Bajet Madu Tiga – Perbelanjaan Peristiwa Tiga Serangkai 2024 

Tanggal 12 Mac 2024, seluruh umat Islam kembali bertemu bulan Ramadan yang mulia dan penuh keberkatan. Uniknya tahun ini, Ramadan bermula selang sehari atau dua selepas pembukaan tahun baru persekolahan 2024. Dan sebulan selepas itu, umat Islam akan menyambut hari kemenangan, iaitu Hari Raya Aidilfitri. 

Di sana sini, tidak kira di pusat-pusat membeli belah, suasana meriah promosi jualan pakaian dan kuih muih hari raya telah mula kelihatan. Tidak kurang juga promosi berbuka puasa di restoran dan hotel-hotel di seluruh negara. Itu belum lagi bazar- bazar Ramadan yang akan dibuka di merata pelosok kawasan menjual pelbagai aneka makanan dan minuman yang tidak terhingga banyaknya. 

Melihat kepada pertembungan perbelanjaan tiga serangkai yang meliputi musim awal musim persekolahan, seterusnya menyambut Ramadan sehinggalah ke syawal yang bakal diraikan sebulan berikutnya, ketiga-tiga senario ini sudah pastinya memerlukan pengurusan kewangan yang lebih teliti supaya sumber kewangan yang ada dapat diuruskan dengan baik serta mengikut prinsip keutamaan dalam Islam. 

Persoalannya, bagaimana kita merancang dan melaksanakan bajet kewangan secara berkesan untuk memastikan keseimbangan antara tuntutan pendidikan anak-anak, persiapan juadah berbuka sepanjang Ramadan, dan persediaan menyambut Aidilfitri? 

Formula S.A.H.U.R. akan dapat membimbing anda dalam membuat keputusan bajet tiga (3) serangkai yang bijak dan berhemah seperti berikut: 

1. [S] Susun Keutamaan Perbelanjaan 

Berpandukan prinsip keutamaan dalam Islam, sebaik-baiknya ketiga-tiga bajet perbelanjaan ini disusun mengikut penilaian yang jujur dan teliti antara keperluan dan kehendak. Gunakan fikiran rasional kita untuk mendahulukan keperluan berbanding dengan perasaan emosional yang mengutamakan kehendak. 

Contohnya, anda pastinya akan mementingkan dan mendahulukan perbelanjaan persekolahan anak-anak kerana ianya adalah keperluan utama bajet isi rumah pada ketika ini. 

Pada masa yang sama, sudah menjadi tradisi setiap kali Ramadhan, semua orang akan dihidangkan dengan pelbagai juadah Istimewa di sini sana untuk persediaan berbuka puasa. Begitu banyak jualan sehinggakan kebanyakan kita berbelanja berlebihan tanpa sedar sehingga mengakibatkan pembaziran. Di situlah faktor berbelanja ke arah kehendak melebihi keperluan itu terbukti. Di sinilah juga lah titik mulanya kejayaan atau kegagalan dalam pengurusan kewangan itu diukur melalui penilaian rasional mengatasi penilaian emosional kita. 

2. [A] Adakan Perbincangan Harmoni Keluarga 

Satu lagi elemen yang mempengaruhi kejayaan dalam pengurusan kewangan ialah kebersamaan. Sebagai manusia, kita mudah terdorong oleh keadaan sekeliling atau kebiasaan setempat. Tidak hairanlah kalau skrip sebegini biasa kita dengar dalam masyarakat, “Orang beli perabot baru, kita pun nak beli perabot baru.” 

Oleh itu, satu kaedah untuk mengekalkan disiplin perbelanjaan yang sihat dalam keluarga ialah perbincangan bersama tentang apa yang patut dibelanjakan. Dengan persefahaman dalam keluarga tentang hala tuju perbelanjaan, tidak adalah sketsa anak-anak meminta itu dan ini yang akhirnya dilayankan juga sehingga terlebih berbelanja semasa shopping raya termasuklah permintaan untuk dibelikan bunga api dan mercun. 

