5 Idea Pendapatan Pasif untuk Usahawan Yang Ingin Buat Duit Ketika Tidur

Pendapatan pasif ialah proses menjana pendapatan yang tidak bergantung kepada penglibatan aktif dan berterusan. Perkara yang menarik tentang pendapatan pasif ialah anda boleh membinanya di mana-mana sahaja dengan sedikit pelaburan awal. Pendapatan pasif hanya memerlukan anda bekerja sekali, dan kemudian anda boleh meraih faedah jangka panjang. Jika anda sedang mempertimbangkan untuk membina aliran pendapatan pasif, anda boleh memilih lima pilihan berikut: 

1. Menyediakan Bahan Pendidikan

Satu kaedah popular untuk menjana pendapatan pasif ialah membangunkan produk maklumat seperti e-buku atau video kursus pendidikan. Video-video kursus pendidikan boleh dijual di laman web seperti Udemy dan SkillShare. Anda akan memperoleh wang dengan cepat selepas selesai menyiapkan video-video tersebut dan menjualnya di laman web yang terkemuka.

Produk maklumat dan pendidikan boleh memberikan aliran tunai yang banyak kerana terdapat permintaan yang tinggi dipasaran. 

2. Pendapatan Dari Hasil Hartanah  

Melabur dalam bidang hartanah adalah cara terbaik untuk menghasilkan pendapatan pasif. Walau bagaimanapun, ia selalunya memerlukan usaha yang lebih dari jangkaan seperti mempelajari cara menganalisis nilai hartanah, memilih lokasi yang betul, memahami keadaan pasaran, dan yang paling penting, mencari penyewa yang baik. Penyewa yang baik adalah kunci kejayaan sebagai pemilik hartanah.

Menyewakan rumah kepada penyewa yang baik mampu memberikan anda ketenangan fikiran kerana anda mengetahui rumah itu akan dijaga dan diselenggarakan dengan baik. Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk melindungi diri dan rumah anda ialah melaksanakan prosedur pemeriksaan bakal penyewa yang ketat. Anda boleh menyemak sejarah kredit dan jenayah bakal penyewa yang akan memberi anda gambaran menyeluruh tentang siapa mereka, keupayaan mereka untuk membayar, dan lain-lain risiko. 

3. Saluran YouTube

Katakan anda pakar dalam mana-mana topik atau mempunyai hobi yang digemari ramai seperti memancing, anda mungkin boleh mempertimbangkan untuk memulakan saluran YouTube. Selebriti YouTuber ialah mereka yang membina pengaruh sendiri melalui penciptaan kandungan video yang menghiburkan atau yang bertujuan untuk mendidik.

Saluran YouTube anda harus menumpukan perhatian pada topik tertentu (niche) jika anda ingin mewujudkan pengikut yang setia. Antara saluran niche yang anda boleh pertimbangkan ialah ulasan permainan video, fesyen, kembara dan lain-lain. Saluran YouTube boleh menjana wang pasif walaupun tidak mempunyai berjuta-juta pelanggan. Potensi pendapatan anda ditentukan bukan sahaja oleh bilangan pelanggan dan tontonan tetapi juga oleh tahap penglibatan anda dan niche yang anda sediakan.

Antara cara anda dapat menjana pendapatan pasif di saluran YouTube ialah melalui pengiklanan, tajaan dan penjualan produk anda sendiri seperti video kursus menulis buku. Anda boleh menjana pendapatan melalui pengiklanan di saluran YouTube selepas saluran anda melepasi jumlah 1,000 pelanggan dan 4,000 jam tontonan.

4. Membina Blog

Blog adalah salah satu cara paling tradisional untuk membuat wang dalam talian secara pasif. Orang yang suka menulis sesuai bermula dengan blog khusus (niche) seperti blog tentang kereta, permainan video, teknologi dan sebagainya dengan fokus yang sempit supaya dapat menarik khalayak yang tepat dan berdedikasi.

Apabila anda memulakan blog anda, penekanan pada kata kunci yang sangat tepat dengan tumpuan yang sempit adalah penting sebelum meluaskan niche ke kategori lain yang berkaitan. Teruskan menulis artikel yang berkualiti tinggi untuk blog anda supaya dapat membina pengikut yang setia yang akan kembali ke blog anda dengan kerap.

