5 Kesilapan Kewangan Yang Biasa Dibuat Tanpa Sedar

Orang yang berdarah muda ni, macam-macam benda nak buat. Macam-macam benda dia nak cuba.

Saya tak kata semua…Sekarang pun semakin ramai anak muda yang dah mula sedar tentang pentingnya pengurusan kewangan.

Ada yang berniaga. Ada juga yang sudah membuat pelaburan.

Itu tindakan yang bijak. Namun masih ada yang tidak pandai menguruskan kewangan mereka.

Jom kita tengok 𝟱 π—žπ—˜π—¦π—œπ—Ÿπ—”π—£π—”π—‘ π—žπ—˜π—ͺπ—”π—‘π—šπ—”π—‘ utama yang sering dilakukan oleh anak muda.

1. Pengurusan Belanjawan Yang Tidak Betul

Yang masih suka belanja bukan-bukan sampai tak ada simpanan boleh mula sedar diri. Walaupun hidup hanya sekali tetapi jika umur dipanjangkan, duit tu nak pakai untuk banyak benda dik.

Ada juga anak muda yang simpanan pun tak ada bukan sebab tiada kesedaran tetapi mereka perlu berkorban untuk menyara adik beradik atau mak ayah. Semoga anak muda sebegini dipermudahkan segala urusan.

2. Beban Hutang Menimbun

Gara-gara nafsu yang ingin memiliki kereta baru, perbelanjaan mewah dengan kad kredit membuatkan anak muda hari ini terjerat dengan hutang.

Cuba anda fikirkan, dengan hutang yang tinggi, tanpa cash di tangan, bagaimana kehidupan harian anda?

3. Melabur Di Tempat Yang Salah

Zaman sekarang macam-macam jenis pelaburan yang ada. Berhati-hatilah, skim-skim cepat kaya pun dah pandai menyamar supaya tak nampak sangat macam scam.

Terkini, anak muda makin ramai yang terlibat dalam pelaburan saham dan kripto. Baguslah, cuma pastikan kita hanya terlibat dalam instrumen dan platform yang patuh syariah.

Contohnya kepada anak muda yang beragama Islam, jangan pula beli saham menggunakan Broker konvensional atau platform CFD yang jelas tidak patuh syariah.

Jik anak beli saham dekat Bursa Malaysia, pilihlah platform yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan patuh syariah. Nak beli saham luar negara pun kita sudah ada pilihan broker tempatan yang patuh syariah.

4. Tiada Polisi Takaful

Ramai antara anak muda yang take for granted berkenaan dengan nikmat kesihatan yang diberikan. “Aku muda lagi, badan pun sihat. Buat apa susah-susah nak bayar takaful?”

Malang kalau nak datang dia tak bagi warning, apetah lagi notifications. Nak sakit (nauzubillah) pun tak perlu tunggu tua.

Lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Kos perubatan sekarang bukannya makin murah. Polisi takaful ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan perbelanjaan perubatan nanti.

Jadi, terpulang kepada kita sama ada hendak mengambil takaful atau tidak. Jangan ambil sebab ikut cakap kawan atau ejen Takaful.

5. Tidak Pilih Plan Pelaburan Sistematik

Kemudahan dah disediakan namun ini bergantung kepada setiap individu. Paling mudah dan rendah risiko adalah pembiayaan ASB.

Hanya perlu membuat pembiayaan di bank-bank yang terlibat dan anda cuma perlu membuat ‘pembayaran’ setiap bulan dengan kadar yang rendah untuk mendapat keuntungan.

Tapi sayangnya, masih ramai yang tidak mengambil peluang yang disediakan ini untuk kemudahan kewangan masa depan. Ramai yang memilih untuk spend berbanding invest.

Orang kata kita kena belajar daripada kesilapan, tapi lebih baik jika kita dapat belajar daripada kesilapan orang lain.

P/S : Ada ke anak muda di sini yang dah mula sedar kepentingan melabur saham?

Artikel ini ditaja oleh Asri Ahmad Academy. Jika anda β€œZero” tentang pelaburan saham, ayuh sertai program PERCUMA anjuran bersama Bursa Malaysia. Daftar sekarang di Labursaham.com

Previous ArticleNext Article

Rawatan Gigi Yang Mana Tidak Boleh Dituntut Sebagai Pelepasan Cukai?

Ramai yang tidak tahu bahawa kos rawatan pergigian sebenarnya boleh dituntut sebagai pelepasan cukai pendapatan.

Bukan setakat rawatan hospital, pemeriksaan kesihatan atau pembelian ubat-ubatan tertentu. Rawatan gigi seperti scaling, tampalan dan cabutan gigi juga termasuk dalam senarai perbelanjaan yang layak mendapat pelepasan cukai.

Pelepasan cukai bukan bermaksud kita boleh tuntut semula wang yang dibayar kepada klinik gigi. Sebaliknya, perbelanjaan yang layak akan ditolak daripada pendapatan agregat bagi mengira pendapatan bercukai.

Untuk Tahun Taksiran 2026, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan sehingga RM1,000 bagi pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

Tetapi tidak semua rawatan gigi layak dituntut.

Ada yang pergi klinik gigi untuk scaling, tampalan, cabutan gigi dan pemeriksaan rutin. Ada juga yang memasang braces, membuat veneer atau menjalani rawatan pemutihan gigi.

Persoalannya, adakah semua perbelanjaan ini boleh dimasukkan dalam e-Filing?

Jawapannya, tidak.

Jom kita lihat rawatan pergigian yang perlu diberi perhatian sebelum membuat tuntutan pelepasan cukai.

1. Pemutihan gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi bertujuan menjadikan gigi kelihatan lebih putih dan menarik.

Ia lazimnya dikategorikan sebagai rawatan kosmetik dan bukannya rawatan pergigian untuk tujuan kesihatan.

