ACCA Sarankan Pendekatan Berperingkat Untuk Tingkat Ambang Pengecualian Audit

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) menyarankan pendekatan berperingkat terhadap cadangan meningkatkan ambang pengecualian audit, yang tidak memerlukan syarikat yang mempunyai perolehan tahunan kurang daripada RM3 juta untuk diaudit secara berasingan.

ACCA dalam kenyataan hari ini berkata, ia mencadangkan pendekatan berperingkat terhadap peningkatan kepada RM3 juta daripada paras semasa RM100,000 dalam tempoh lima tahun, bermula dengan ambang RM500,000.

 Ketua Portfolio Maritim Asia Tenggara ACCA Andrew Lim berkata pendekatan berperingkat akan membolehkan pihak berkepentingan mempunyai ruang dan masa untuk menyelaras dan memberikan respons terhadap kuasa pasaran yang berubah-ubah. 

Beliau turut menekankan mengenai persepsi yang tidak tepat terhadap nilai audit, sambil menjelaskan bahawa pengendalian audit bebas telah sebati dengan beban pentadbiran.

“Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pengawal selia lain perlu menonjolkan kepentingan dan manfaat audit kepada kedua-dua syarikat itu sendiri dan pihak yang mereka berurusan seperti bank, pihak berkuasa cukai atau pemiutang utama,” kata Lim.

“Dengan peningkatan yang mendadak dan signifikan, terdapat risiko yang ketara oleh sebab yang tidak dirancang,” kata Lim.

Beliau berkata ACCA berharap SSM akan melanjutkan tempoh rundingan dan mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak yang terkesan dengan perubahan yang dicadangkan agar mereka berpeluang untuk berkongsi pandangan.

ACCA berkata pihaknya turut bimbang dengan peningkatan mendadak dan signifikan bagi ambang pengecualian audit yang mungkin mengurangkan daya tarikan profesion perakaunan, terutama untuk bakat muda.

Ia turut menekankan mengenai tempoh masa yang singkat untuk rundingan dengan ahli dan pihak berkepentingan lain.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.