3. [H] Hadkan Perbelanjaan 

Setelah jelas perbelanjaan apa yang patut didahulukan sebagai satu keluarga yang bersefahaman, langkah seterusnya adalah mengehadkan setiap pebelanjaan 3 

mengikut bajet yang realistik untuk persekolahan seperti pembelian alatan, pakaian seragam, dan kelengkapan lain, tidak termasuk perbelanjaan wajib seperti yuran. Tetapkan juga had perbelanjaan untuk juadah berbuka, lebih-lebih lagi pembelian di bazar Ramadan serta rancangan berbuka mahupun bersahur di luar. Begitu juga dengan perbelanjaan hari raya, hadkan peruntukan untuk baju raya, juadah dan kuih- muih, serta dekorasi rumah dan duit raya. 

Tujuan mengehadkan perbelanjaan-perbelanjaan ini adalah untuk memastikan perbelanjaan dan komitmen tetap setiap bulan tidak terjejas seperti bil-bil utiliti dan bayaran ansuran bulanan. 

4. [U] Urus Hutang 

Musim perayaan amat sinonim dengan musim meminjam. Apatah lagi bila melalui pertembungan peristiwa tiga (3) serangkai ini. Apa tidaknya, permohonan pinjaman dikatakan meningkat dengan ketara pada Januari 2024, iaitu sebanyak 40 peratus berbanding bulan yang sama pada 2023. Menurut penganalisis, terdapat kemungkinan keperluan modal bagi menyambut musim perayaan yang bakal tiba mendorong peminjam yang berpotensi membuat pinjaman. 

(Sumber daripada artikel Berita Harian berkenaan kaji selidik oleh Kenangan Research: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2024/03/1218439/permohonan-pinjaman- meningkat-tinggi-menjelang-bulan-puasa-raya

Perlu diketahui, antara amalan pengurusan kewangan yang bijak untuk musim perayaan adalah mengelak daripada membuat hutang baru. Prinsipnya mudah: kepuasan jangka pendek tidak seharusnya didanai oleh hutang yang akan melibatkan komitmen kewangan jangka panjang. Kalau pun perlu berhutang, pastikan hutang baru ini (contoh: kad kredit) boleh dibayar semuanya sebelum tarikh akhir, atau (contoh: pinjaman peribadi, sewa beli) tidak menaikkan jumlah ansuran bulanan anda melebihi 40% daripada gaji atau pendapatan bersih. 

5. [R] Rancang Perbelanjaan 

Akhir sekali ialah masa untuk menjadi tamu di kedai-kedai, arked-arked dan pusat- pusat membeli belah (termasuk platform membeli belah dalam talian) untuk ‘berburu’.

Di sinilah, ‘keimanan’ kita akan diuji (jangan terpesong daripada pelan perbelanjaan) termasuk kecekapan kita mencari tawaran harga dan pilihan yang terbaik. 

Amalkan perbelanjaan yang bijak seperti membuat perbandingan harga di beberapa tempat, dan membeli atau menempah barangan atau tempahan (seperti baju raya) lebih awal atau mengambil peluang waktu promosi untuk harga yang lebih murah. Gunakan juga sebarang insentif dan bantuan seperti bantuan awal persekolahan yang telah diberikan oleh Kerajaan (RM150 setiap pelajar) dengan sebaik mungkin untuk tujuan pembelajaran dan persekolahan. 

Selain itu, kita juga perlu bijak merancang perjalanan untuk menjimatkan kos. Susun jadual perjalanan balik kampung bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Pastikan juga kenderaan diselengara dengan baik sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan kos tambahan membaik pulih kenderaan. Manfaatkan juga waktu perjalanan dengan tol percuma yang kebiasaanya diumumkan Kerajaan semasa sambutan perayaan-perayaan besar seperti sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Tip Tambahan 

Pendekatan lain untuk menampung perbelanjaan adalah menambah sumber kewangan sedia ada. Anda boleh mencari pendapatan tambahan sebelum tiba musim perayaan dengan menjual barangan terpakai (pre-loved), menyediakan perkhidmatan, atau mencari pekerjaan sambilan. Anda boleh menjadi ejen menjual biskut dan pakaian raya (permulaan untuk peluang perniagaan pada masa hadapan). 

Di samping itu, ambil juga boleh cuba menghantar borang taksiran cukai pendapatan lebih awal. Sekiranya terdapat wang cukai yang terlebih bayar, ia boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan tambahan persekolahan anak-anak serta bulan Ramadan dan Syawal. 

