Adakah Anda Benar-Benar Memerlukan Perancang Kewangan?

Perancang kewangan? Dia adalah seseorang yang akan memberikan nasihat kepada anda bagaimana untuk menguruskan kewangan anda dengan bijak. Dia adalah seseorang yang akan membuka minda anda mengenai dunia kewangan ini dan bagaimana untuk mengambil kesempatan yang ada untuk meluaskan empayar anda dalam pengurusan kewangan.

Tetapi, persoalan yang sering ditanya, perlukah anda mempunyai seorang perancang kewangan?

Anda memerlukan perancang kewangan sekiranya anda tidak tahu menguruskan duit anda. Dalam erti kata yang lain, anda berbelanja secara boros tanpa mengetahui had perbelanjaan anda. Situasi seperti ini memerlukan anda untuk mencari perancang kewangan supaya dia boleh membantu anda menguruskan kewangan anda dengan sistematik.

Akan tetapi, sekiranya anda membaca banyak artikel dan buku mengenai perancangan kewangan, maka anda boleh menguruskan kewangan anda tanpa seorang perancang kewangan.

Bukan sekadar itu sahaja, anda buntu dan tidak tahu cara yang efektif untuk menyimpan wang. Oleh itu, inilah penyebab anda memerlukan perancang kewangan. Tetapi, sekiranya anda sudah mencari maklumat mengenai cara untuk menyimpan wang yang mendatangkan keuntungan, jadi anda tidak memerlukan seorang perancang kewangan.

Sekarang ini, semua maklumat di hujung jari dan anda hanya perlu untuk membaca maklumat tersebut.

Sekiranya anda masih keliru mengenai pelaburan yang sepatutnya anda lakukan, disini merupakan satu titik penting anda untuk mencari seorang perancang kewangan atau perunding kewangan. Mereka akan memberikan ‘jalan’ untuk anda membuat pelaburan.

Meskipun perunding kewangan akan membantu anda melakukan pelaburan, tetapi sekiranya anda tidak segan bertanya pendapat dari ramai orang maka anda tidak perlu mengupah seorang perunding kewangan. Anda boleh langsung pergi ke institusi perbankan dan meminta khidmat mereka mengenai hal pelaburan.

Takaful adalah penting dalam kehidupan seseorang terutama apabila anda sudah mempunyai pekerjaan yang stabil. Oleh itu, ini merupakan sebab untuk anda mencari seseorang sebagai perunding kewangan anda untuk membantu anda memahami mengenai takaful.

Tetapi, sekiranya anda mencari dan mengumpul maklumat samada dari pembacaan atau bertanyakan pendapat, maka anda hanya perlu mencari institusi kewangan yang menawarkan takaful sahaja.

Sebenarnya, apabila anda meluaskan pembacaan anda dan sentiasa bertanyakan pendapat mengenai perihal kewangan, anda tidak perlu mengupah seseorang sebagai perunding kewangan anda. Itulah kunci anda untuk menguruskan kewangan anda.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengenalan Semula Program Cukai Pengakuan Sukarela Akan Bantu Tambah Hasil Kerajaan

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Pengenalan semula program pengakuan sukarela khas mulai 1 Jun 2023 hingga 31 Dis 2024 akan membolehkan pengampunan ke atas penalti 100 peratus terhadap cukai langsung dan tidak langsung yang tidak dibayar akan membantu menambah hasil kerajaan selain memberi manfaat kepada pembayar cukai yang ingin memanfaatkan inisiatif tersebut.

Pengenalan semula program itu diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Presiden Chartered Tax Institute Malaysia (CTIM) Chow Chee Yen berkata keinginan pembayar cukai untuk tampil mendedahkan cukai yang belum dibayar secara sukarela mungkin tidak begitu kuat melainkan terdapat alasan yang kukuh untuk berbuat demikian.

“Komunikasi daripada jangkaan dan ketelusan antara pihak berkuasa cukai dan pembayar cukai turut dijangka memberi kesan kepada hasil yang diinginkan daripada program tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pengurangan kadar cukai sebanyak dua mata peratusan untuk banjaran pendapatan boleh cukai RM35,001 hingga RM100,000 dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 2.4 juta pembayar cukai daripada kumpulan M40 berpendapatan sederhana.

“Ini adalah satu pengiktirafan bahawa kenaikan kos sara hidup turut melanda kumpulan M40 selain kumpulan B40 yang menerima sebahagian besar daripada bantuan kerajaan.

“Didapati bahawa kerajaan bersedia untuk melanjutkan pengurangan kadar cukai kepada mereka yang berada dalam banjaran boleh cukai RM35,001 hingga RM50,000 yang bukan penerima untuk cadangan yang sama (sebelum ini),” katanya.

Sebaliknya, Chow berkata kerajaan telah mencadangkan untuk menaikkan kadar cukai sebanyak 0.5 hingga dua mata peratusan untuk banjaran boleh cukai RM100,001 hingga RM1 juta, yang dijangka memberi kesan kepada kira-kira 150,000 pembayar cukai.

“Pelarasan semula kadar cukai untuk banjaran tersebut konsisten dengan apa yang dilihat sebagai pemikiran kerajaan untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran dan memperluas asas cukai kepada mereka yang mampu,” katanya.

— BERNAMA