Oleh itu, kos pemutihan gigi tidak boleh dituntut sebagai pelepasan cukai.

2. Pemasangan Veneer

Veneer ialah lapisan nipis yang dipasang pada permukaan hadapan gigi untuk memperbaiki warna, bentuk atau penampilan gigi.

Walaupun dilakukan oleh doktor gigi, rawatan ini lazimnya bersifat kosmetik.

Jadi, jangan anggap semua rawatan yang dilakukan di klinik pergigian secara automatik layak mendapat pelepasan cukai.

3. Rawatan Kosmetik Pergigian

Antara rawatan lain yang bertujuan semata-mata untuk memperbaiki penampilan gigi juga perlu diberi perhatian.

Contohnya:

  • Pembentukan semula gigi untuk tujuan kosmetik.
  • Rawatan estetik untuk memperbaiki senyuman.
  • Prosedur kosmetik yang tidak mempunyai indikasi perubatan.

Prinsipnya mudah: rawatan kosmetik semata-mata tidak termasuk dalam skop pelepasan rawatan pergigian.

4. Bagaimana pula dengan pemasangan pendakap gigi (braces)?

Ini antara perkara yang sering mengelirukan pembayar cukai.

Braces atau pendakap gigi digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi dan masalah gigitan.

Walaupun rawatan ini dilakukan oleh pakar ortodontik, jangan terus menganggap kos pemasangan braces layak mendapat pelepasan cukai.

Ketetapan Umum LHDN tidak menyenaraikan braces secara khusus sebagai rawatan yang layak.

Jika rawatan mempunyai keperluan klinikal atau perubatan, dapatkan pengesahan LHDN berdasarkan keadaan sebenar rawatan sebelum membuat tuntutan.

Rawatan gigi apa yang boleh dituntut?

Antara rawatan pergigian yang termasuk dalam skop pelepasan cukai ialah:

  • Pemeriksaan pergigian.
  • Scaling dan pembersihan karang gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Cabutan gigi.

Rawatan tersebut mestilah dilakukan oleh pengamal pergigian yang berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MDC) dan disokong dengan resit rasmi.

Boleh tuntut untuk isteri dan anak-anak?

Ya sudah tentu!

Di bawah perenggan 46(1)(g)(iv), Akta Cukai Pendapatan 1967, pembayar cukai layak menuntut pelepasan bagi perbelanjaan pemeriksaan dan rawatan pergigian untuk:

  • Diri sendiri.
  • Suami atau isteri.
  • Anak-anak.

Pelepasan yang dibenarkan adalah terhad kepada RM1,000 secara terkumpul, bukannya RM1,000 untuk setiap individu.

Contohnya:

Anda membelanjakan RM500 untuk scaling dan tampalan gigi sendiri, RM400 untuk rawatan gigi isteri dan RM300 untuk rawatan gigi anak.

Jumlah perbelanjaan ialah RM1,200.

Namun, jumlah maksimum yang boleh dituntut hanyalah RM1,000.

Bagaimana pula rawatan gigi untuk ibu bapa?

Ini lebih menarik.

Rawatan pergigian ibu bapa dan datuk nenek mempunyai kategori pelepasan cukai yang berbeza.

Di bawah perenggan 46(1)(c) Akta Cukai Pendapatan 1967, perbelanjaan rawatan perubatan dan pergigian ibu bapa serta datuk nenek boleh dituntut sehingga RM8,000 setahun. Ibu bapa atau datuk nenek hendaklah bermastautin di Malaysia.

Antara rawatan yang dinyatakan termasuk:

  • Cabutan gigi.
  • Tampalan gigi.
  • Scaling.
  • Gigi palsu.
  • Rawatan akar (root canal).
  • Rawatan menggantikan gigi.
  • Pembaikan gigi.

Had RM8,000 ini dikongsi dengan perbelanjaan perubatan lain yang layak untuk ibu bapa dan datuk nenek.

Jangan lupa simpan resit!

Sebelum meninggalkan klinik pergigian, pastikan anda mendapatkan resit rasmi yang menyatakan jenis rawatan yang dilakukan.

Pastikan juga maklumat klinik atau doktor gigi dapat dikenal pasti.

Simpan semua resit dan dokumen sokongan selama tujuh tahun kerana LHDN boleh meminta dokumen tersebut sekiranya tuntutan dipilih untuk semakan atau audit.

Satu lagi perkara penting: jika kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh majikan atau syarikat (klinik panel), jangan tuntut semula perbelanjaan yang sama sebagai pelepasan cukai individu.

Bila tarikh akhir untuk mendapatkan pelepasan cukai?

Perbelanjaan yang dibuat dari 1 Januari hingga 31 Disember 2026 akan diambil kira untuk Tahun Taksiran 2026.

Maksudnya, jika anda memang bercadang untuk membuat pemeriksaan atau rawatan gigi, jangan tangguh sehingga tahun hadapan.

Pergi buat pemeriksaan. Kalau ada karang gigi, buat scaling. Kalau ada gigi berlubang, buat tampalan sebelum masalah menjadi lebih serius.

Ajak sekali pasangan dan anak-anak. Jangan lupa periksa keadaan gigi ibu bapa juga.

Kesimpulannya, pelepasan cukai bukan alasan untuk berbelanja secara berlebihan. Tetapi kalau memang ada keperluan rawatan, manfaatkan pelepasan yang telah disediakan oleh kerajaan.

Jaga kesihatan gigi, jaga poket dan jangan biarkan pelepasan cukai yang layak dituntut begitu sahaja.

Sumber: Ketetapan Umum No. 7/2025, Pencukaian Individu Bermastautin Bahagian I – Hadiah atau Sumbangan dan Potongan yang Dibenarkan.