Namun, harus diingat bahawa ini hanyalah langkah tambahan. Pastikan perbelanjaan dirancang berdasarkan sumber pendapatan sedia ada dan bukan pendapatan tambahan yang belum tentu. Dengan mengamalkan lima (5) Langkah S.A.H.U.R. yang telah diterangkan, anda bukan sahaja dapat mencapai kejernihan dan ketenangan minda bagi menentukan hala tuju perbelanjaan yang betul, anda juga dapat berjimat sehingga ada lebihan wang dan bukan defisit di akhir musim perayaan. 

Ini satu bonus untuk anda (termasuk apa-apa pendapatan tambahan yang mampu dijana). 

Ingatlah, sepertimana juga bersahur, pengurusan kewangan yang betul boleh terasa liat untuk diamalkan, namun manfaatnya tidak tersangkal. Pilihan di tangan anda. 

AKPK mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah dan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak dan Hari Raya Aidilfitri. 

Hasil Garapan Jabatan Komunikasi Korporat  dengan gabungan tulisan daripada Junainah Ahmad Esa, AKPK Kuala Terengganu 

Mengenai AKPK (AKPK Boilerplates) 

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) ialah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada April 2006 yang kini berfungsi sebagai platform sehenti untuk kedua-dua individu dan PMKS yang memerlukan perkhidmatan penstrukturan semula hutang-hutang, serta pendidikan kewangan dan khidmat nasihat kewangan bagi membantu individu mengawal keadaan kewangan mereka dan memperoleh ketenangan fikiran melalui penggunaan kredit yang bijak. 

Dengan mandat ini, AKPK menawarkan perkhidmatan Pendidikan Kewangan kepada individu dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui Portal POWER! dan Pusat Sumber yang boleh diakses melalui tapak web AKPK untuk pelbagai modul dan bahan pembelajaran kewangan dalam talian. AKPK juga memberikan taklimat pengurusan kewangan kepada kakitangan mana-mana organisasi yang menjemput AKPK untuk berbuat demikian. 

Pendidikan Kewangan AKPK bertujuan untuk menggalakkan kesedaran dan ilmu dalam pengurusan kewangan bagi menerapkan pengurusan kewangan berhemat sebagai budaya hidup. AKPK amat komited dalam menyebarkan ilmu khususnya tentang kepentingan mengurus kewangan kepada semua individu dan PMKS untuk mendepani situasi luar jangka dan juga untuk memperkasa kedudukan kewangan mereka agar bebas daripada dibelenggu masalah hutang. 

AKPK menyediakan panduan-panduan kewangan melalui modul-modul pendidikan kewangan di pautan power.akpk.org.my. Pendidikan kewangan AKPK tertumpu kepada mereka yang berumur dari 18 tahun sehingga persaraan, mengikut fasa kehidupan setiap individu dan kepentingan terhadap perniagaan bagi PMKS. 

Seiring dengan slogan AKPK Sahabat Kewangan Anda, AKPK turut menawarkan khidmat Nasihat Kewangan dan bantuan Pengurusan Kredit melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) untuk individu, dan Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SPPK) untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), yang melibatkan pelan bayaran balik pinjaman yang dipersetujui oleh peminjam dan institusi kewangan yang terlibat. Semua khidmat nasihat kewangan dan pengurusan kredit oleh AKPK adalah PERCUMA. 

Semua akses kepada sumber dan perkhidmatan AKPK, termasuk Portal POWER! dan Pusat Sumber, boleh didapati melalui tapak web AKPK di www.akpk.org.my. Maklumat dan akses kepada perkhidmatan, perkongsian tip dan bahan pembelajaran AKPK boleh juga diperolehi di platform- platform media sosial rasmi @AKPKofficial. 

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

Hibah Amanah ASB Memudahkan Proses Tuntutan Waris Selepas Kita Meninggal Dunia

Ramai rakyat Malaysia mempunyai simpanan dalam unit amanah ASNB, termasuk ASB. Namun, pernahkah kita terfikir bagaimana simpanan tersebut akan diuruskan apabila kita meninggal dunia?

Tanpa perancangan harta yang sesuai, waris mungkin perlu melalui proses pentadbiran pusaka sebelum harta pelaburan dapat diserahkan kepada pihak yang berhak.