Terdapat beberapa cara untuk membuat wang melalui blog antaranya ialah pautan affiliate yang boleh disertakan dalam setiap artikel anda. Anda juga boleh menjana pendapatan di tapak blog anda menggunakan AdSense dengan meletakkan iklan secara strategik di laman web anda.

Artikel yang ditaja adalah cara biasa digunakan oleh blogger untuk mendapatkan wang daripada penaja tertentu. Anda juga boleh menggunakan blog untuk membina pengaruh anda dan mengembangkannya ke dunia televisyen dan radio. 

5. Menjual Barangan Digital

Anda boleh membuat barangan digital seperti perancang digital, karya seni boleh cetak, templat media sosial dan e-buku. Anda hanya perlu meluangkan masa untuk mencipta produk-produk tersebut sekali sahaja dan boleh menjualnya berkali-kali selepas menyiapkannya.

Ramai orang melakukan tugas harian mereka menggunakan platform digital seperti di Instagram, Facebook dan Tik Tok. Oleh itu, barangan digital mendapat permintaan yang sangat tinggi pada masa kini.

Kesimpulannya, anda harus pandai menilai sumber pendapatan pasif yang pelbagai dan mencari yang sesuai untuk diri anda.

Jika anda tidak mengetahui cara menjana wang semasa anda tidur, anda mungkin terpaksa bekerja sehingga keakhir hayat

Warren Buffet

Artikel ini ditulis oleh Dr. Ahmad Monir Bin Abdullah. Beliau kini bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Kajian Keutuhan Tadbir Urus & Akauntabiliti (Grace). Beliau mempunyai pengalaman luas sebagai ahli akademik dan juga pengamal perakaunan dalam industri.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Platform MoreRewardz Bantu Perkasakan PKS Untuk Capai Matlamat Jualan

Kuala Lumpur, 16 Februari 2023 – Aplikasi MoreRewardz menawarkan penyelesaian baharunya untuk mencapai matlamat jualan, yang mana boleh dilakukan dalam kurang  daripada 7 minit secara percuma.  

Melalui platform tersebut, pemilik perniagaan boleh menyemak, menganalisis dan membuat pelarasan dengan segera untuk menyelesaikan masalah dalam kempen mereka.  

Pengasas Platform Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Program Kesetiaan  MoreRewardz, Welson Ang berkata, berbanding dengan kempen jualan tradisional, ia menawarkan pengalaman yang memperkasakan pemilik perniagaan dan proses persediaan yang mudah diikuti dalam bentuk soal jawab.  

Katanya, selain daripada penjimatan kos dan masa yang jelas, pemilik perniagaan juga  dapat mengakses maklumat masa nyata mengenai kempen mereka terus dari telefon  mudah alih mereka.  

“Sebagai usahawan, saya tidak asing dengan titik perit menjalankan kempen jualan, justeru, saya menubuhkan MoreRewardz untuk memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan membolehkan mereka berhubung dengan pangkalan pelanggan dengan mudah. 

“Platform ini boleh digunakan hampir semua sektor, daripada premis cuci kereta ke restoran, daripada kelas tuisyen ke salon dan juga perkhidmatan pembersihan.  

“Kami berharap ini akan memberikan penyedia perkhidmatan dorongan tambahan untuk  berinteraksi lebih banyak dengan pangkalan pelanggan mereka tanpa sebarang kos tersembunyi atau tambahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Menurut Welson, peniaga boleh mula mengumpul urus niaga daripada pelanggan sebelum kempen jualan dimulakan, sekali gus meningkatkan aliran tunai serta-merta dan memberikan jaminan dan keselamatan yang amat diperlukan.  

MoreRewardz menawarkan 4 peringkat dalam struktur harga mereka, semuanya  memberikan pelbagai ciri dan faedah bergantung pada saiz syarikat dan kes penggunaan, dengan peningkatan tertakluk kepada keperluan.  

Peringkat pertama, dibuat percuma untuk semua orang dan akan memberi perkhidmatan  terbaik kepada usahawan dan perniagaan yang baru berkembang, manakala peringkat  tertinggi membenarkan sehingga 5,000 pangkalan data pelanggan dan 15,000 transaksi  sebulan.  

Tanpa sebarang kos, MoreRewardz ialah salah satu pilihan terbaik untuk memulakan perjalanan pengembangan perniagaan dengan sedikit atau tanpa kos.