Bill Gates, Pemilik Tanah Perladangan Terbesar Di Amerika Syarikat

Bill Gates bukanlah satu nama asing dalam dunia teknologi. Sebelum wujudnya era digital seperti hari ini, Bill Gates boleh dikatakan orang yang paling terkenal dalam dunia teknologi melalui syarikat yang diasaskanya iaitu Microsoft.

Syarikat ini merupakan syarikat yang paling berjaya di era 1990-an melalui perisian komputer Windows yang menjadi kegunaan hampir 90% penduduk dunia.

Disebabkan ini, beliau telah menjadi bilionaire yang paling lama menduduki carta nombor satu menurut Forbes pada era moden ini.

Bill Gates juga tidak terlepas daripada kontroversi apabila sering turun naik mahkamah disebabkan tuduhan memonopoli pasaran perisian komputer.

Beliau kemudiannya meletak jawatan sebagai CEO Microsoft dan menubuhkan yayasan Bill & Melinda Gates Foundation pada tahun 2000.

Bill & Melinda Gates Foundation

Kredit Gambar: Food and Wine

Yayasan ini ditubuhkan bagi membantu dalam menaik taraf hidup rakyat negara-negara miskin terutamanya di Benua Afrika.

Selain itu juga, yayasan ini bertanggungjawab dalam memberi dana kepada mana-mana syarikat farmaseutikal dalam membangunkan vaksin atau ubat-ubatan bagi merawat penyakit berjangkit.

Disebabkan perkara tersebut, ahli teori konspirasi mendakwa Bill Gates merupakan dalang utama dalam penyebaran wabak Covid-19 untuk mengurangkan populasi dunia melalui yayasan ini.

Bill Gates menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan tiada bukti yang kukuh untuk melibatkannya dengan konspirasi ini.

Yayasan Bill Gates ini mendapat wang hasil derma bilionaire lain dan melalui pelaburan yang dilakukan oleh Bill Gates sendiri.

Bill Gates sering berjumpa dengan orang terkaya dunia yang lain dan memujuk mereka untuk menderma sebahagian daripada kekayaan mereka untuk badan kebajikan ini.

Di antara tokoh terkenal yang menderma kepada badan kebajikan ini adalah rakan baiknya sendiri iaitu Warren Buffett, yang menderma hampir kesemua hartanya.

Yayasan ini turut melakukan pelaburan, dengan Bill Gates mengupah seorang fund manager bernama Michael Larson untuk menguruskannya.

Siapa Michael Larson?

Kredit Gambar: WSJ

Micheal Larson merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan dana yayasan Bill Gates melalui syarikat pelaburan Cascade Investment Group.

Syarikat pelaburan ini bertanggungjawab untuk mengembangkan dana yang dimiliki oleh Bill Gates. Kalau nak tahu, Michael Larson adalah merupakan seorang fund manager yang penuh dengan misteri.

Sepanjang hayatnya, beliau hanya melakukan satu temu bual dengan majalah Fortune pada tahun 1999. Kebanyakan teknik pelaburan yang dilakukan Michael Larson adalah sangat rahsia dan beliau menggunakan keadah diversification investing.

Kenapa Bill Gates Membeli Banyak Ladang Besar Di Amerika Syarikat?

Satu pembongkaran berlaku apabila katanya Cascade Investment Group telah membeli banyak tanah ladang di Amerika Syarikat. Bill Gates dikatakan telah membeli tanah perladangan di Amerika Syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan jumlah yang sangat besar.

Kini, beliau merupakan salah seorang pemegang terbesar tanah ladang di Amerika Syarikat. Bill Gates dipercayai memiliki sebanyak 242,000 ekar tanah perladangan di Amerika Syarikat di 18 buah negeri.

Kredit Gambar: Daily Mail

Persoalannya sekarang, mengapa dulu Bill Gates terkenal dengan lelaki teknologi kini beralih pula kepada tanah perladangan?

Banyak jawapan yang yang mungkin boleh dijadikan alasan bagi tindakan tersebut. Bill Gates dilihat ingin menjadikan makanan sebagai sumber utama pendapatan bagi petani kecil.

Perniagaan pertanian dilihat kalis inflasi dan di kala keadaan ekonomi yang tidak menentu, manusia tetap memerlukan makanan. Selain daripada itu, Bill Gates ingin menjaga dunia daripada perubahan iklim (climate change) dengan membeli ladang-ladang besar.

Yayasanya juga turut menyediakan kemudahan bagi membolehkan petani kecil terutamanya yang berada di negara miskin, untuk bercucuk tanam dengan betul bagi menghasilkan makanan untuk negara mereka.

Dengan memiliki tanah pertanian, mereka boleh melakukan uji kaji terhadap tanaman sebelum memberi nasihat kepada petani kecil.

Dengan tindakan yang dilakukan Bill Gates, yayasan itu boleh membantu meningkatkan lagi industri perladangan dan makanan di masa hadapan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.