan Cara Yang Halal.

Tanda Ketiga: Bergantung kepada KWSP untuk persaraan

Kita hanya berharap kepada wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bersara nanti, tanpa sebarang wang simpanan yang lain. Tahukah kita, rata-rata simpanan KWSP hanya bertahan untuk 3 tahun sebaik bersara nanti?

Selepas 3 tahun, katakan umur pada masa itu adalah 63 tahun, maka kita perlu bekerja semula untuk menyara kehidupan. Lebih menyedihkan lagi, apabila kita tidak mempunyai rumah sendiri.

Masih belum terlambat untuk kita mula menyimpan untuk masa hadapan, oleh itu mulakannya hari ini.

Tanda Keempat: Menyimpan lebihan gaji setiap bulan

Ini juga merupakan tabiat yang tidak sihat. Daripada kita utamakan perbelanjaan dan hanya menyimpan baki lebihan gaji tersebut; apa kata kita simpan 10-20% daripada gaji terlebih dahulu. Selebihnya barulah kita belanjakan.

Mula-mula memang nampak susah, tapi lama-kelamaan akan jadi rutin bulanan sebaik sahaja dapat gaji.

Tanda Kelima: Menyimpan untuk belanja harian

Ini dah dikira kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada kalanya kita terpaksa mengikat perut kerana tidak cukup duit untuk makan. Ada yang sanggup berbuat sedemikian, demi memiliki kereta import baru atau membeli smartphone terkini.

Daripada kita teruskan konsep ‘Biar papa asal bergaya’ yang tak ke mana, segera dapatkan bantuan sebelum kita terjerumus ke lembah hutang keliling pinggang yang lebih dahsyat lagi.

Berubahlah Hari Ini

Masih belum terlambat untuk hentikan tabiat buruk ini, selagi kita mengaku mempunyai masalah untuk uruskan kewangan peribadi. Bila dah mengaku, barulah kita boleh belajar daripada kesilapan tersebut dan berdoa serta berusaha untuk mengubah gaya hidup untuk masa depan yang lebih terjamin.

Nak Deposit Rumah Pertama? ‘Overlap’ Hutang? Bayar Tunggakan PTPTN?

Ringankan tanggungan semasa anda dengan pembiayaan peribadi berkonsep syariah di platform Direct Lending. Dapatkan pinjaman kadar rendah untuk satukan semua hutang mahal anda. Semak kelayakan secara percuma. Anda boleh semak dahulu & mohon kemudian. Tiada apa-apa caj yang dikenakan.

KLIK sini untuk terima pembiayaan bank & koperasi yang bersesuaian dengan posisi kewangan anda.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.