Jangan Biarkan Wang Menjadi Halangan untuk Mulakan Perniagaan

Jangan jadikan wang sebagai satu alasan untuk anda tidak mahu memulakan perniagaan. Dalam zaman serba moden ini, wang memang penting; tetapi jangan jadikan wang sebagai penyebab anda tak mulakan sesuatu.

Percaya atau tidak, sebenarnya masih ada jalan lain yang dapat menyelamatkan anda daripada menghadapi masalah kekurangan wang. Jom tengok 3 perkara berikut:

1. Wang Boleh Dijimat

Contohnya, anda boleh membayar sebuah syarikat untuk membina jenama anda melalui pemasaran dan pengiklanan, atau anda boleh menghabiskan beberapa jam dengan belajar bagaimana untuk melakukannya sendiri.

Begitu juga, anda tidak semestinya “perlu” untuk mengupah seseorang yang baru. Anda boleh mengambil alih tanggungjawab itu sendiri dan melakukannya sendiri.

Sudah tentu, ia bukanlah langkah paling bijak atau paling berkesan untuk melakukan segala-galanya dengan sendiri. Tapi apa kata anda bermula dari bawah dan merasa kesusahan kesusahan tersebut.

Nanti bila perniagaan dah semakin maju, boleh ambil pekerja pula.

2. Banyak Benda Boleh Dapatkan Secara Percuma

Sebagai contoh, anda boleh membangunkan laman web secara percuma dengan menggunakan pembina laman web seperti Wix atau WordPress, dan hasilnya akan kelihatan kemas dan profesional.

Anda juga boleh membuka akaun media sosial dan mula berinteraksi dengan prospek secara percuma. Bukan itu saja, anda juga boleh membuat iklan dan promosi produk dan servis secara percuma juga.

Hari ini, internet dah sarat dengan maklumat. Gunakanlah sebaik mungkin untuk membantu anda memulakan perniagaan.

3. Ada Banyak Sumber Modal

Ada yang terfikir untuk mengembangkan perniagaan lalu memerlukan modal? Atau anda tidak bersedia untuk melaburkan wang yang banyak ke dalam perniagaan anda?

Jangan risau, kerana masih ada lagi penyelesaian untuk mendapatkan modal. Ada pelabur yang mepunyai modal dan sanggup menjadi pelabur tidur dengan menjadi pengarah dalam syarikat dengan menyuntik modal dalam sesebuah perniagaan.

Dan jika anda mempunyai idea yang bernas, anda boleh menggunakan Kickstarter atau mana-mana platform crowdfunding yang lain untuk mendapatkan dana yang diperlukan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sasar RM100 Juta Tambahan Untuk Pelanggan, Lonjakkan Ekosistem Digital Malaysia Melalui Kerjasam Tiktok

KUALA LUMPUR, 2025 – [4 DISEMBER 2025] KNKV Group mengegarkan ekosistem digital yang kini berada di garisan hadapan pemula bagi melonjakkan nilai jualan pelanggan mereka dengan sasaran ambisius RM100 juta, selarasnya pelantikan rasmi syarikat mereka sebagai TikTok Affiliate Partner.

Pengumuman strategik ini dibuat di hadapan YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, semasa forum strategi korporat elit ‘Digital & Al: Business War 2026’. Pelancaran ini bukan sekadar pengiktirafan, tetapi satu signal bahawa KNKV Group telah merangka strategi khusus untuk membolehkan pengasas syarikat dan jenama tempatan mendominasi pasaran digital.

Strategi KNKV Group: Menukar Exposure Menjadi Keuntungan Jutaan
KNKV Group mendedahkan bahawa kerjasama eksklusif dengan TikTok ini akan dimanfaatkan melalui strategi yang dirangka khas, bertujuan untuk mengubah kehadiran creator based di TikTok menjadi saluran jualan berkesan tinggi.

“Diiktiraf sebagai TikTok Affiliate Partner adalah ‘lesen’ untuk kami mempercepatkan kejayaan pelanggan kami. Kami bukan sekadar berbangga; kami mempunyai strategi. Kami menyasarkan sekurang-kurangnya RM100 juta jualan tambahan diraih oleh pelanggan KNKV Group menerusi perlantikan ini, melalui modul dan sokongan Affiliate coaching yang direka khusus. Ini adalah permulaan era di mana jualan creator-based menjadi penyumbang utama pendapatan syarikat.” Professor (Adj) Hj. Adam Richman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KNKV Group.

Dengan sasaran jualan dijangka lima kali ganda, KNKV Group menawarkan peluang emas kepada syarikat yang ingin menguasai naratif dan trafik di platform TikTok untuk mencapai pertumbuhan yang agresif pada tahun 2026.

Panel Wawasan Eksklusif: Rahsia Di Sebalik Peningkatan Jualan
Forum ‘Business War 2026’ menjadi pentas utama bagi pelancaran ini, yang turut menampilkan panel diskusi yang sarat wawasan bertajuk “Driving Business Success on TikTok.”

  • YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital
  • Professor (Adj) Hj. Adam Richman, CEO Kumpulan KNKV Group
  • Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Penaung Muslim Insiders Chamber of Commerce
  • Ms. Lee Shin Mei, COO, CTOS Data Systems Sdn. Bhd.

Para pengasas berpeluang mendapatkan wawasan langsung mengenai strategi pelaksanaan dan inovasi digital yang diperlukan untuk melonjakkan nilai perniagaan mereka dalam ekonomi digital 2026 yang pantas berubah.

Pelancaran KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner
Salah satu pencapaian utama acara ini ialah pelancaran rasmi KNKV Group sebagai Tik Tok Affiliate Partner, disaksikan oleh YB Menteri Digital menandakan satu era baharu dalam ekosistem perdagangan digital Malaysia serta mengukuhkan komitmen negara untuk menyokong pertumbuhan berasaskan pencipta platform.

Mengenai Business War 2026
Forum ini juga adalah anjuran Muslim Insiders Chamber of Commerce dan KNKV Group, direka sebagai simulasi pertempuran strategi korporat, membekalkan peserta dengan pengetahuan taktikal sebenar dalam Strategi Persaingan, Pemasaran Berasaskan Al, dan Taktik Pertumbuhan Digital untuk memastikan perniagaan mereka bukan sahaja bertahan, tetapi menguasai pasaran. KNKV Group turut berganding bahu dengan rakan strategiknya, CTOS Data Systems Sdn. Bhd., Dynads Academy, Droplets of Mercy dan Universiti Malaysia Kelantan.