Bagi pemegang unit amanah ASNB yang beragama Islam, salah satu pilihan perancangan harta yang disediakan ialah Hibah Amanah ASNB.

Apa itu Hibah Amanah?

Secara umum, hibah ialah akad pemberian harta yang dilakukan oleh seseorang kepada orang lain ketika masih hidup, secara sukarela dan tanpa mengharapkan balasan.

Dalam konteks ASNB, Hibah Amanah merupakan perkhidmatan yang menggunakan pendekatan Hibah Ruqba yang diperhalusi mengikut prinsip Syariah.

Perkhidmatan ini membolehkan pemegang unit amanah membuat perancangan mengenai penyerahan unit pelaburannya kepada penerima hibah selepas kematiannya, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh ASNB.

Bagaimana konsep Hibah Ruqba berfungsi?

Hibah Ruqba ialah hibah bersyarat yang menetapkan pemilikan harta berdasarkan kematian salah satu pihak.

Dalam penerangan ASNB, sekiranya pemberi hibah meninggal dunia terlebih dahulu, harta hibah akan menjadi milik penerima hibah.

Namun, jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah, harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.

Pendekatan ini digunakan dalam perkhidmatan Hibah Amanah ASNB bagi memenuhi keperluan pemegang unit amanah, termasuk keadaan penerima meninggal dunia terlebih dahulu.

Bagaimana Hibah Amanah ASNB berfungsi?

Berdasarkan penerangan ASNB, proses Hibah Amanah melibatkan beberapa langkah utama:

  1. Semasa hidup, pemberi hibah melaksanakan akad hibah, iaitu pemberian dan penerimaan harta dengan kehadiran dua orang saksi.
  2. Pemberi dan penerima hibah bersetuju melantik ASNB sebagai pemegang amanah bagi mentadbir harta selepas kematian.
  3. Selepas kematian pemberi hibah, ASNB akan mengagihkan harta hibah kepada penerima seperti yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Hibah Amanah.

Dengan adanya perancangan ini, pemegang unit amanah boleh menetapkan penerima yang dikehendaki ketika masih hidup.

Siapa yang layak memohon Hibah Amanah?

Menurut maklumat ASNB, syarat kelayakan yang dinyatakan adalah seperti berikut:

  • Pemegang unit mestilah warganegara Malaysia.
  • Beragama Islam.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Mempunyai baki unit pelaburan minimum 1,000 unit.
  • Unit yang diambil kira tidak termasuk unit yang bercagar, unit melalui pinjaman atau unit di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP.
  • Pendaftaran tertakluk kepada tabung unit amanah ASNB yang terbuka untuk pendaftaran Hibah Amanah.

Oleh itu, pemegang unit perlu menyemak sama ada dana pelaburan yang dimiliki layak untuk didaftarkan di bawah perkhidmatan ini.

Berapa Kos Hibah Amanah ASNB?

Selain syarat kelayakan, kos perkhidmatan juga merupakan perkara penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat Hibah Amanah ASNB.

Berdasarkan jadual yuran ASNB, berikut ialah kadar yang dinyatakan:

Jenis yuranKadar
Yuran pendaftaran kali pertamaRM180
Yuran pendaftaran selanjutnyaRM90
Yuran pembatalanRM70
Yuran pindaan penerima hibah, penjaga sah, penambahan atau pengguguran tabungRM20
Yuran pentadbiranRM10 setiap tahun

Contoh pengiraan kos

Sebagai contoh, Encik Ahmad ingin mendaftarkan Hibah Amanah ASNB buat kali pertama.

Kos yang perlu diambil kira ialah:

  • Yuran pendaftaran kali pertama: RM180
  • Yuran pentadbiran tahunan: RM10

Jumlah kos pendaftaran dan pentadbiran bagi tahun pertama ialah RM190, berdasarkan kadar dalam jadual tersebut.

Pada tahun-tahun berikutnya, yuran pentadbiran ialah RM10 setahun, tertakluk kepada terma dan kadar yang berkuat kuasa.

Sekiranya Encik Ahmad ingin membuat pendaftaran selanjutnya, yuran pendaftaran yang dinyatakan ialah RM90. Jika beliau mahu membatalkan Hibah Amanah, yuran pembatalan pula ialah RM70.

