7 Cara Penggunaan Kad Kredit Yang Menguntungkan

Eh, kan ke kad kredit biasanya dikaitkan dengan hutang? Semua benda yang negatif je yang kita selalu dengar. Bagaimana pula guna kad kredit dapat menguntungkan kita pula?

Kalau nak tahu, bank lebih mudah meluluskan pembiayaan perumahan sekiranya kita mempunyai sekurang-kurangnya satu komitmen bersama bank seperti pembiayaan peribadi atau kad kredit. Hampir 65% pemohon tidak lulus hanya kerana mereka tidak mempunyai komitmen atau bukti bayaran yang baik bersama pihak bank.

Hal ini dijelaskan oleh pegawai bank yang bertugas di bahagian Mortgage Loan sekaligus mereka menyarankan anda mendapatkan kad kredit sebagai salah satu langkah untuk menampakkan anda menggunakan perkhidmatan bank yang lain. 

Sebenarnya, bukanlah salah mereka yang menyarankan anda menggunakan kad kredit. Sebaliknya, kita yang harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak peka dan tidak tahu cara menggunakan kad kredit dengan betul.

Percaya atau tidak, penggunaan kad kredit yang betul akan membuatkan anda lebih kaya dan lebih jimat?

Jom lihat 7 cara penggunaan kad kredit yang menguntungkan!

 1.  Pilihan Kad Yang Tepat

Terdapat banyak jenis kad kredit yang boleh kita pilih. Buatlah pilihan yang bijak biar pun ditawarkan dengan pelbagai jenis kad. Anda harus kenal pasti kad kredit yang tepat dan kelebihan yang anda terima seperti cashback atau pun mata ganjaran.

Jika memilih kad yang memberikan manfaat cashback, utamakan kegunaan yang memberikan cashback. Sebagai contoh, untuk melayakkan kita dapat cashback, kita perlu belanja dalam kategori barang runcit dan minyak, maka gunakan kad kredit tersebut untuk beli barangan keperluan di pasaraya dan untuk mengisi minyak.

Tapi yang paling penting, gunalah kad kredit Islamik.

2.  Bayar Apa Yang Anda Guna Sahaja

Sebenarnya, menggunakan kad kredit tidak memerlukan kita untuk membiayai sebarang caj faedah sekiranya kita membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan.  Hanya bayar berdasarkan jumlah yang digunakan sahaja.

Sebagai contoh, kita telah swipe RM80 untuk membeli barang dalam bulan tersebut. Apabila statement keluar, kita hanya perlu bayar RM80 sahaja dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kalau lebih daripada 20 hari selepas statement keluar, barulah dikenakan kadar faedah setinggi 18% berdasarkan jumlah kita telah swipe tadi. 

3.  Guna Lebih, Bayar Sedikit Dengan CashBack

Katakan kita gunakan kad kredit Islamik Petronas Ikhwan Visa, isilah minyak pada hari yang memberikan cashback yang banyak iaitu Sabtu dan Ahad sebanyak 8%. Dengan kata lain, isi minyak sebanyak RM70, tetapi kita cuma perlu bayar RM64 sahaja.

Cashback dari kad kredit biasanya berbeza-beza berdasarkan jenis bayaran yang dibuat. Contohnya, bayaran petrol akan dapat cashback sebanyak 8-10%, manakala pembelian pakaian atau barang-barang runcit akan dapat cashback 2%.

Nampak tak penjimatan kat situ? Maka carilah kad kredit yang tawarkan cashback. Fahami dan nikmati kelebihan kad kredit anda dengan bijak.

4.  Gunakan Rebat Kad Kredit Untuk Membeli-Belah

Terdapat kad kredit yang menawarkan rebat membeli barang runcit dan barang dapur pada hari tertentu. Sebagai contoh, kad kredit Maybank Islamic Ikhwan memberikan rebat sebanyak 5% sekiranya kita beli barang runcit dan mengisi petrol pada hari Jumaat dan Sabtu.

Bayangkan kalau kita belanja RM1,000 dan diberi diskaun 5%, banyak tu RM50 kita dapat jimat!

5.  Tebus Barang Elektrik Dan Barang Lain Menggunakan TreatPoints

Sekiranya kad kredit kita mempunyai manfaat TreatsPoints atau mata ganjaran, setiap kali kita swipe kita akan dapat mata. Bila dah dapat banyak mata ganjaran, pilihlah barangan elektrik dan peralatan rumah di dalam katalog yang disediakan oleh pihak bank untuk ditebus.

Dahlah guna kad kredit tanpa bayar faedah, dapat cashback, dapat lagi barangan elektrik percuma. Menarik bukan?

6. Gunakan EzyPay Untuk Membeli Barang Perabot Dan Elektrik

Ezypay adalah program bayaran ansuran bulanan yang boleh kita gunakan untuk membeli barang elektrik atau perabot. Biasanya ia untuk barangan yang berharga RM1,000 dan ke atas. Ada yang menawarkan ansuran bulanan selaman 12 bulan, ada juga untuk 24 bulan.

Sebagai contoh, kita nak beli peti ais yang berharga RM1,200. Kita ada pilihan untuk membuat ansuran bulanan sebanyak RM100 untuk 12 bulan, maka setiap bulan dalam statement kita perlu bayar hanya RM100 saja. Sangat mudah dan jimat!

7.  Berpeluang Menang Umrah Dan Percutian

Jangan terkejut jika kita tiba-tiba menang umrah atau percutian ke luar negara, semata-mata kerana menggunakan kad kredit Islamik.  Selalunya trip percutian atau umrah juga merupakan salah satu kelebihan kad kredit yang bank tawarkan bagi pengguna kad kredit Islamik.

Jelas bahawa kad kredit mempunyai pelbagai manfaat dan memberi keuntungan kepada kita. Kita harus peka dengan kelebihan dan ganjaran kad kredit daripada semasa ke semasa.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati manfaat kad kredit daripada segi rebat, mata ganjaran, cashback dan bermacam-macam lagi. Yang penting, pastikan kita bayar on-time mengikut statement bulanan dalam masa yang ditetapkan untuk mengelakkan daripada dikenakan faedah!

Sumber Rujukan:  Maybank

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.