Bagi perubahan tertentu, seperti pindaan penerima hibah, penjaga sah, penambahan atau pengguguran tabung, yuran yang dinyatakan ialah RM20.

Kesimpulannya, kos Hibah Amanah ASNB bukan sekadar RM180. Terdapat juga yuran pentadbiran tahunan serta caj tertentu bagi pendaftaran selanjutnya, pembatalan atau pindaan, bergantung pada perkhidmatan yang digunakan.

Berapa Yuran Tuntutan Hibah Amanah ASNB?

Selain yuran pendaftaran dan pentadbiran, penerima hibah perlu mengambil kira yuran tuntutan berdasarkan jumlah baki pelaburan yang dituntut.

Menurut jadual yuran ASNB, kadar tuntutan adalah seperti berikut:

Baki pelaburanKadar yuran tuntutan
RM25,000 yang pertama1.50%
RM225,000 yang berikutnya1.00%
RM250,000 yang berikutnya0.50%
RM500,000 yang berikutnya0.25%
Baki selebihnya0.10%

Kadar ini dikenakan secara berperingkat mengikut jumlah baki pelaburan, bukannya satu kadar yang sama untuk keseluruhan nilai tuntutan.

Contoh pengiraan yuran tuntutan

Sebagai contoh, katakan Encik Ahmad mempunyai baki pelaburan sebanyak RM300,000 di bawah Hibah Amanah ASNB. Selepas kematiannya, penerima hibah membuat tuntutan terhadap keseluruhan baki tersebut.

Pengiraan yuran tuntutan adalah seperti berikut:

Baki pelaburanPengiraanYuran
RM25,000 pertamaRM25,000 × 1.50%RM375
RM225,000 berikutnyaRM225,000 × 1.00%RM2,250
RM50,000 berikutnyaRM50,000 × 0.50%RM250
JumlahRM2,875

Berdasarkan kadar dalam jadual tersebut, jumlah yuran tuntutan bagi baki pelaburan RM300,000 ialah RM2,875.

Dengan itu, penerima hibah perlu memahami bahawa selain kos pendaftaran, terdapat juga yuran tuntutan yang bergantung pada nilai pelaburan.

Jumlah sebenar yang dikenakan hendaklah dirujuk kepada pengiraan dan terma ASNB yang berkuat kuasa pada masa tuntutan dibuat.

Berapa lama proses tuntutan Hibah Amanah?

Ini merupakan salah satu maklumat penting yang perlu diperbetulkan daripada artikel lama.

ASNB memaparkan perbandingan proses tuntutan seperti berikut:

KaedahTempoh yang dipaparkan
Hibah Amanah21 hari*
Wasiat18 bulan
Tidak membuat perancangan harta3 tahun

*Tempoh 21 hari bagi Hibah Amanah adalah untuk pindahan unit sahaja.

Maksudnya, angka 21 hari tidak wajar ditulis sebagai jaminan bahawa keseluruhan proses tuntutan harta pusaka akan selesai dalam tempoh tersebut. Ia merujuk kepada pindahan unit sahaja, berdasarkan perbandingan yang dipaparkan oleh ASNB.

Perbandingan dengan harta pusaka tanpa perancangan

Bagi pemegang unit yang tidak membuat perancangan harta, waris mungkin perlu mengenal pasti dan mengumpulkan harta pusaka terlebih dahulu sebelum proses pentadbiran dapat dijalankan.

Dalam perbandingan ASNB, proses tanpa perancangan harta dianggarkan mengambil masa sehingga tiga tahun, manakala proses melalui wasiat pula dipaparkan mengambil masa sehingga 18 bulan.

Tempoh sebenar sesuatu urusan pusaka boleh bergantung pada keadaan harta, dokumen yang diperlukan, pihak pentadbir serta proses undang-undang yang berkaitan.

Hibah Amanah pula menyediakan mekanisme khusus untuk penyerahan unit kepada penerima yang telah ditetapkan, tertakluk kepada syarat dan dokumen yang diperlukan.

Berapa Kos Hibah Amanah ASNB?

Salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat Hibah Amanah ialah kos pendaftaran.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan oleh ASNB, yuran pendaftaran Hibah Amanah ialah RM180.

Sebagai contoh, sekiranya Encik Ahmad ingin mendaftarkan simpanan unit amanahnya di bawah Hibah Amanah ASNB, beliau perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM180, tertakluk kepada terma dan caj yang berkuat kuasa.

Namun, perlu difahami bahawa RM180 tersebut ialah yuran pendaftaran, bukannya nilai pelaburan yang dihibahkan. Simpanan unit amanah yang hendak dihibahkan adalah berasingan daripada kos pendaftaran.

Pemegang unit disarankan menyemak dengan ASNB sama ada terdapat caj lain yang berkaitan dengan pindahan unit atau proses tuntutan selepas kematian.

Adakah Hibah Amanah sesuai untuk semua pelabur ASNB?

Tidak semestinya. Kesesuaian Hibah Amanah bergantung pada keadaan kewangan, jenis pelaburan, keperluan keluarga dan matlamat perancangan harta seseorang.

Pemegang unit yang ingin membuat perancangan harta boleh mendapatkan penjelasan terus daripada ASNB tentang:

  • Dana yang layak didaftarkan.
  • Syarat pemberi dan penerima hibah.
  • Dokumen yang diperlukan.
  • Terma Surat Ikatan Hibah Amanah.
  • Prosedur tuntutan selepas kematian.
  • Yuran dan caj semasa.

Contoh situasi:

Encik Ahmad, seorang pemegang unit amanah ASNB, mempunyai 20,000 unit pelaburan. Beliau ingin memastikan simpanan tersebut diserahkan kepada anaknya, Ali, sekiranya beliau meninggal dunia.

Semasa hidup, Encik Ahmad boleh membuat perancangan Hibah Amanah dengan menamakan Ali sebagai penerima hibah, tertakluk kepada syarat dan terma ASNB.

Sekiranya Encik Ahmad meninggal dunia terlebih dahulu, ASNB akan menguruskan penyerahan harta hibah kepada penerima seperti yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Hibah Amanah, tertakluk kepada dokumen dan prosedur tuntutan yang ditetapkan.

Perkara penting: Hibah Amanah bukan bermaksud wang akan terus masuk ke akaun penerima secara automatik. Penerima masih perlu membuat tuntutan dan memenuhi keperluan ASNB.

Contoh 2: Bagaimana jika penerima meninggal dunia dahulu?

Contoh situasi:

Encik Ahmad menamakan anaknya, Ali, sebagai penerima Hibah Amanah. Namun, Ali meninggal dunia sebelum Encik Ahmad.

Oleh sebab perkhidmatan Hibah Amanah ASNB menggunakan pendekatan Hibah Ruqba, harta hibah tersebut akan kembali kepada pemberi hibah, iaitu Encik Ahmad, berdasarkan konsep yang diterangkan oleh ASNB.

Ini menunjukkan bahawa pemegang unit perlu memahami syarat hibah, termasuk keadaan apabila penerima meninggal dunia terlebih dahulu.

Di manakah permohonan pendaftaran Hibah Amanah boleh dibuat?

Permohonan boleh dibuat di seluruh cawangan ASNB dan ejen yang mengambil bahagian (bagi pendaftaran pertama sahaja).

Kesimpulan

Hibah Amanah ASNB merupakan salah satu pilihan perancangan harta bagi pemegang unit amanah ASNB yang memenuhi syarat kelayakan.

Melalui perkhidmatan ini, pemegang unit boleh membuat persediaan semasa hidup dan menetapkan penerima hibah mengikut mekanisme yang disediakan.

Namun, penting untuk memahami bahawa tempoh 21 hari yang dinyatakan ASNB adalah bagi pindahan unit sahaja, bukan semestinya tempoh keseluruhan penyelesaian tuntutan pusaka.

Perancangan harta yang lebih awal dapat membantu keluarga memahami hak dan tanggungjawab masing-masing apabila berlaku kematian. Sebelum membuat keputusan, pemegang unit disarankan merujuk maklumat rasmi ASNB serta mendapatkan nasihat daripada pihak yang berkelayakan jika diperlukan.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum mengenai Hibah Amanah ASNB dan bukan nasihat undang-undang, Syariah atau kewangan. Syarat, yuran dan prosedur adalah tertakluk kepada ketetapan ASNB yang berkuat kuasa.